Pakatan bertembung lebih 20 kerusi di Sarawak

on Apr 4, 2011



Peluang Pakatan Rakyat di Sarawak dilihat makin sukar apabila rundingan pembahagian kerusi sesama mereka hampir pasti gagal, yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri di sekurang-kurangnya 23 kerusi.

NONEWalaupun masih tinggal dua hari sebelum penamaan calon pada 6 April ini, rundingan PKR dan Snap dilihat buntu, terutama apabila Datuk SeriAnwar Ibrahim mula bercakap tentang "risau" dan "waspada".

"Beberapa minggu sebelum ini, mereka (Snap) mula bercakap tentang meningkatkan kerusi. Itu menimbulkan kerisauan," katanya sambil menyentuh tentang kemungkinan berlakunya pecah undi.

Anwar juga berkata, pembangkang perlu memastikan Pakatan Rakyat melawan BN di semua tempat.

"Sehubungan itu, jangan ada parti yang ditaja," katanya.
PKR hari ini mengumumkan sebahagian lagi calonnya dan memberikan watikah bagi bertanding dalam pilihan raya Sarawak di sebuah hotel di Sibu hari ini.

NONEBerucap dalam majlis itu mengambil peluang menasihati calon parti itu supaya "kurang ngomong", sebaliknya menjelajah dan bertemu sebanyak mungkin pengundi di kawasan masing-masing.

Mengulas peluang Pakatan, Anwar berkata, dalam tempoh enam hari di bumi Kenyalang itu, beliau melihat "isyarat yang baik".

Sementara dalam sidang media selepas itu, ditanya tentang pertindihan kawasan dengan Snap, Anwar meminta supaya pemberita tunggu beberapa hari lagi supaya ia diselesaikan.

Menyentuh soal tuntutan 27 kerusi oleh Snap, Anwar berkata pembahagian sepatutnya berdasar kekuatan dan komitmen pada Pakatan.

NONE"Soalnya adakah kita iltizam dengan agenda Pakatan Rakyat dan menentang BN?" Katanya.

Menjawab soalan, sambil menegaskan tidak merujuk langsung pada mana-mana parti, Anwar berharap tiada sabotaj dalam rundingan mereka.

PKR juga dikatakan akan bertanding di 47 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List