Gara-Gara Iringi Neneknya Menunaikan Fardhu Haji Haji Di Tanah Suci Mekah, Apakah Si Saiful Boleh Mengatakan Dia Di Pihak Yang Benar

on Dec 12, 2010

Berita sensasi yang kini dipaparkan di laman blog pro UMNO pastinya berkenaan"mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan dikatakan menunaikan fardhu haji ke Mekah baru-baru ini. Ramai yang terkejut dengan perkembangan terbaru ini. Sesungguhnya cerita ini kini menjadi hiasan mereka untuk membuktikan bahawa Saiful Bukhari berada di pihak yang benar hanya kerana beliau berani menunaikan haji.
 Soalnya sekarang, apakah rakyat boleh menerima kenyataan ini. Benarkah mereka yang pergi haji bersih dari segalanya?. Sedangkan selama ini kita selalu mendengar mereka yang banyak dosa akan dibalas"tunai" oleh Allah SWT ketika mula-mula menjejakkan kakinya ke Tanah Suci. 
Namun, kenapa itu tidak berlaku kepada Saiful?. Malah, beliau juga khabarnya telah berada betul-betul hampir dengan kaabah. Andainya beliau berdosa, kenapa beliau tidak ditimpa bala?. Inilah yang dihujjahkan oleh puak-puak mereka sekarang. Malah, mereka juga menempelak kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim memang bersalah dalam kes"liwat II" itu dek kerana beliau tidak berani bersumpah laknat dan kini menunaikan fardhu haji macam Saiful. Sebaliknya Anwar lebih berminat untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Syariah supaya Saiful dikenakan Hukum Qazaf kerana membuat dakwaan diliwat tanpa bukti dan saksi yang sah.

Pergi Haji, Apakah Maknanya Di Pihak Yang Benar

Benarkah Saiful juga ada membuat pengakuan beliau memang benar diliwat ketika di depan Kaabah seperti yang didedahkan mereka?. Saiful dikatakan telah mengaku dia memang diliwat kepada rombongan jemaah haji dari negeri Johor.
 Sudah tentu ada antara mereka yang mengenali beliau selepas membuat pengakuan itu, tambahan kesnya sedang dibicarakan di mahkamah sekarang ini. Kononnya, dek kerana ragu-ragu dengan pelbagai cerita fasal sumpah laknat dan dakwaan liwat itu, maka ada diantara mereka memberanikan diri bertanya kebenaran perkara itu. 
Saiful dikatakan menjawab soalan itu dengan mengatakan beliau memang telah diliwat oleh Anwar. Bagi sestengah pihak pengakuan Saiful ini bukanlah sesuatu benda yang pelik dan sesuatu yang baru, tetapi bila diambilkira ia dibuat di Tanah Suci Mekah ketika beliau mengerjakan rukun Islam ke lima itu. Maka kononnya amatlah mustahil segala apa yang menimpanya adalah rekaan semata-mata dan dibayar oleh pihak tertentu sebagai agenda untuk menjatuhkan Anwar. Alasanyan, ramai umat Islam percaya kononnya mereka yang menunaikan haji atau berada di Mekah tidak boleh bercakap sembarangan apatah lagi bercakap bohong. 
Inilah hujjah-hujjah yang dimainkan oleh puak-puak mereka bagi membuktikan Saiful "bercakap benar". Jika inilah alasannya, sungguh mudah untuk kita membuat keputusan siapa yang benar dan siapa yang bersalah dalam kes-kes yang lain. Tunaikan haji atau berada di Mekah tidak bermakna seseorang itu benar belaka. Malah, di Mekah sendiri pun ramai umat Islam terutamannya dari negara-negara miskin yang datang ke situ bertujuan untuk mencuri dan sebagainya. Malah, mereka tergamak mencuri di kawasan masjidil haram itu sendiri sebenarnya. Maka, kenapa Allah tidak menurunkan bala kepada mereka jika berpandukan kepada hujjah-hujjah itu tadi?. Malah, jika itu alasannya maka tidak perlulah kes berkenaan dibicarakan di mahkamah seperti apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Cakap Saiful Dan Majlis Fatwa, Mana Satu benar?


