KRISIS MESIR : Apa Kata DS Najib.....

on Feb 12, 2011

Terasa Bahang : M'sia tak boleh disamakan dengan Mesir - Kata Najib




Dengan ribuan rakyat Malaysia mencurahkan ucapan tahniah kepada rakyat Mesir atas kejayaan 'membebaskan' negara mereka, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memilih untuk mengasingkan persamaan di antara kedua-dua negara berkenaan.


"Pertama, kita tidak boleh samakan apa yang berlaku di Mesir dengan Malaysia kerana perkara adalah berbeza di kedua-dua negara,” katanya apabila ditanya apakah iktibar yang boleh diambil oleh BN dan Umno daripada pengalaman di negara Asia Barat itu.



Menurut Najib, dasar BN 'Rakyat didahulukan' itu adalah perbezaan utama antara Malaysia dengan pentadbiran rejim bekas presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun.



"Kita dari awal telah menyedari rakyat mesti didahulukan. Jadi apapun dasar dan program yang dilakukan mesti meletakkan prinsip iaitu mesti mendahulukan rakyat.



"Saya percaya jika kita berbuat demikian, rakyat bersama-sama dengan kerajaan dalam erti kata bukan semua masalah boleh diselesaikan sekelip mata, rakyat pun faham tetapi asalkan kita, mendahulukan kepentingan rakyat dan memahami jangkaan rakyat," katanya.

BN memahami permasalahan rakyat


Najib berkata kerajaan memberi penekanan dengan memahami permasalahan rakyat dan menyelesaikan permasalah tersebut mengikut kehendak mereka.



Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan ketua-ketua bahagian Umno di ibu negara petang ini.



Najib sebelum ini pernah memberi amran terhadap mana-mana pihak yang cuba merampas kuasa di negara ini menggunakan demonstrasi seperti yang berlaku di Mesir.



"Jangan beranggapan apa yang berlaku di sana mesti juga berlaku di Malaysia. Kita tidak akan benarkannya berlaku di sini,” katanya kepada akhbar The Star awal minggu ini.



Ditanya mengenai kemungkinan ada pihak-pihak tertentu yang mahu mengikut jejak langkah penduduk Mesir yang berdemonstrasi, Najib berkata rakyat Malaysia adalah matang dan berfikiran rasional.
Majoriti BN di Tenang bertambah


"Mereka tahu mana (satu) yang hak dan yang batil, dan mana (satu) yang nak dieksploit oleh mana-mana pihak.



"Saya dah buat (penjelasan tentang) point ini. Dalam pergolakan di Mesir majoriti BN bertambah di Tenang, jadi ini adalah petanda yang baik," katanya.



Lewat malam semalam, berbekalkan semangat revolusi di Tunisia pada awal tahun ini, jutaan rakyat Mesir melancarkan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan kerana hilang kepercayaan ke atas pentadbiran Mubarak yang didakwa dicemari rasuah dan salah guna wang rakyat sehingga beliau melarikan diri ke luar negara.



Dengan menggunakan rangkaian media seperti Facebook dan Twitter, sentimen anti kerajaan menular dengan luas ke seluruh negara ibarat api yang merebak. Tindakan selama 18 hari itu berjaya menumbangkan pemerintahan kerajaan Mubarak.
Faktor media sosial

Mengulas perkara berkenaan, Najib berkata pihaknya mengakui pengaruh media sosial.



"Ini memang dijangkakan. Ia sebahagian daridapa fenomena global. Jadi kita ada dua pilihan - kita boleh tutup Malaysia kepada fenomena global menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) atau menjadi sebahagian daripadanya. Dan kita memilih menjadi sebahagian daripadanya.



"Jadi kita mesti menguruskannya (fenomena ini) dan sebab itu kita mempunyai masyarkat yang berpendidikan dan mahir dengan teknologi.



"Justeru, cabaran adalah bagi kerajaan menguruskan persekitaran politik yang baru ini. Ia tidak mudah kerana kita tidak mempunyai monopoli ke atas maklumat mahupun penyebaran maklumat berkenaan.



"Malah, melalui rangkaian sosial, maklumat boleh disebarkan melaui masa sebenar (real time), walaupun pandangan itu mungkin tidak benar. Tetapi ia boleh dilakukan segera,” katanya.



Namun, Najib dengan cepat menjelaskan apa yang diperkatakannya itu bukan merujuk kepada tapisan di internet.







Malaysia harap peralihan kuasa mesir lancar - Najib



KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) — Malaysia berharap peralihan kuasa Mesir berjalan lancar berikutan peletakan jawatan presidennya, Hosni Mubarak semalam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau berkata bahawa kerajaan Malaysia juga akan mewujudkan hubungan yang baik dengan pimpinan kerajaan Mesir yang baru kelak.


"Saya berharap proses peralihan kuasa di Mesir berjalan dengan licin dan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti ketegangan dan keganasan yang serius.


"Saya yakin rakyat Mesir dapat menentukan nasib dan masa depan mereka dan saya berharap bahawa keadaan ini dapat diuruskan dengan baik sehingga tiba masa untuk mengadakan pilihan raya umum,” katanya semasa sidang akhbar pertemuan Presiden UMNO dengan ketua-ketua bahagian Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Beliau berkata semoga rakyat Mesir yang mengharapkan perubahan akan mendapat sebuah kerajaan baru yang akan memenuhi kehendak mereka, iaitu kepada perubahan yang akan memberi kepuasan kepada mereka.  


Bernama

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List