Analisis : Rakyat Mesir memberontak, dunia Arab mula buka mata

on Feb 4, 2011


Demonstrasi aman berubah menjadi ganas di Kaherah semalam ekoran pertempuran
 antara penyokong Hosni Mubarak dan mereka yang antipresiden itu. – Foto Reuters



Masa depan dunia Arab mula memikirkan langkah-langkah waspada ketika ia bertenggek di antara pemberontakan dan tindakan melawan undang-undang yang menindas rakyat – pertempuran jalanan di ibu negara Mesir sejak lebih seminggu lalu.

Beribu-ribu penunjuk perasaan yang berhimpun di Kaherah dan beberapa bandar raya lain sejak 10 hari lalu, terus membaling bom petrol dan batu, tindakan yang menunjukkan mereka tidak akan menyerah diri kepada kerajaan autoritarian, yang menjawab protes aman mereka dengan serangan ganas.

Lebih 100 orang sudah maut dalam pemberontakan aman yang semalam bertukar ganas semalam.

Dunia Arab mengikuti detik-detik ini dengan dekat, yang memperlihatkan bahawa keadaan di mana tidak lagi akan sama sama sekali selepas ini – dan menanti untuk melihat sama ada protes itu atau langkah untuk menanganinya akan berjaya ataupun sebaliknya. Perkataan-perkataan seperti pemberontakan dan revolusi yang hanya kelihatan dalam skala besar di Mesir setakat ini, mula menjangkiti Yemen, Jordan, Syria dan malah Arab Saudi – yang menawarkan pencontoh baru untuk membawa perubahan di sebuah rantau yang sudah lama terhuyung-hayang daripada perkembangan sendiri.

“Setiap rakyat Mesir sudah faham tentang perkara ini sekarang,” kata salah seorang penunjuk perasaan Magdi al-Sayyid.

Penunjuk perasaan bercakap kepada sebuah kerajaan bahawa, seperti di kawasan-kawasan lain di Asia Barat, melayan mereka macam pengacau pemerintahan.

PERANAN BADAN ISLAM

Laporan akhbar New York Times menyebut bahawa bagi bertahun-tahun lamanya penganalisis telah meramalkan kelompok Islam akan menjadi faktor yang akan membawa kejatuhan kerajaan-kerajaan di dunia Arab. Tetapi sehingga kini mereka tenggelam dalam pemberontakan popular yang bercakap mengenai mesej yang sama, tetapi buat seketika ia telah membawa kepada nadi laut perubahan dalam landskap politik serantau. Di Dataran Tahrir yang indah rakyat Mesir berkhemah dengan mewujudkan perisai manusia menentang pemimpin yang dilihat bersikap ‘kuku besi’.

“Jalan-jalan (protes) kini sudah takut lagi dengan kerajaan,” kata wakil rakyat pembangkang di Yemen, Shawki al-Qadi.

Yemen juga sudah mula berhadapan bibit-bibit perubahan yang disaksikan di Mesir.

“Situasinya berlawanan sekarang. Kerajaan dan pasukan keselamatan takut kepada rakyat sekarang. Generasi yang baru, generasi Internet, yang tidak rasa takut.

“Mereka mahukan hak penuh, dan mereka mahukan kehidupan, kehidupan yang bermaruah,” kata Shawki.
Kuasa semalam membuktikan bahawa abstrak berubah menjadi kenyataan.
Gerakan protes dimulakan oleh Mohammed Gamil, seorang doktor gigi yang bertali leher warna biru, yang lari ke arah Dataran Kemerdekaan. Kemudiannya disertai oleh Fayeqa Hussein, ibu kepada tujuh orang anak yang membawa bekas ‘styrofoam’ dengan himpunan batu.

Seorang datuk berusia 60 tahun, Magdi Abdel-Rahman mencium bumi sebelum melawan kumpulan yang digerakkan penyokong kerajaan agar mereka meninggalkan dataran itu. Dan, mereka disokong oleh Yasser Hamdi yang percaya tindakannya akan membantu anak perempuannya berusia dua tahun dengan menyediannya kehidupan yang lebih baik selepas ini.

“Bukankah anda ini seorang lelaki?” dia menjerit. “Pergi, pergi,” katanya lagi.
Ketika kumpulan anti-Presiden Hosni Mubarak menolak penyokong-penyokong kerajaan, seorang penunjuk perasaan, Abdel-Rahman menegaskan: “Mereka mahu rampas revolusi daripada kami.”

Pertubuhan Ikhwanul Muslimin juga menyertai tunjuk perasaan. Gambaran Abdel-Rahman mengenai pemberontakan sebagai revolusi menunjukkan bahawa perkembangan minggu lalu sesuatu di luar dugaan meskipun Ikhwanul Muslimin dilihat sebagai ejen utama kepada perubahan di Mesir.