Kebenaran tetap kebenaran dan kesalahan tetap satu kesalahan. Namun, Islam juga menuntut keadilan sebenarnya. Sebab itu dalam Islam andai seseorang itu menuduh sesuatu kesalahan seperti liwat, zina dan sebagainya, maka mereka perlu mengemukakan empat orang saksi yang sah dan tidak diragui.
 Malah dalam kes sumpah laknat pula, Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang di Kuala Trengganu sebelum itu sudah memutuskan bahawa sumpah laknat hanya boleh dilakukan selepas kes mahkamah selesai. Malah,Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika itu iaitu Zahid Hamidi(foto) mengakui perkara itu. Bukan Zahid adalah pemimpin UMNO dan beliau bercakap berasaskan kepada keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa. 
Makanya, cakap siapakah yang harus didengar sekarang ini sama ada cakap beberapa kerat penyokong Saiful Bukhari dan UMNO atau punMajlis Fatwa Kebangsaan agaknya Justeru itu, tidak timbul soal Saiful berani bersumpah dan berani pergi haji maka dia tidak melakukan kesalahan. Banyak benda yang dipersoalkan sebenarnya. Antaranya, kenapa Saiful tidak menghebohkan soal pemergiannya ke Tanah Suci kepada media atau di dalam blognya?. Kenapa selepas pergi ke sana baru perkara ini dihebohkan?. Malah, persoalan juga timbul pada gambar beliau dan neneknya yang telah pun disiarkan dalam laman blog peribadi beliau.


Bukti, inilah gambar wanita yang dikata neneknya di"blur"kan itu
Gambar neneknya sengaja di"blur"kan (bulatan kuning) supaya tidak nampak jelas wajah sebenar neneknya itu. Kenapakah ini berlaku?. Apakah Saiful takut neneknya dikenali kerana ramai yang mempunyai gambar asal neneknya itu sebenarnya (akan kami dedahkan). Benarkah wanita yang ditolak atas kerusi roda itu adalah nenek Saiful atau sesiapa sahaja yang dipinjam sekejap untuk tujuan bergambar?. Persoalan juga boleh timbul tentang kenapa Saiful begitu cepat dapat pergi menunaikan fardhu haji ke Mekah. Siapa yang menguruskannya dan siapa pula yang membiayainya?.
 Sedangkan orang lain menunggu masa yang lama untuk berbuat demikian tiba-tiba Saiful begitu mudah pergi haji dengan pakej Muassasah Tabung Haji. Kuota siapa yang digunakan agaknya. Apakah Saiful boleh dengan mudah masuk nama seperti dia masuk ke rumah PM Najib Razak ketika mengadu diliwat Anwar dulu atau sebaliknya?. Semua ini memusykilkan kita sebenarnya. Malah, ramai juga yang terkejut kenapa Saiful mengikut kumpulan rombongan haji dari negeri Johor dan bukan negeri lain?. Apakah kerana negeri Johor (karat biru dacing) dan yang pergi majoritinya ahli-ahli UMNO maka nama Saiful dimasukkan. Apakah Saiful benar-benar pergi tunaikan fardhu haji seperti yang diperkatakan atau sekadar mengiringi neneknya sahaja. Inilah yang menjadi persoalan!.

