29 Kerusi S'wak Boleh Ditawan PR Tetapi...

on Apr 1, 2011

PETALING JAYA, 1 April - 29 kerusi panas dilihat boleh jatuh ke dalam tangan Pakatan Rakyat menurut seorang sains politik jika mereka menggunakan strategi yang betul.

Namun, menurut pakar lain dari Merdeka Center yang bercakap mengenai Sarawak berdasarkan bancian sehingga malam tadi menyimpulkan bahawa kemungkinan untuk merampas Sarawak dari cengkaman (BN) Barisan Nasional adalah "hampir mustahil".

Mereka berkata PR hanya mempunyai peluang "sederhana" untuk mengurangkan majoriti dua pertiga BN untuk 71 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Berdasarkan satu penilaian yang lebih 'halus', PR boleh memenangi "lebih atau kurang" daripada 20 kerusi tetapi tidak melebihi daripada 24 kerusi yang diperlukan untuk mengurangkan majoriti dua-pertiga BN, menurut seorang lagi ahli sains politik.

Kesimpulan-kesimpulan ini dibuat kerana lebih daripada 70 peratus kerusi di Sarawak terletak di kawasan pedalaman. Sifat kesetiaan kerana diberi bantuan pembangunan membolehkan BN untuk mempertahankan sokongan di daerah pedalaman.

Gambaran dari analisis ini juga menunjukkan perpecahan kekuatan politik mengikut etnik berkemungkinan berkembang di Sarawak. Pengundi China dijangkan akan menolak BN sementara pemerintah dapat mempertahankan sokongan daripada golongan orang luar bandar Dayak dan Melayu / Melanaus.

Dr Faisal Syam Hazis daripada Universiti Malaysia Sarawak berkata 29 kerusi panas ini terdiri daripada 15 kerusi majoriti Cina dan 14 kerusi majoriti Iban, Melayu / Melanau, Bidayuh dan kawasan Orang Ulu.

Kerusi China itu termasuklah semua enam kerusi DAP (Pending, Kidurong, Bukit Assek, Batu Lintang, Kota Sentosa dan Meradong), satunya kerusi Parti Keadilan Rakyat di Padungan, dan kerusi Ngemah daripada Parti Cinta Malaysia.

Faisal berkata sokongan rendah dikalangan pengundi Cina terhadap BN kerana mereka merasa terancam terhadap masa depan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), parti kedua terbesar BN di Sarawak.

"Bahkan Piasau tidak selamat lagi," kata Faisal merujuk kerusi yang dimiliki oleh Naib Ketua Menteri dan Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan.

Panel lain, Prof Dr Jayum Jawan, berkata, walaupun banyak (penyelewengan) yang sudah dilakukan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud sehingga tidak lagi popular di dalam media, masalah itu tidak akan mempengaruhi pengundi luar bandar.

"Masalah sebenarnya adalah Sarawak telah ditinggalkan di luar arus utama pembangunan. Pembangunan menguntungkan sebahagian besar orang Melayu, Cina dan India di semenanjung tetapi tidak untuk rakyat Sarawak, "kata Jayum dari Universiti Putra Malaysia.

Melayu / Melana Jayum sudah menegaskan mereta tidak akan menentang terhadap Abdul Taib kerana mereka melihat ia sebagai "salah satu dari mereka" sementara pengundi Iban akan tetap setia dengan ahli politik mereka.

"Rasuah, penyalahgunaan kuasa, pemerintahan yang tidak baik, ini adalah masalah asing bagi penduduk rumah panjang," kata Jayum.

Walaupun Sarawak sering berbangga dan mengulangi bahawa mereka mempunyai hubungan sesama kaum yang lebih baik dari penduduk Semenanjung, namun penduduk di sini masih dipengaruhi oleh kebimbangan hidup komuniti mereka ketika mereka keluar mengundi.

"Jika anda melihat suara Melayu / Melanau, mereka termotivasi dengan perasaan tidak mahu mengoncangkan [kapal]," menurut Prof Shaharuddin Badaruddin dari UiTM.

Melayu / Melanau, katanya, akan bimbang kehilangan kuasa terhadap negari melalui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen terbesar dari BN di Sarawak.

Ibrahim Sufian dari Merdeka Center pula berkata walaupun "angin perubahan" ada bertiup di Sarawak, tetapi ia tidak bertiup cukup keras untuk menjatuhkan BN.

"Kami tidak akan melihat perubahan selepas 16 April" katanya.

Kredit : TMI


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List