Negara Kembali Ke Era Mahathir- SUARAM

on Dec 9, 2010

Penilaian Hak Sivil dan Politik 2010 daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menunjukkan trend yang membimbangkan seolah negara kembali ke era mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semasa era Mahathir pengawalan dan penindasan kerajaan ke atas segala aspek kebebasan bersuara berlaku secara berleluasa.

Sekretariat Suaram, Hasbeemasputra Abu Bakar menganggap tindakan dan kekerasan kerajaan khususnya dalam pengendalian kes terhadap pihak pembangkang menunjukkan seolah kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak cuba mengulangi zaman kuku besi negara satu masa dahulu.

Hal ini dilihat dengan penarikan lesen lidah rasmi PKR, Suara Keadilan, tekanan terhadap akhbar PAS, Harakah dan pelbagai lagi ancaman serta penindasan terhadap saluran media alternatif.
"Kejadian yang berlaku tahun ini seperti pengharaman buku, kurangnya ruang untuk bersuara, kurangnya peluang memberi pendapat alternatif memberi indikasi apa yang bakal terjadi. Amat sukar untuk seseorang itu terutamanya anak muda memberi pandangan yang berbeza dengan kerajaan. Kita boleh kembali ke era Mahathir yang cuba mengawal masyarakat sepenuhnya," katanya.

Laporan itu antara lain menerangkan status dan tindakan kerajaan dalam mengimplementasi dan menegakkan hak asasi manusia dan hak kebebasan negara seperti yang dimaktub dalam Deklerasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang turut ditandatangani Malaysia.

Turut disentuh mengenai ketidakadilan penahanan mereka yang menyertai perhimpunan aman serta tindakan polis yang bertindak ganas dalam penyuraian. Hal itu berlaku pada perhimpunan aman Hari Buruh Mei lalu, Vigil lilin sempena Ulang tahun ke 60 Akta Keselamatan Dalam Negeri Ogos lalu serta terbaru demonstrasi kenaikan tarif air SYABAS di ibu negara minggu lalu yang membawa pada penangkapan hampir 60 individu.

Seorang lagi Sekreatariat Suaram, Kua Kia Soong menambah betapa di Era Tun Ahmad Abdullah Badawi, Kerajaan Pusat dilihat cuba mengambil pendekatan lebih 'lembut' dan melakukan beberapa cadangan perubahan tetapi masih gagal diimplementasi seperti Suruhanjaya Bebas bagi memantau tindakan pihak polis (IPCMC).

Suaram juga menyatakan kekecewaan apabila cadangan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi penambahbaikan hak asasi manusia di negara ini tidak pernah diambil peduli oleh pihak Kerajaan.
Kua juga mengumumkan kempen baru akan dibuat bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat mengenai Ordinan Darurat (EO) dan AKta Dadah Merbahaya (DDA) yang digunakan polis untuk menahan individu tanpa perlu mendapat perintah mahkamah.

Dalam laporan 30 muka ini, Suaram menyatakan individu masih ditahan di bawah ISA, dan sehingga Februari 2010, 819 ditahan di bawah EO dan 412 di bawah DDA.  "Ramai orang dah tahu mengenai ISA tapi hanya sedikit yang tahu mengenai EO dan DDA kerana ia tidak ekslusif (seperti ISA). Polis menggunakan EO dan DDA terhadap orang yang mereka tak suka, sebab itu lebih seribu ditahan dibawahnya."

Dalam perkembangan berkaitan Pengerusi Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan bersetuju dengan laporan yang dikeluarkan ini dan akan membantu memperjuangkan hak kebebasan rakyat negara ini.
"Samalah dengan kes-kes dan isunya. ISA belum dipinda, perkara-perkara yang seperti halangan pergerakan awam tidak boleh dibiar. Isu berkaitan Akta Hasutan juga, jadi kami setuju.
"Mana-mana undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa perbicaraan juga akan ditentang," ujarnya kepada Tv Selangor.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List