Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen.
Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.
Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.
Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seks seorang pemimpin kanan pembangkang, dipertontonkan kepada beberapa editor media.

Ia didedahkan pada 21 Mac lalu oleh trio Datuk T yang terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka, Tan sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan Datuk Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendara PERKASA, Datuk Shuaib Lazim.
-mkini
Kebenaran Video Lucah Terus Ditunggu
Perkembangan terbaru mengenai video lucah yang membabitkan tokoh politik masuk frasa kedua. Ketua Polis Negara berkata menurut penelitian pakar tempatan video berkenaan tulen dan bukan palsu. Satu perkara sudah terjawab kini. Tetapi mungkin boleh dipersoal lagi sejauh mana ketulenannya. Saya percaya kalau ia tertakdir di bawa ke mahkamah penyiasatan untuk mengesahkan benar atau palsu akan melibatkan pakar 'forensik' video dari luar negara.
Apa yang ditunggu kini ialah siapakah watak dalam video berkenaan dan untuk apakah ianya dirakam dan didedahkan. Apakah ia tulen atau pun tidak? Yang perlu dicari siapakah yang merakamnya. Sekali lagi kalau ia dibawa ke mahkamah menyebabkan pakar 'forensik' dari luar akan di bawa untuk mengesahkannya keaslian watak-watak dalam video berkenaan.
Persoalan lain apakah kalau benar yang terlibat itu tokoh politik negara ini pihak berkuasa ada kuasa untuk mendakwanya? Ini yang sedang ditunggu. Boleh jadi pendakwaan akan dilakukan sekiranya dengan berbuat begitu pihak yang menguasai perundangan merasakan mereka mendapat untung darinya. Game video lucah ini masih belum selesai. Masih banyak game overnya. Yang benar tetap akan dibenarkan walaupun macam mana sekalipun.
- MSO
0 comments:
Post a Comment