Cadang Sumpah Bai'ah Tak Sabotaj Calon

on Dec 3, 2011




Perwakilan Umno Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan kepada pucuk kepimpinan supaya mengadakan bai'ah di kalangan perwakilan untuk mengelak parti disabotaj oleh 'pengkhianat' dalam pilihan raya umum.

Bahkan bai'ah itu juga diwujudkan bagi menyatakan sokongan terhadap kepada kepimpinan berhubung pemilihan calon boleh menang dalam pilihan raya itu.

"Saya cukup yakin, yang bercakap tentang calon, dan yang bercakap sabotaj yang membimbangkan, kita buat sumpah bai'ah supaya tidak ada pengkhianat dalam perjuangan kita ini.

"Kita bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi, kita sokong calon pilihan pucuk pimpinan dan tak akan sabotaj parti ini Setuju," katanya.

Lantas disambut oleh perwakilan yang hadir di Dewan Medeka melaungkan: "Setuju".
Cadangan tersebut dilihat mengikut "jejak langkah" pembangkang, apabila Komarul menyatakan "pembangkang membuat bai'ah juga".

Bercakap membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial, Komaruldin berkata ia juga sebagai bukti bahawa Umno tidak pernah mengetepikan perjuangan agama yang berlandaskan Al-Quran dan Al Sunnah.

Katanya, orang yang berani adalah orang yang ikhlas sambil memberi contoh Presiden Umno Datuk Seri Najib pernah bersumpah untuk menafikan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

"Ada ketua umum PKR berani bersumpah. Ada? Dekat mana dia bersumpah?" sindir Komarul.

"Andai kata kita tulus dan mulus, maka sumpah ba'iah adalah sesuatu yang penting untuk mempastikan tiada pengkhianatan dalam parti dan memastikan Umno berkuasa di negara ini," katanya.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List