Hai orang PAS, hampa lawan Umno kerana Anwar ka?

on Jul 11, 2012


Zamil Ibrahim, yang mendakwa dirinya ketua parti Kita berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernahmaki PAS, pernah hentam DAP. Saya tak ingat bila, tapi lama dah saya tulis dalam blog ini tentang mulut jahat Anwar terhadap PAS. Antara lain, Anwar pernah kata selepas pilihan raya umum 2008 lalu, "PAS does not exist in Penang".

Sebahagian yang amat besar kawan-kawan saya adalah orang PAS. Biasalah, dulu saya ahli PAS. Saya mengaku dengan jujur, selalu sangat berlaku, sakit hati depa juga sakit hati saya. Cuma yang saya harap depa tak dapat kalahkan saya adalah dalam tahap kebencian saya terhadap Umno.

Ok, Zamil kata Anwar maki PAS ketika Ketua Umum PKR itu dah pun berada dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bukan lagi ketika mamat tu jadi hamlau dalam Barisan Nasional (BN). Jangan nafi. Mai kita pakat-pakat iktiraf apa yang Zamil kata. Maklumlah dia dakwa dia ada video.

Awat, kalau Anwar maki PAS, hang ingat kami nak sokong dan undi Umno? Isteri aku dan aku pengundi dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai. Awat, kalau Anwar maki PAS hang ingat aku nak undi Umno di Lembah Pantai tu dan bagi bangkai menang di situ?

Hang ingat aku lawan Umno kerana Anwar? Na'uzubiLlahi min zalik! Tak payah try lebih la, Zamil. Lagi hang try lebih, lagi benci aku kat Umno.

Aku bukan lagi orang PAS. Tapi aku nak tanya sikit kat orang-orang PAS, hampa lawan Umno kerana Anwar atau kerana Allah? Tak perlu jawab dalam blog ni, jawab dalam hati hampa sendiri. Jawapan dalam hati hampa itulah yang Allah s.w.t. iktiraf.


http://penarikbeca.blogspot.com


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List