Datin Seri Rosmah kehilangan sahabat karib

on Feb 12, 2011

Akhirnya kuasa rakyat, kuasa Facebook dan kuasa laman web telah menjatuhkan Pressiden Mesir Hosni Mubarak. Hosni Mubarak dan keluarganya akan berada di dalam pelarian buat seketika waktu dan bakal menghadapi masa depan dalam buruan.

Walau apa juga situasi Hosni Mubarak, rakyat negara ini harus mengenang jasa isteri beliau Suzanne Mubarak kerana telah membebaskan beberapa orang rakyat Malaysia yang terbabit dalam penahanan konvoi Viva Paestina, kejadian di mana lebih 10 anggota konvoi Viva Palestina cedera, empat daripadanya parah, dan tujuh ditahan polis Mesir.

Usaha ini telah digerak oleh isteri PM, DS Rosmah Mansor apabila beliau bercakap dengan Madamme Suzanne dari sudut kewanitaan, iaitu berkaitan kasih sayang terhadap anak-anak dan juga rasa kasih seorang ibu menerusi telefon secara peribadi seterusnya memohon bantuan dibebaskan Konvoi Viva Palestina yang ditahan.

Inilah buktinya apabila pengaruh DS Rosmah dan pengaruh Suzanne digembeling dengan erat maka berjayalah dirungkai isu diplomatik antarabangsa sehingga Polis Mesir tunduk dengan arahan Suzanne. 

Itulah kuasa isteri Presiden ketika itu tetapi hari ini Suzanne terpaksa menjadi pelarian malah nyawanya juga terancam. Tiada lagi kuasa, tiada lagi harta, tiada lagi make up tebal dan tiada lagi set rambut berjambul.

Semoga DS Rosmah tidak bersedih kerana kehilangan sahabat yang pernah menolong beliau untuk rakyat negara ini.

 

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List