Bukti video kenyataan oleh Zahid Hamid tentang isu sumpah mubahalah
[Jika sekadar mengiringi, maka kenapakah awal-awal lagi tidak dihebohkan dalam blognya itu?. Apakah Saiful takut berhadapan dengan ribuan jemaah haji Malaysia ketika beliau mengerjakan ibadat tersebut di sana?. Lantaran itu beliau pergi secara rahsia dengan tujuan untuk membuat promosi dan menaikkan imej Islam pada dirinya. 
Masuk kali ini, sudah beberapa kali beliau menghebahkan perkara sebegini termasuk sumpah laknat, solat tarawih, hitamkan dahinya dan kini tunaikan haji. Apakah rakyat boleh begitu mudah mempercayai adengan ini semata-mata mahu mempercayai yang beliau memang dipihak yang benar. Apapun, rakyat dan umat Islam boleh menilai apa yang berlaku ini dengan menggunakan akal fikiran mereka sendiri. 
Usahlah sebegitu mudah percaya dengan permainan agama untuk memastikan berada di pihak yang benar. Hari ini, ramai golongan agama yang terlibat dengan aktiviti masksiat dan melanggar undang-undang agama itu sendiri. Termasuk terbaru kes yang berlaku kepada pegawai kanan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang(MUIP) yang telah ditangkap khalwat di sebuah hotel dekat Kuantan bari-baru ini. Isu ini sedang kami bongkarkan dan pendedahan eksklusif siapakah yang terbabit akan dibuat dalam masa terdekat ini].

