Pilihanraya Sarawak - jika bertambah kerusi pembangkang, moralnya BN kalah.

on Apr 1, 2011






Sarawak dalam delima politik yang sangat nyata. Delima ini juga di rasakan oleh barisan kepimpinan pemerintah kerana tidak ada siapa yang boleh memberikan kenyataan yang tegas yang Sarawak akan masih sebagai Sarawak yang kita kenali selama ini. Kepimpinan masa depan Sarawak masih menjadi persoalan ramai samada parti yang memerintah sekarang ini akan masih serupa dengan apa yang telah di alami oleh rakyat negeri itu setelah pilihanraya negeri pada 16 hb nanti.


Taib Mahmud yang telah memerintah Sarawak selama 3 dekad telah mengenepikan secara sistematik semua ‘budding leaders’ yang mucul dan mereka semua telah hilang dari arus perdana politik negeri itu walaupun mereka muncul kemudian dari kemunculan Taib. Ramai pemimpin-pemimpin negeri itu telah tampil tetapi mereka kemudian bersara dan keluar dari barisan kepimpinan bersama Taib kerana Taib tidak pernah berniat untuk membentuk barisan kepimpinan lapisan jika beliau bersara.

Pemimpin seperti Affendi Norwawi, Daniel Satem, Abang Abu Bakar, Bujang Ulis, dalam ramai lagi pemimpin-pemimpin ini sudh tiada kerana mereka merupakan barisan yang ‘last-in, first out’ dan Taib terus bermaharajalela sehingga mengakibatkan kekosongan kepimpinan yang nyata di negeri itu. 

Sekarang desakan rakyat untuk mengundurkan diri sedang memuncak dan jika Taib bersara sekarang ini sudah pasti Sarawak akan terjerumus di dalam perebutan kuasa kepimpinan yang kuat yang akhirnya akan memecahkan dominasi keluarga Taib khususnya dan PBB amnya. PBB sekarang ini sedang menghadapi krisis keyakinan yang sangat merbahaya dan parti alternative lah yang akan mendapat munafaat kerana isu kepinan ini. Dalam kata yang lain Taiblah sebenarnya yang membina kekuatan parti-parti pembangkang dengan terus menerus duduk di puncak kepimpinan negeri kenyalang ini.

Walaupun Taib telah memberitahu umum yang beliau akan bersara selepas pilihanraya ini, rakyat sekarang tertany-tanya siapa pula penggantinya? Apabila disebut Dato Seri Awang Tengah sebagai pengganti, ramai secara spontan berkata ‘dia tu kerjanya cari wang sahaja. Awang Tengah tidak akan mampu menyatukan Sarawak dan beliau akan lebih rakus dari Taib.

Budaya menebang hutan belantara telah menjadi semakin berluas-luasa dan kegiatan rasuah tidak ada kesudahan. Orang-orang Dayak sudah nampak bagaimana mereka di letakan di tahap kemiskinan terus terusan supaya merka akan menjadi kaum yang sentiasa mengharapkan upah mengundi di dalam setiap pilihanraya. Begitu juga kaum Iban. Tetapi kesedaran ini sudah mula berputik dan ramai di antara pengundi Dayak dan Iban sudah sedikit sebanyak tahu cara bagaimana untuk mengajar kepimpina yang rasuah, iaitu melalui pilihanraya sahaja….tidak ada jalan yang lain.

BN berbangga dengan kemenangan pilihanraya kecil di Semenanjung akhir-akhir ini dan berkeyakinan rakyat telah kembali memberikan sokongan kepada BN. Tetapi apa yang tidak di tonjolkan ialah, di dalam siri 15 pilihanraya kecil BN dan PR tidak ada apa-apa kekalahan dam kemenangan.

BN telah berjaya menawan du kerusi dari Pakatan, iaitu di Hulu Selangor dan Dewan Undangan Negeri Galas. Tetapi kita jangan lupa BN telah kehilangan 2 kerusi penting kepada PR iaitu Parlimen Sibu dan Parlimen Kuala Terengganu.

Jika kita andaikan pada 16 hb nanti di Sarawak akan di adakan 71 pilihanraya kecil serentak kita akan menyaksikan berapa kerusi pembangkang yang akan ditawan olih BN dan berapa pula kerusi BN yang akan ditawan oleh pembangkang. Berapa kah di antara 8 kerusi pembangkang yang akan ditawan oleh BN dan berapa pula di antara 63 kerusi BN yang akan ditawan oleh pembangkang.

Ada 29 kerusi yang sangat panas dalam pilihanraya ini iaitu di kawasan-kawasan Dayak dan Iban dan kebarangkalian BN di kalahkan di dalam beberapa kerusi di antara 29 itu adalah besar.

Jika pembangkang mampu untuk meraih tambahan kerusi di dalam pilihanraya ini dan BN tidak mampu mengurangkan jumlah kerusi pembangkan daripada 8 kesemuanya, dari segi moralnya BN sesungguhnya telah tewas. Untuk menafikan kuasa 2/3 di dewan Undangan Negeri Sarawak pembangkang hanya memerlukan kemenangan di 24 kerusi sahaja.

Jika DAP memenangi semua 15 kerusi yang telah diperuntukan oleh pembangkang, PKR dan SNAP hanya perlu untuk memenangi 9 kerusi sahaja lagi untuk menafikan kemenagan mutlaK BN seperti yang dialaminya selama ini. Jika situasi ini berlaku di dalam pilihanraya ini maka BN terpaksa mencari jalan untuk membina kembali keyakinan kepada kepimpinan samada di Sarawak, atau lebih-lebih lagi di peringkat Persekutuan.

Penambahan kepada penolakkan Taib di Sarawak adalah juga penolakkan kepada kepimpinan persekutuan. Sepertimana yang telah dicadangkan oleh blog ini acapkali dahulu, kita terpaksa memulakan negara baru dengan cara dan sistem politik yang baru dengan kepimpinan yang baru yang lebih ‘magnanimous’ dengan pengalaman yang luas dalam menghadapi rakyat yang kian hari kian berfikir.

Kita terlalu bangga dengan kemenangan politik selama ini, tetapi kita lupa yang akhirnya kita bukan dikenang kerana kemenangan atau kalah di dalam peperangan atau politik. Sebaliknya kita akan dikenang samada kita berjaya atau tidak untuk memperkuatkan nilai ‘spiritualism’ di dalam politik dan pentadbiran sesebuah negara itu.

Nilai ini memang sudah ada di dalam politik negara kita selama ini tetapi telah terhakis sejak 3 dekad yang lalu. Rakyat sudah mula nampak yang nilai yang di sebutkan itu sudah mula bercambah di kalangan pari-parti alternatif seperti PAS dan DAP.

Jika di sebut perkara ini ia akan menambah kemarahan di kalangan pemimpin dan penyokong pimpinan yang berkuasa pada hari ini. Marah macam mana sekali pun keadaan itu tetap wujud dan sesiapa boleh duduk di dalam ‘state of denial’ terus-terusan. Itu merupakan hak masing-masing untuk memilih.



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List