Masih segar lagi dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia, sebelum pilihan raya umum ke-8 di peringkat nasional tidak nampak riak mahupun gelombang akan berlakunya tsunami politik hingga mengakibatkan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.
Malah BN juga hilang penguasaan di selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang, selain tidak berjaya merampas Kelantan dalam percubaan untuk tahun yang ke-20
Begitu juga dengan apa yang dilihat bakal berlaku di Sarawak bagi pilihan raya umum negeri (PRN) ke-10 kali ini yang telahpun bermula dengan proses penamaan calon 6 April lalu.
Setelah perjalanan kempen selesai lima hari, tidak nampak sebarang gelombang besar untuk dijadikan asas kepada pemerhati bagi menelah apa-apa jangkaan awal samada berlaku tsunami atau sebaliknya.
Namun, jika ditinjau nadi-nadi suara rakyat di bawah terdapat satu arus senyap yang bakal memberi keputusan yang mengejutkan dan ada dikalangan petugas parti yang yakin, beberapa kerusi milik PBB bakal terlepas kepada Pakatan Rakyat.
BN kelihatan cukup cemas dengan propaganda yang dimainkan di televisyen, dan media milik mereka, dengan setiap hari menempelak kehadiran pembangkang di Sarawak.
Malah propaganda yang dijalankan seolah-olah tanpa mereka ingat dan lihat apakah maksud sebenar demokrasi pilihan raya yang harus dihormati dan diteliti,
Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar sendiri melihat propaganda politik pembangunan yang ditawarkan oleh BN-PBB di Sarawak ini sejak berpuluh tahun lamanya tidak mungkin 'laku' lagi jika melihat arus dibawah yang kini makin mendebarkan.
Apa yang boleh beliau simpulkan, masyarakat di Sarawak cukup unik, mereka boleh memakai lambang BN dan PBB, tetapi dalam masa yang sama mereka boleh memakai dan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS.
Membicarakan tentang PAS, bukan kali pertama PAS menyertai pilihan raya umum negeri (PRN) Sarawak, kerana sejak tahun 2001 lagi, PAS sudah bertapak sebagai sebuah parti dakwah di sini.
PAS pernah bertanding di dewan Undangan Negeri (Dun) Beting Maro dan pada tahun 2006, PAs hanya kalah dengan 895 undi sahaja di tangan calon BN, Bolhassan Di.
Ketika itu calon PAS, Alem Din hanya kalah kerana PAS kekurangan jentera di peringkat tempatan, tidak mendapat sokongan kaum Iban, dan hanya menang di Peti Undi Beladin sahaja.
Kali ini PAS bertanding di lima kerusi termasuk Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjong Datu atas kesepakatan dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan Parti Keadilan Nasional (BN).
PRN ke-10 kali ini bakal menyaksikan tentangan hebat dari DAP yang bertanding di 15 kerusi, sementara KeADILan di 47 kerusi.Perkembangan setakat lima hari kempen, memperlihatkan DAP cukup agresif dalam menjalankan kempen di bandar-bandar dan pinggir bandar, kawasan yang ditandingini seperti Kota Sentosa dan Batu Kawa.
Kehadiran Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 10 April nyata menyuntik sokongan besar kaum Cina di Sarawak yang sejak dahulu ternanti-nantikan kemunculan Menteri Besar Kelantan itu.
Mungkin telahan Mahfuz ada benarnya, politik rakyat Sarawak bakal tak tersangka, dan silent protes mungkin berlaku dengan Sarawak bakal mengikut jejak Kelantan pada tahun 1990.
Cuma, disaat akhir, BN-PBB pastinya akan mengumpan segala macam janji, wang dan ugutan agar rakyat beralih kepada BN semula.Namun rakyat yang sudah lama dahagakan perubahan, keluar dari rejim 'kaya' Taib Mahmud pastinya tidak gentar jika mereka mahukan perubahan yang sebenar.
Tsunami 2008 juga datang tanpa disangka banyak pihak, dan apakah tsunami itu bakal berlaku di Sarawak kali ini?, rakyat Sarawak boleh melakukan perubahan!
WAN NORDIN WAN YAACOB.......http://www.detikdaily.net
0 comments:
Post a Comment