Najib berkampung di Sarawak tanda cemas BN kalah.....

on Apr 13, 2011

MUARA TUANG: Sokongan dan sambutan rakyat Sarawak daripada pelbagai kaum kepada pimpinan Pakatan Rakyat menyebabkan BN berada dalam keadaan `cemas' sehingga Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang terpaksa berkampung di Sarawak hingga Jumaat nanti.

Dalam tempoh berkempen PAS menerima sambutan dan sokongan di luar dugaan daripada rakyat Sarawak khususnya golongan muda yang menyatakan hasrat mahu perubahan.

Ketika Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin dan AJK PAS Pusat, Mohamad Hanipa Maidin berceramah di kampung Jawa, Semanggoh, ramai golongan muda mendengar ceramah walaupun keadaan ketika itu hujan.

Selepas ceramah golongan muda terus menerpa Nizar dan Hanipa bersalam, berbual dan bergambar.
Perkara yang sama berlaku ketika raja lawak, Bob Lokman dan pimpinan PAS negeri Selangor mengadakan ceramah di kampung Iboi, Sadong Jaya.
Ketika PAS Selangor mengadakan program khidmat kesihatan dan sukan rakyat di kampung Pelanduk, Sadong Jaya, lebih 60 orang kanak-kanak menyertai pertandingan melukis manakala golongan veteran dan anak-anak muda mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Rakyat Sarawak begitu teruja melihat bendera PAS yang dibawa oleh jentara pergi dari satu UPU ke UPU lain.
Mengulas senario itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, perkara itu tidak pernah berlaku di mana Perdana Menteri sanggup berkampung di tempat yang diadakan pilihan raya.
Ini jelas menunjukkan bahawa katanya, kegagalan Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin untuk memastikan satu strategi yang baik pada pilihan raya kecil Sarawak.
Selain itu Mahfuz yakin bahawa Najib mengetahui perubahan akan berlaku di Sarawak daripada semua kaum terutama di DUN yang PAS tanding.

"Perubahan itu berlaku dikalangan kakitangan kerajaan, pimpinan masyarakat dan ketua kelompok," katanya.
Beliau yakin dengan perubahan masyarakat Sarawak itu BN akan melakukan serangan lebih hebat menabur duit di saat terakhir bagi memastikan BN terus kekal menguasai Sarawak.
Mengulas tentang kurang perang poster katanya, jentera BN Sarawak dilihat bersendirian tanpa bantuan BN dari Semanjung.

Sebab itu tegas beliau tidak berlaku provokasi sebagaimana yang berlaku di Semanjung kerana Umno Semanjuang tiada kerana ia akan menambahkan kebencian rakyat terhadap BN.
Mungkin juga kata beliau BN Sarawak tidak mahu atau tidak menaruh kepercayaan kepada BN Semanjung kerana dibimbangi Umno akan membuka sayap di Sarawak.

"Saya percaya BN akan menggunakan apa sahaja cara untuk mengubah rakyat tetapi saya yakin kebaijaksanaan rakyat Sarawak yang cukup matang dalam politik," tegasnya.

Najib tiba di Kuching bagi kali kedua sejak kempen bermula pada 6 April, dan hanya akan pulang Jumaat depan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berada di Sarawak untuk kempen sejak beberapa hari lalu.



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List