KAHERAH - Kumpulan pro pembangkang yang berdemonstrasi terhadap pemerintah Mesir mendakwa mereka telah menahan 120 orang yang membawa kad identiti yang menunjukkan mereka mempunyai hubung kait dengan polis atau parti pemerintah.
Mereka ditangkap ketika sedang menyerang kumpulan penunjuk perasaan anti Mubarak, seperti dilaporkan Reuters.
Kamal Ismail, wakil sebuah komuniti yang mengetuai demonstrasi itu menunjukkan kepada seorang wartawan Reuters dua kad identiti yang dirampas pada Khamis (3/2/2011) dari mereka yang didakwa telah berusaha menyusup ke dalam kumpulan penunjuk perasaan. Salah seorang dari mereka adalah anggota agen polis.
Ia berkata sebahagian besar dari orang-orang yang ditangkap itu dikepung oleh kumpulan penunjuk perasaan anti Mubarak disaat konfrontasi bermula pada waktu siang hari Rabu ketika para penyokong Presiden Hosni Mubarak berusaha untuk memaksa penunjuk perasaan anti Mubarak keluar dari sebuah lapangan di Kaherah.
Kumpulan penunjuk perasaan anti Mubarak ini telah menyerahkan tahanan mereka kepada tentera, tambahnya lagi.
0 comments:
Post a Comment