Aziz Bari dijangka tinggalkan UIA tahun depan

on Dec 3, 2011



Selepas pertelingkahannya dengan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu kebebasan akademik, pakar perlembagaan, Prof  Abdul Aziz Bari dijangka meninggalkan universiti itu tahun depan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Aziz mengambil keputusan itu kerana dinafikan ruang untuk menyuarakan pendapat beliau dalam bidang akademik.

Salah satu contohnya ialah Insiden di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) bulan lalu, kata sumber itu.

Bulan lepas, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dilaporkan menghalang Aziz daripada berucap di Kuis, yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan Selangor.

Aziz terbabit dalam kontroversi - sejak mengulas mengenai campur tangan Sultan Selangor berhubung insiden di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) - yang berakhir dengan Aziz menerima surat tunjuk sebab dari pihak UIA dan digantung tugas pada 20 Oktober.

Bagaimanapun, penggantungan tersebut ditarik balik ekoran bantahan keras pelbagai pihak.

Menurut sumber itu lagi, Aziz, yang telah berkhidmat dengan UIA selama 22 tahun, tidak boleh semata-mata mematuhi rutin pengajaran tanpa dapat membuat komen terbuka.

Situasi Aziz diburukkan lagi dengan ketidakpastian nasibnya ekoran tindakan penggantungannya sebelum ini, kerana pihak universiti didakwa tidak memberi respon terhadap jawapannya kepada surat tunjuk sebab tersebut, kata sumber itu lagi.

Ketika dihubungi Aziz bagaimanapun enggan mengulas mengenai peletakan jawatan yang dikatakan itu.


Photobucket

1 comments:

Anonymous said...

Apa asas undang-undangnya untuk mengatakan Sultan tidak konsisten dan bertindak tidak ikut Islam sedangkan perkara tersebut adalah prerogatif Sultan selaku Ketua Agama.

Tidak cukup dengan itu, "berpolitik" di Pasir Gudang dan Gelang Patah. Apa motifnya sebenarnya? Lesen beliau adalah akademik bukannya lesen politik kecuali beliau adalah ahli parti politik - perlu daftarlah kalau nak berpolitik.

Kebebasan bersuara bukan bermakna seseorang itu boleh bersuara sesuka hatinya semasa kahtib membaca khutbahnya,ataupun didalam suatu mesyuarat. DiDUN atau Parlimenpun, ada peraturan bila hendak bersuara - kena tunggu giliran dan bila dibenarkan Speaker untuk berbuat demikian.

Jika nak berpolitk perlulah berdaftar seperti bila mahu beristeri perlu juga berdaftar. UIA tidak pun membenarkannya "berpolitik" sedangkan gajinya dibayar UIA bukannya parti politik.Mahu dengar cakap UIA atau parti politik???
Mungkin kot beliau pun menyedari bahawa masanya di UIA sudah boleh dihitung harinya, Cuma cepat atau lambat.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List