Ahli Parlimen Rompin,Datuk Jamaluddin Jarjis (foto), dinamakan sebagai calon teratas yang akan menjadi Menteri Besar Pahang selepas Pilihanraya Umum Ke-13 nanti, seandainya Barisan Nasionl masih berkuasa di negeri ini. Rata-rata penduduk yang ditemui di sini membicarakan persoalan itu, walau pun parlimen masih belum dibubarkan lagi.
Menurut sumber, Ketua UMNO Bahagian Rompin itu merupakan calon "popular" yang menjadi pilihan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang ini. Memang ada nama-nama lain sepertiDato' Sharkar Shamsuddin, Dato' Tengku Zulkifli, Dato' Shafik Fauzan, Dato' Ir. Soffi Razak, Dato' Sheikh Fauzi dan lain-lainnya, namun Nama JJ dikatakan terkedepan kerana beliau dilihat yang paling bepotensi dan mendapat kepercayaan penuh Najib.
Buktinya, ketika JJ berada di Amerika Syarikat untuk menjadi Duta Besar Malaysia ke sana Najib telah mengarahkan Setiausaha Politik beliau Suffian Awang(Exco Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda Bahagian Kuantan) untuk menjadi"care taker" parlimen itu. Walau pun ada ramai pemimpin UMNO bahagian Rompin yang layak, namun Najib mengarahkan Suffian menjaga kawasan yang ditinggalkan oleh JJ itu.
Malah, JJ dilihat telah berjaya memulihkan imej Najib di persada dunia melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan tugasnya di Amerika itu. Soalnya, jika JJ diangkat sebagai Menteri Besar Pahang yang baru, bagaimanakah pula nasib Dato' Sri Adnan Yaakob sekarang?.
Terdapat desas-desus Adnan akan bertanding di parlimen kali ini, walau pun tidak menjadi pada PRU yang lalu. Najib mahu Adnan berkhidmat di pusat dan JJ mengambil alih jawatan MB di negeri. Walau bagaimana pun ia bergantung kepada pengaruh Adnan dalam menguasai istana. Jika berjaya maka dia akan kekal sebagai Menteri Besar, tapi jika sebaliknya maka bermakna berakhirlah empayar pemerintahan Dato' Sri Adnan Yaakob di negeri Pahang selepas Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.
Jamaluddin Jarjis (JJ) kini menjadi orang harapan Najib untuk jadi MB Pahang
Jika Adnan berjaya maka beliau akan terus kekal di negeri, jika tidak sudah pasti Najib akan meletakkan orangnya. Sementara itu, hangat diperkatakan JJ akan bertanding di kerusi DUN kali ini.
Parlimen akan dilepaskan kepada bekas Timbalan Menteri Besar Pahang yang dipinggirkan oleh Adnan iaitu Dato' Hassan Ariffin. Harus diingat, walau pun dipinggirkan Hassan masih berpengaruh dan kini merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rompin. JJ akan bertanding di DUN Bukit Ibammenggantikan Dato' Safri Aziz (Exco Kerajaaan Pahang sekarang).
Safri mungkin terpelanting kerana beliau naik atas ehsan Tun Abdulah Badawi (Pak Lah). Beliau dikatakan mempunyai hubungan saudara dengan Pak Lah, lantaran itu nasibnya tidak menentu kali ini. Maznah Mazlanpula akan terus kekal di DUN Muadzam Shah dan bergelar Senatoruntuk penggal berikutnya. Berita ini sebenarnya sudah tersebar secara meluas ke seluruh Pahang, terutamanya di pihak UMNO BN sendiri.
http://pahangdaily.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment