Saya sebenarnya malas nak membicarakan isu cinta antara Uncle Seekers dengan Bekas Permaisuri Agong dalam blog ini. Bagi saya, cerita-cerita sebeginilah yang sebenarnya merosakkan pemikiran generasi muda. Saya secara peribadi tidak menyalahkan Uncle Seekers 100% dalam isu ini - agak tidak adil, masakan Uncle Seekers bertepuk sebelah tangan, sekiranya ia tidak disambut. Pada pandangan saya, kesalahan juga seharusnya diletakkan di bahu Cik Puan Aisyah yang sangat "bebas" bermesra dan bergambar dengan lelaki yang jelas bukan mahramnya.
Inilah yang seharusnya kita ambil perhatian serius. Hubungan yang sangat intim antara Cik Puan Aisyah dengan Uncle Seekers didedahkan melalui gambar yang diambil dengan rela hati dan sama sekali tidak mungkin mampu dinafikan oleh sesiapa pun. Pada saya inilah pokok atau asas permasalahan yang sebenarnya sedang berlaku. Cik Puan Aisyah tidak mampu mengawal pergaulannya - sehingga mudah diambil kesempatan oleh lelaki yang tidak tahu erti dosa dan pahala. Lantas, keikhlasan Cik Puan Aisyah dimanipulasi demi mendapatkan publisiti dan nama. Malangnya - keikhlasan Cik Puan Aisyah dalam membuktikan cintanya terhadap Uncle Seekers telah "dijual" dengan harga yang sangat murah kepada khalayak ramai - maka bermarajalelalah fitnah dan air mata.
Kedua-dua insan tersebut tetap bersalah - yang satu mengambil kesempatan dan yang satu lagi pula tidak menjadikan agama sebagai panduan dalam pergaulan - maka lahirlah syaitan untuk merosakkan segala-galanya. Yang menyedihkan - isu ini menjadi tontonan remaja dan pemudi kita, ia bakal ditiru dan dijadikan asas kepada generasi muda bagaimana seorang bekas Permaisuri Agong yang dahulunya cukup dihormati kerana bertudung dan berakhlak mulia - kini sudah mula dipertikai dan tidak lagi bisa dijadikan contoh kepada anak-anak muda kita. Sesungguhnya, akhlak muda-mudi semakin hancur lantaran terlalu banyak disajikan dengan cerita-cerita sebegini. Wallahualam.
Pinjam Dari :- http://azlishukri.blogspot.com
1 comments:
betul tu...pegangan agama dan amalan yg menjadi benteng paling utuh dalam mendepani kecelaruan budaya ini..
Post a Comment