N3 DENGAR DENGAR DENGAR - Cerita Rasuah

on Feb 15, 2012




Ketua Pemuda UMNO, Khairi Jamaluddin yang menuduh ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi Haji Shafiei membersihkan diri sendiri dari tuduhan terlibat dalam scandal pasir di Selangor mungkin menggangap masyarakat sudah lupa bahawa beliau pernah di tuduh melakukan ‘rasuah politik wang’ semasa pemilihan UMNO dan hanya ‘dibersihkan’ oleh Jawatankuasa parti sendiri bukannya SPRM…


Berbeza dengan ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi yang dibersihkan oleh SPRM, Khairi tidak pernah dipanggil oleh SPRM..

Apa orang UMNO ingat Jawatankuasa UMNO tu kedudukannya lebih tinggi dari SPRM ke?


*******************************************

KHAIRI JAMALUDDIN TIDAK LAYAK BERCAKAP SOAL BANTERAS RASUAH.

Saya agak terkejut dengan ulasan oleh YB Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang disiarkan di akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Februari 2012. Pada sangkaan saya sebagai Ketua Pemuda UMNO, Ketua Pemuda Barisan Nasional dan Ahli Parlimen Rembau beliau seorang yang peka kepada sesuatu isu semasa.

Nampaknya sangkaan saya melesat dan komen beliau memberi gambaran jelas akan sebab sebenar kenapa beliau tidak dilantik menjadi menteri di bawah kabinet PM Dato’ Sri Najib Razak, walaupun kedudukannya sebagai ‘Naib Presiden’ UMNO. Terbukti ‘inteliktual’ beliau tidak melayakkannya untuk duduk dalam kabinet menteri kerana cara fikirnya amat tidak matang, kebudakan dan dangkal maklumat.

Tuduhan beliau saya ‘membersihkan’ diri sendiri adalah tidak benar dan sama sekali tidak berbangkit. Jika kes lama yang dikitar semula ini boleh di ambil oleh YB Khairi sebagai suara Pemuda UMNO, jelas beliau amat perlukan bimbingan dalam politik.

Penjelasan saya kepada media sebelum ini lebih kepada menjawap tuduhan oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) yang mengeluarkan salinan slip bayaran tulen bagi tujuan lain, tetapi di pesong serta dikaitkan kepada bayaran sebagai dorongan mendapatkan kontrak. Ada perbezaan besar dalam manipulasi slip ini yang perlu diketahui oleh rakyat, kontrak tidak wujud, pinjam di kaitkan 'tumbuk rusuk'. Saya hanya menjelaskan ‘spin’ cerita negetif mahupun tokok tambah perbualan telefon RPK dan berasaskan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang di petik seperti dibawah amat terang menjelaskan maksudnya!

“The MACC says the A-G's Chambers has returned the investigation papers and no charges were brought against the two assemblymen.

“The MACC would like to announce that investigations on Sri Muda state assemblyman Mat Suhaimi Shafiei and Batu Caves state assemblyman Amirudin Shaari have been completed and (the investigation papers) handed over to the A-G’s Chambers,” the MACC said in a statement.

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) said today that it had completed investigations on the alleged sand theft syndicate in Selangor.

However, the Attorney-General’s (A-G) Chambers had returned the investigation papers and had recommended that no further action be taken on the case.”


Saya bukan seperti YB Khairi yang di tuduh melakukan ‘rasuah politik wang’ semasa pemilihan UMNO dan hanya ‘dibersihkan’ oleh Jawatankuasa parti sendiri sahaja bagi melayakkan bertanding Ketua Pemuda UMNO dan menang secara ‘meragukan’. Apakah cukup hormat Pemuda UMNO pada SPRM dalam skandal rasuah politi wang Khairi Jamaluddin? SPRM pun di tegah menyiasatnya oleh pimpinan UMNO!

Dalam sidang akhbar saya juga, saya tidak menyebut sedemikian hanya sekadar memaklumkan dari apa yang saya difahamkan oleh pegawai SPRM sendiri. Hak mereka yang disasat membolehkan mereka bertanya dari masa ke samasa tentang hasil siasatan yang dibuat dan jika di tanya oleh orang ramai kita mempunyai hak untuk menjawapnya sekadar yang kita tahu.

Umum sewajarnya dimaklumkan bahawa saya telahpun disiasat sepenuhnya bersama YB Amirudin. Mereka mereka yang namanya di sebutkan oleh RPK kesemuanya sudah di panggil untuk soal siasat jauh lebih awal, sebelum saya di siasat lagi. Kesemuanya disiasat berhari hari dan melaui proses biasa seperti mana orang biasa lain di saisat. Semua telefon individu terlibat di ambil dan semua mereka yang telah di soal siasat ‘masih terkeliru’ hingga kehari ini.

Apakah YB Khairi di soal siasat seperti itu yang telah ‘membersihkan’ beliau dari rasuah politik wang?

