Anwar : Tahniah Rakyat Mesir !

on Feb 12, 2011

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkap tahniah kepada rakyat Mesir yang berjaya menumbangkan regim Hosni Mubarak yang telah berada ditampuk pemerintahan selama 30 tahun.

"Akhirnya selepas 18 hari berhimpun di Medan Kemerdekaan atau lebih dikenali sebagai Medan Tahrir, mereka berjaya memastikan Hosni Mubarak, seorang diktator yang memerintah selama 30 tahun, berundur dari tampuk pemerintahan.
 
Rakyat Mesir akhirnya berjaya meruntuhkan tembok ketakutan yang selama ini mengepung mereka," kata Anwar yang dipetik dari blognya.
 
Tambah Anwar lagi rakyat Mesir yang dihimpit kesusahan akibat kos sara hidup yang semakin melonjak, kadar pengangguran yang tinggi dan mual dengan keganasan pihak keselamatan, rakyat Mesir memilih untuk berdepan dengan aparat pemerintah yang terkenal memerintah secara kuku besi.

"Saya berharap pengorbanan rakyat Mesir tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Kebangkitan ini sewajarnya disusuli dengan usaha memulihkan Perlembagaan, sistem keadilan serta pilihanraya yang adil dan telus," kata Anwar.
 
Anwar juga berharap kuasa pemerintahan Mesir akan dikembalikan semula 
kepada rakyat Mesir.

"Majlis Tertinggi Tentera yang kini mengambil alih kuasa dari Mubarak sewajarnya segera mengembalikan kuasa kepada rakyat," kata Anwar lagi.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List