Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan ruang kepada saya terlibat sama-sama membahaskan Rang Undang-Undang yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada hari ini.
Tetapi sebelum itu saya memohon untuk diberikan sedikit masa memandangkan hampir dua tiga minggu kebelakangan ini saya tidak mempunyai forum yang cukup untuk membalas hujah-hujah dangkal yang dikemukakan oleh Awang Selamat [Mingguan Malaysia] yang sudah semestinya oleh UMNO dan juga Barisan Nasional.
Pada hari ini Dewan yang mulia kita terpaksa membahaskan Rang Undang-undang pindaan ini, yang mana ianya adalah disebabkan oleh kesilapan yang telah dilakukan oleh pemerintah di zaman Barisan Nasional. Yang mana saya melihat oleh sebab mereka ini ingin mengampu pimpinan-pimpinan mereka di peringkat pusat, akhirnya mereka telah bertindak mengorbankan kuasa DYMM Sultan Selangor dan juga Kerajaan negeri.
Sebelum tahun 1993 Fasal 1 perkara 52 Undang-Undang Tubuh yang pada asalnya dengan jelas memberikan kuasa kepada DYMM Sultan Selangor bagi membuat pelantikan-pelantikan ke jawatan-jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Fasal 1 yang asal sebagaimana yang dinyatakan dalam Rang Undang-Undang Pindaan ini jelas memperlihatkan melibatkan kepada semua yang berkaitan, iaitu DYMM Sultan Selangor, YAB. Dato' Menteri Besar Selangor dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan yakni Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, tidak ada satu pun pihak dalam pelantikan ini yang dikesampingkan.
Kita harus melihat kembali senario yang berlaku pada tahun 1993, yang mengakibatkan pindaan ke atas fasal 1 perkara 52 dibuat, pada ketika itu yang menjadi persoalan ialah berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja dari tindakan undang-undang atas kapasiti peribadi Baginda seperti mana telah disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi, ianya bukan kerana dengan kuasa Raja-Raja tetapi oleh sebab Barisan Nasional, UMNO di Selangor ingin menunjukkan taat setia yang melampau kepada kepimpinan mereka di peringkat pusat maka mereka bertindak lebih jauh dengan meminda undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
lni sejarah yang dicatatkan, akibatnya kuasa DYMM Sultan dimansuhkan dan menafikan peranan pihak Kerajaan Negeri dalam perkara berkaitan pelantikan tiga pegawai-pegawai utama perkhidmatan awam negeri ini. Jelas di sini mereka terkeliru dengan pindaan di peringkat Persekutuan yang hanya menyentuh kekebalan Raja-Raja Melayu tetapi mereka terlajak menyentuh sehingga ke peringkat membuang kuasa Raja-Raja Melayu.
lni telah mengakibatkan kita di Negeri Selangor ini tiada peranan dalam urusan pelantikan pegawai-pegawai kerajaan kita sendiri ini juga jelas dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Negara, yang nyatakan pelantikan tiga pelantikan pegawai ini adalah di dalam bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tanpa perlu mendapat persetujuan ataupun pandangan Kerajaan negeri.
Cara pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini jelas memperlihatkan keegoan, kesombongan dan kebiadaban Kerajaan Pusat dalam urusannya dengan kerajaan-kerajaan negeri terutamanya dengan kerajaan negeri pakatan rakyat di Negeri Selangor.
Tambah memeranjatkan terdapat segelintir daripada anggota perkhidmatan awam di Negeri ini yang sanggup menjadi budak-budak politik mereka di Putrajaya, sedangkan mereka seharusnya bersifat secara profesional, bebas, berkecuali dan setia kepada Kerajaan yang memerintah [dengan izin] mengikut government of the date Kerajaan yang pemerintah pada hari ini. Di sinilah watak-watak si kitol dan juga Raja Mandelia terdedah dan terlihat dengan jelas. Baca Seterus nya
0 comments:
Post a Comment