Pertubuhan itu juga sudah mula menghulurkan sokongan kepada barisan pembangkang.

MENGAPA MESIR

Mengapa Mesir penting di sebalik pemberontakan ini?

Mesir merupakan negara paling ramai penduduk di dunia Arab dengan 80 juta orang dan menjadi sekutu utama Amerika Syarikat bagi rantau Asia Barat. Sejak pemberontakan mula tercetus Amerika Syarikat menekankan bahawa sudah sampai masanya ada perubahan di Mesir.

Kelmarin, Presiden Barack Obama mahu ia dilakukan sekarang walaupun Hosni mahukan tempoh sehingga September ini.

Protes kepimpinan Presiden Hosni Mubarak yang berkuasa selama 30 tahun, didakwa sebagai pemerintahan autoritarian, dilihat turut memberi kesan kepada negara dunia Arab yang lain. – Foto Reuters
Maruah adalah antara perkataan yang kerapkali digunakan semalam. Ia menandakan nafas baru pergerakan itu, setakat ini, tiada pemimpin yang menggantikan kepimpinan dengan segera.

Sama ada pertubuhan Ikhwanul Muslimin ataupun beberapa pemimpin pembangkang seperti Mohammed ElBaradei atau Ayman Nour — telah mengartikulasikan perasaan putus asas dengan pemerintahan semasa, penghinaan polis dan terlalu sedikit wang untuk melangsungkan perkahwinan, malah kesan masalah di kem-kem Palestin di Jordan dan bandar raya sengsara Sadr di Baghdad, Iraq. 
Bagi kebanyakan orang, Ikhwanul Muslimin adalah sebuah pergerakan yang gagal untuk melaksanakan apa yang perlu direalisasikan.

“Masalahnya selama 30 tahun Hosni tidak benarkan kami menyediakan (kepimpinan) alternatif,” kata Adel Wehba yang menyaksikan perkembangan di dataran itu. “Tiada alternatif untuk apa-apa pun,” katanya.
Pandangan itu merujuk kepada tekanan prinsip demokrasi dan juga penyelengan politik selama tiga dekad lalu.
Ketiadaan alternatif menyumbang kepada pemberontakan. Mereka menjadikan jalan-jalan sebagai opsyen terakhir, bukan sahaja di kalangan golongan muda dan mereka yang tertindas, tetapi juga bagi setiap elemen penduduk Mesir.

Sehingga beberapa bulan lalu, harapan bagi prospek perubahan di dunia Aab adalah satu perkembangan biasa. Tetapi keadaan sudah mula berubah.

Penunjuk-penunjuk perasaan semalam bertindak seolah-olah mereka melakukan usaha terakhir yang diharap akan membawa kejayaan dalam pemberontakan yang bersifat nasionalis.
“Dia tidak akan pergi,” kata penyokong Hosni.

“Dia akan pergi,” balas penunjuk perasaan anti-Hosni. “Kami tidak akan pergi dari sini (tanpa dia pergi),” katanya lagi yang turut dipetik akhbar New York Times.

Kata laporan itu, liputan minit ke minit menerusi saluran-saluran Arab sehinggalah perbualan dari Iraq hingga Maghribi, rantau Asia Barat mengikuti tanpa putus-putus perkembangan di dunia Arab yang tidak pernah disaksikan dalam hidup mereka sebelum ini. Buat kali pertama dalam mana-mana generasi, masyarakat Arab melihat pada Mesir untuk contoh kepimpinan dan erti nasib itu didengar sepanjang hari.

Pada 2003 dunia Arab menyaksikan kejatuhan Saddam Hussein yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat dan bulan lalu di Tunisia.

“Saya meminta dunia Arab supaya bersama kami sehingga kami memperoleh kebebasan kami,” kata ulama dari Al Azhar.

“Apabila kami lakukan, kami akan membebasakan dunia Arab,” katanya lagi.
Selama beberapa dekad, dunia Arab menanti penyelamat - sama ada Gamal Abdel-Nasser, bekas presiden Mesir, seorang pemimpin yang karismatik, malah untuk tempoh tertentu bekas presiden Iraq Saddam.
Tidak siapa yang menanti kedatangan seorang penyelamat kali ini. “Saya berjuang untuk kebebasan saya,” kata Noha al-Ustaz, penunjuk perasana wanita yang mengharungi sekatan batu bata.
“Ini demi hak saya untuk bersuara. Demi mengakhiri penindasan. Demi menamatkan ketidakadilan,” kata wanita itu lagi.

Dari Tunisia, kesan pemberontakan sudah berada di Mesir. Beberapa negara Arab juga sudah mula berwaspada akan kesan limpahan ke negara mereka selepas ini.

TMI

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List