8 Komen :-


Yong said...
Sebenornya pihak pengurus Masjidil haram tak benarkan orang tangkap gambar dekat kaabah, kecuali mungkin orang besar. Ade juga yang degil dan melanggar peraturan ini. Tapi bila kantoi, malu teruk kena marah dek pak arab. Masa Yong pergi haj dulu ade kekawan yang buat gambar dengan background kaabah sebab kesukaran nak ambik gambor. Boleh buat macam2 posing. Lagipun masa musim haji kawasan kaabah sangat pack. Sukar nak posing2. Kebanyakan yang sibuk nak begambor minah dan mamat indon je.
Anonymous said...
Tolong tanya si sifool ni mana dia dapat duit tambang pergi Mekah? Kerja tak ada, apa pun tarak tetapi banyak duit juga mamat ni? Siapa sponsor dia?
Anonymous said...
hanya yg terpilih sj yg dapat ke sana,kalau lu semua masih x pernah ke sana bertenang sb masih x terpilih atau mungkin tk akan terpilih...wallahuaklam.... tokawe
Anonymous said...
Maha besar Allah. Siapalah kita sebagai insan biasa untuk menghakimi sesuatu, yang kalau memang sesuatu itu di luar jangkauan kita. Akan tetapi bukankah kita juga (dengan kudrat kita) ada kewajipan untuk dilaksanakan? Dalam kes Saiful ini, mungkin ada baik dan lebih selamat kalau kita menyedari keterbatasan kita - bahawa yang tahu pasti hanya SAIFUL, ANWAR dan ALLAH. Namun melihat kepada perkembangan terkini, (terlepas bebas daripada sebarang sentimen emosi dan memihak kepada sesiapa), kita jadi keliru - bukan hanya berani, tetapi lebih dari itu, budan Saiful ini nekadnya bukan main lagi mempersendakan hukum agama! Ya kalau dulu dia sanggup bersumpah di Mesjid dan kini berhampiran Kahabah! Peliknya Saiful sanggup berdusta dari Mesjid hingga ke Tanah Suci! Sedangkan pihak yang sebelah lagi terus terkial-kial cuba mengelak daripada pertuduhan (tak mengapa, kita sebut saja KONSPIRASI). Jikalau pemergian Saiful ke Tanah suci itu juga sebahagian konspirasi, maka neneknya juga terlibat sama? Saya penuh yakin bahawa akan ada pihak yang mencemuh dan mngejek lakonan nekad (bukan berani) Saiful ini. Namun saya secara peribadi, dan jauh di lubuk hati yang paling dalam, percaya bahawa hanya Allah yang Maha Besar dan agung saja yang menghakimi.
jemaah bangkit said...
bapak sedara Rasululullah,abu jahal dan abu lahab penduduk tetap mekah.x masuk islampun.demikian jugalah dengan abu talib. pegi mekah bagus.lebih-lebih lagi tuntutan islam mengerjakan haji.tapi kalau x taubat.rugilah.harapan kita kalau ke sana dah insaflah dia.apapun x bermakna pegi haji seseorang tu dah jadi baik.ambik kes abu jahal dan abu lahab tadi
Anonymous said...
Anon 4:44 yang bertuah dan dirahmati Allah, Dekat kampung saya ada seorang tua yang kerjanya hanya kutip ikan kat sawah, dapat punke Tanah Suci demi tuntutan agama. Seorang keluarga terdekat yang tak punya kerja apa, namun demi 'seru' dah tiba, dia sampai juga ke Tanah suci, Alhamdulillah. Mengapa mesti persoalkan siapa sponser Saiful? Jujur ikhlas dan bersihkan hati kita untuk sekadar bertanya, atau ada niat tidak baik bahana ada 'karat' yang bersemayam di hati? Bukan tugas kita untuk menilai 'persen @ peratus' markah ibadat orang. Atau adakah anon 4:44 sudah mendapat 'wahyu' bahawa memang rasa permusuhan dan dendam kesumat itu boleh dijadikan alasan untuk mengharamkan sesuatu yang memang halal? Lagi tentang 'sponser', saya yakin Saiful sekeluarga tidak akan menolak malah berbesar hati untuk membantu @ sponser jika Datuk Nik Aziz atau DSAI pula berhasrat untuk ke Tanah Suci. Sesiapa yang nak kutuk aku, ya dipersilakan saja pak.
Anonymous said...
Hehehe bila lagi ada orang nak kutuk ni.. Aku tak kisah coz kutuk mengutuk memang permainan hidup. Dan kita bloggers ni semuanya memang pun kaki kutuk sebab tu kita kena sedia pula untuk kena kutuk. Gila dan gila-gila juga selalu jadi permainan kita. Kenapa? Sebab ada ketikanya kita lebih gila daripada orang gila. Kita selalu main lempar batu sembunyi tangan. Madah berhelah selalu jadi mainan lumrah kita. Akan tetapi jangan lupa bahawa: Yang terkutuk, jahat dan gila itu semua datang daripada kita, kita pelakunya. Dan yang baik itu semuanya datang daripada Allah SWT.
Anonymous said...
Aku ambil kesempatan ini untuk menyuarakan hati aku sebagai manusia yang sama macam Saiful Bukhari. Kita semua ada melakukan kesalahan cuma kesalahan yang kita lakukan tidak sama diantara yang lain. Kalau salah kerana melanggar peraturan dan undang-undang agama atau negara maka ia tetap dipandang sebagai bersalah. Hanya hakim yang tegas dan adil yang mampu membersihkan nama seseorang yang dituduh bersalah. Tapi berbeza dengan mahkamah Malaysia Boleh yang dikatakan wakil tuhan untuk membersihkan doasa para pemimpin BN dan kroninya yang bersalah menjadi manusia suci... Kenapa rasa pelik Saiful Bukhari yang mendakwa dirinya diliwat pergi ke mekkah menunaikan haji...? Apakah dengan adanya gambar seperti berdiri dihadapan kaabah itu maka seluruh rakyat Malayasia terus menukar pandangan kononnya dia berkata benar bahawa dia memang diliwat...? Kenapa kita tidak rasa pelik PM kita yang dituduh terlibat dalam pembunuhan model Altantuya berpusing-pusing dikaabah...? Apakah dengan berpusing hingga pening maka tuduhan itu boleh dilenyapkan tanpa perbicaraan...? Ramai diantara kita terlalu cetek tentang ajaran islam kerana parti pemerintah tidak memberi perhatian terhadap pelajaran agama sebagai pekara yang diutamakan. Mekah dan kaabah bukan tempat orang menunjukkan diri mereka benar atau bersalah. Tempat itu adalah untuk diziarah dan memohon keampunan dari Allah. Saiful Bukhari perlu membuktikan dirinya benar-benar diliwat dimahkamah yang mengutamakan keadilan bukan mahkamah cipta konspirasi "MALAYSIA BOLEH"

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List