HEBAT NYA IBRAHIM ALI....
Copy & Posted By mahi on Jun 29, 2011
BERSIH cuba selamatkan Anwar, kata Ibrahim Ali
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata beliau yakin perhimpunan anjuran BERSIH 2.0 dua minggu lagi bukan semata-mata untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.
Sebaliknya, beliau mendakwa gabungan NGO itu mempunyai agenda untuk menghuru-hara negara bagi "menyelamatkan" Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Mereka sudah tidak ada pilihan. Mereka gagal pada 16 September untuk menubuh kerajaan, kemudian Datuk Seri Anwar terpaksa menghadapi perbicaraan untuk mempertahankan dirinya.
"Dan dibantu pula dengan hebohan video (seks) yang mirip dengan ketua pembangkang. Maka pada saya, (perhimpunan) ini adalah pertarungan hidup dan mati Anwar Ibrahim.
"Maka cara yang terbaik, mungkin mereka merancang untuk menumbang kerajaan pada 9 Julai," dakwanya lagi dalam sidang media di sebuah hotel di ibu negara hari ini.
Ibrahim mendakwa BERSIH membawa agenda politik Pakatan Rakyat kerana NGO itu dianggotai pemimpin Pakatan antaranya, Pengarah pilihan raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan Setiausaha Pengelola DAP Teresa Kok sebagai jawatankusa mobilisasinya.
Ibrahim juga turut mempamerkan salinan pekeliling Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang didakwa mengeluarkan arahan kepada pimpinan PKR semua peringkat supaya menyertai perhimpunan itu.
"Jadi bererti, nyata sekali dengan surat ini, bahawa Anwar Ibrahim di belakang perhimpunan BERSIH 2.0 ini," katanya.
Turun dengan tangan kosong
Ibrahim juga berkata BERSIH turut digerakkan oleh aktivis pelajar Hishamudin Rais yang disifatkannya sebagai "baling batu sembunyi tangan" sewaktu zaman gerakan mahasiswa sektiar tahun 1970-an.
Sehubungan itu, Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas meminta rakyat membuat penilaian supaya tidak beremosi dengan menyokong perhimpunan itu secara "tidak tentu arah".
Sementara itu, mengulas perhimpunan PERKASA pada hari yang sama, Ibrahim turut menasihatkan ahlinya supaya mematuhi undang-undang dan jangan menimbulkan huru-hara.
"Jangan buat keganasan, (berhimpun) dengan aman, jangan langgar undang-undang, jangan baling batu.
"Saya dah bagi tahu kepada ahli PERKASA dalam taklimat, kita tak benar apa-apa provokasi, jangan bawak apa-apa senjata.
"Hanya turun tangan yang kosong untuk mempamerkan bahawa kita tidak bersetuju dengan BERSIH. Saya harap tidak ada apa-apa yang berlakulah nanti," tegasnya.
Ibrahim berkata PERKASA selesai memberikan taklimat kepada ahlinya di sepuluh daerah dan 22 kawasan parlimen secara tertutup berhubung perhimpunan 'Gerak Aman' pada tarikh yang sama.
MARAH BENAR MAKCIK NI
Labels:
Hal Orang Politik
0 comments:
Post a Comment