Ketidakmatangan YB Khairi Jamaluddin yang telah lama dihidu Perdana Menteri semakin ketara apabila mengarahkan pula Ketua Pemuda UMNO Selangor yang ‘lurus bendul’ membuat laporan polis pada hari yang sama dan mahu melaporkan pada SPRM pada hari isnin (13 Februari 2012) sedangkan kes yang dikaitkan dengan saya sudah pun selesai disasat SPRM.

Lihatlah betapa tidak peka dan matangnya pimpinan Pemuda UMNO Malaysia, apatah lagi Pemuda UMNO Negeri Selangor. Membuat sesuatu tanpa menyiasat terlebih dahulu duduk perkara sebenar dan cerita ‘golongan munafik’ ini yang cuba disensasikan.

Apabila kes berkaitan kes ‘baja, benih padi, wang zakat yang disalah guna, mahligai besar di Shah Alam’ dan National Feedlot Corporation (NFC) yang jelas terdapat unsur jenayah rasuah tiada pula kelihatan pemuda UMNO bergegas ke balai membuat laporan polis apatah lagi laporan pada SPRM. Manakala kes yang sudah selesai disasat pula di buat laporan polis. Inilah ‘lawak jenaka’ Pemuda UMNO Malaysia.. Mereka tiada visi dan hala tuju sejak berketuakan Ahli Parlimen Rembau yang ‘sepatutnya’ menjadi Menteri

Sungguh amat malang bagi UMNO mempunyai pemuda yang bukan sahaja tidak matang, bahkan juga ‘lulus bendul’. Tidak hairanlah Ungku Saleh yang ‘cacat fikiran’ selaku Ketua Pemuda UMNO Selangor, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid ‘badan besar otak kecil’ dan “Pegawai Khas Baja kepada Dato’ Sri Noh Omar’ yang juga Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan di ambil supaya semua arahan Ketuanya akan dilaksanakan. Skrip yang dibaca oleh Sohaimi Shahdan juga jelas menunjukkan ‘hidungnya semakin besar dicucuk’. Mari kita semak apa kata Pemuda UMNO Selangor;

“Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Mohd Salleh Ungku Abdul Jamal dalam laporan polisnya berkata, di dalam blog tersebut terdapat pendedahan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam Selangor oleh dua Adun, yang merujuk kepada Adun Batu Caves Amiruddin Shari dan Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

Katanya, isu ini harus dipandang serius memandangkan terdapat unsur jenayah rasuah dan berharap kes ini dapat disiasat secepat mungkin.

Semantara laporan kepada SPRM akan dikemukakan pihaknya Isnin ini…..”


Pengamatan saya samada Pemuda UMNO Selangor atau Puteri UMNO Selangor, tahap ‘lurus bendul’ mereka sama sahaja ‘bengkok’nya. Puteri UMNO Selangor yang ‘terpaksa dipimpin’ kerana amat mentah semasa timbul kes ‘derhaka’ dahulu juga mengeluarkan kenyataan ‘lurus melangkah bendul’ semata mata mahu dilahit senada dengan Pemuda. Walhal masa yang ada patut dimanafaatkan ‘membakar lemak’ supaya lebih berstamina pusing Selangor.

Kepada YB saudara Khairi Jamaluddin, saya sarankan agar saudara lebih peka dan faham sesuatu isu sebelum saudara mengulasnya. Semasa saya bertemu saudara di rumah Dato’ Sri Anwar Ibrahim (DSAI) takala saudara menyerahkan passport DSAI satu ketika dahulu, tafsiran saya pada saudara ialah, saudara antara pemimpin masa depan negara ini.

Tetapi kini persoalan yang berlegar di fikiran saya adalah, berapa lama agaknya saudara akan mampu bertahan dalam dunia politik UMNO ini jika daya fikir saudara tak berubah? Dalam keadaan saudara di kelilingi oleh ‘badut yang lurus bendul’ dan tanpa para penasihat yang rapat dengan PM, cita cita saudara akan ‘mati meragan’ dan tidak kemana. Carilah masa berfikir halatuju politik saudara.

Persoalan yang paling ingin saya tanyakan pada saudara, layahkah saudara bercakap soal rasuah ini? Sudahkah saudara renungkan zaman saudara ‘di tingkat 4’ dahulu? Apa jadi dengan ECM Libra dahulu?

UMNO sudah hampir ke zaman penamat, tempoh hayat hanya berbaki dalam bilangan bulan, bukan lagi tahun! Masa akan menunjukan kebenaran akhirnya akan menang. Masa itu Khairi Jamaluddin akan di kenang dalam sebahagian kecil sejarah sebagai anak muda yang rakus dan antara Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang gagal menjadi menteri.


Shuhaimi Haji Shafiei
Adun Sri Muda / Ahli Majlis Pimpinan Pusat



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List