Lembaga Zakat Selangor Nafi Larang Wakil Rakyat Pakatan Hadir Majlis

on Dec 3, 2011





Lembaga Zakat Selangor (LZS) menafikan ada mengeluarkan arahan agar tidak lagi mempelawa mana-mana wakil rakyat Pakatan Rakyat menghadiri program khususnya majlis pengagihan sumbangan zakat agensi itu.
Jurucakap LZS ketika dihubungi The Malaysian Insider menegaskan, pihaknya tidak membuat sebarang keputusan sedemikian atau mengeluarkan arahan seperti itu sama ada secara lisan atau bertulis.
“Tidak ada arahan sedemikian. Setahu saya perkara ini tidak pernah dibincangkan di mana-mana mesyuarat, malah arahan tidak dikeluarkan oleh pengerusi, ketua pegawai eksekutif ataupun mana-mana peringkat pengurusan. Itu yang saya pelik, dari mana YB Dr Rani (Osman) dapat maklumat seperti itu,” kata jurucakap itu menjelaskan kenyataan PAS Selangor mendakwa pengurusan LZS telah mengeluarkan arahan bertulis agar tidak mempelawa mana-mana wakil rakyat Pakatan Rakyat menghadiri program khususnya majlis pengagihan sumbangan zakat di negeri itu.
Dr Rani, Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, beliau difahamkan arahan itu dikeluarkan baru-baru dan percaya langkah itu menjurus ke atas wakil rakyat dan ahli-ahli politik dari Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.
“Perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Masa ketika kerajaan Barisan Nasional pun tidak pernah ada arahan sedemikian. Saya difahamkan pendirian ini diambil pada mesyuarat Lembaga Zakat Selangor baru-baru ini.
“Pada pandangan saya selaku Pesuruhjaya PAS, langkah ini jika benar, saya cuba mendapatkan maklumat tepat, kerana ada yang mengatakan sudah dikeluarkan arahan bertulis, sebenarnya bertujuan mahu mengelakkan kehadiran wakil rakyat dari Pakatan Rakyat,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Dr Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerusi Meru berkata, sepatutnya wakil rakyat dan ahli-ahli politik tidak kira parti sewajarnya dijemput hadir sama mengambil bahagian dalam mana-mana majlis-majlis anjuran LZS.
Dalam penjelasannya jurucakap LZS menambah, pihaknya berharap Dr Rani boleh membantu menyalurkan jika wujud maklumat kononnya telah memutuskan untuk tidak lagi mempelawa mana-mana wakil rakyat ke majlis mereka.
“Menjadi amalan kami, apabila ada majlis-majlis anjuran LZS kami akan menjemput wakil rakyat tidak kira parti, pemimpin politik tempatan, wakil masyarakat, pegawai-pegawai kanan kerajaan.
“Ini amalan dari dulu lagi, itu sebab saya agar terkejut dan pelik apabila dimaklumkan perkara ini. Sebenarnya bukan dasar kami berbuat demikian,” kata jurucakap itu lagi.


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List