Rahsia UMNO Rampas Selangor Terbongkar...?

on Dec 3, 2011


Kah kah kah...

Kah kah kah...

Belum habis himpunan 1Lembu dah kantoi rupanya kah kah kah...

Nampak sangat gelojoh nak klepet Selangor kah kah kah...

Mana taknya, lebih 450 ribu mat Indon Bangla dengan Nepal dah ada kad pengenalan kah kah kah...

Jangan lupa ada sorang malaon tu berangan nak jadi MB kah kah kah...

Ala yang malaon pandai cakap pasal motivasi tuh kah kah kah...

Kah kah kah...


PAS dakwa pemimpin Pakatan ‘dilarang’ hadir majlis Lembaga Zakat Selangor

Dilihat sebagai satu lagi kontroversi menjelang pilihan raya umum, PAS Selangor mendakwa Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memberi arahan agar tidak mempelawa mana-mana wakil rakyat Pakatan Rakyat menghadiri program khususnya majlis pengagihan sumbangan zakat.

Pesuruhjayanya Dr Abd Rani Osman berkata, beliau difahamkan arahan itu dikeluarkan baru-baru dan percaya langkah tersebut menjurus ke atas wakil rakyat dan ahli-ahli politik dari Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Masa ketika kerajaan Barisan Nasional pun tidak pernah ada arahan sedemikian. Saya difahamkan pendirian ini diambil pada mesyuarat Lembaga Zakat Selangor baru-baru ini.

“Pada pandangan saya selaku Pesuruhjaya PAS, langkah ini jika benar, saya cuba mendapatkan maklumat tepat, kerana ada yang mengatakan sudah dikeluarkan arahan bertulis, sebenarnya bertujuan mahu mengelakkan kehadiran wakil rakyat dari Pakatan Rakyat,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Kerajaan negeri dipimpin oleh Pakatan Rakyat sejak Mac 2008.

Dr Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerusi Meru berkata, sepatutnya wakil rakyat dan ahli-ahli politik tidak kira parti sewajarnya dijemput hadir sama mengambil bahagian dalam mana-mana majlis-majlis anjuran LZS.

“Ini kerana majlis LZS membabitkan pengagihan sumbangan zakat, di mana nama-nama penerima juga melalui pemimpin tempatan dan wakil rakyat. Jadi, penerima juga berpeluang bertemu dengan wakil rakyat mereka apabila sumbangan diberikan,” kata beliau dengan merujuk kepada kejadian melibatkan program di Masjid As Syarif yang perasmi ialah pengetua Sekolah Menengah Meru.

“Mungkin mereka tidak mahu keuntungan politik pergi kepada Pakatan Rakyat,” kata Dr Rani sambil menambah ini perkembangan baru membabitkan kedudukan ahli-ahli khususnya dari Pakatan Rakyat.

“Di kerusi Dewan Undangan Negeri lain pun sudah berlaku perkara yang sama. Pelik tetapi benar. Sudahlah Adun Pakatan Rakyat tak dijemput ke program sekolah menengah, tiba-tiba program LZS , pengetua mereka pula dijemput. Rakyat dah mula persoalkan,” kata beliau.

Dr Rani memberitahu beliau sudah memaklumkan perkembangan tersebut kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim untuk diambil tindakan dan akan cuba mendapatkan penjelasan pengurusan LZS sendiri.


sumber

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List