Ketika mereka menjadi Perdana Menteri, saya debik sungguh-sungguh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dalam tulisan-tulisan dan perbualan-perbualan saya. Tetapi, bila depa pencen, saya berusaha sedaya upaya untuk tidak mengkritik depa. Dah pencen, nak kacau buat apa lagi.
Walaupun begitu, itu tidaklah bermakna saya redha dan suka dengan peninggalan-peninggalan mereka yang merugikan negara. Umpamanya, saya benci sungguh industri kereta nasional yang semakin hari semakin menjadi industri yang sangat membeban dan menyusahkan rakyat serta menyakitkan hati mereka.
Dalam posting blognya semalam, Dr Mahathir mengakui kewujudan Mahathirism apabila beliau berkata "Actually Mahathirism died when Dato Seri (Tun) Abdullah took over from me in 2003". Maknanya, menurut Dr Mahathir sendiri, Mahathirisme ada. Tetapi Pak Lah yang bunuh.
Sedap pula komen di bawah berita bertajuk "Mahathirism is dead and gone, says Dr M":
At first he denied Mahathirism, now he says Mahathirism is dead, what will he say next.Bagai semua orang tahu, Pak Lah ialah favourite punching bag atau tempat debik kegemaran Dr Mahathir dan pemuja-pemujanya yang menjadikan beliau sebagai latta atau uzza mereka (dalam parti lain pun ada pemujaan dan pendewaan). Seolah-olah bagi puak Dr Mahathir tu, duduk-duduk saja tak dak apa nak buat, depa tibai Pak Lah. Lazat sangat depa rasa.
Mampoih pi la depa bertibai sesama depa.
Ni masuk kepada apa yang saya nak cakap. Saya selalu kata, walaupun saya tidak berterima kasih kepada Dr Mahathir dalam hampir semua perkara lain, tetapi saya sangat-sangat berterima kasih kepadanya dalam tiga perkara - pertama, dia pinda perlembagaan yang kudungkan imuniti raja-raja; kedua, dia buang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketiga, dia lawan Pak Lah sampai Pak Lah jatuh.
Maknanya ada perkara yang saya berterima kasih kepada Dr Mahathir.
Nampaknya, begitu juga Pak Lah. Walaupun saya tidak berterima kasih kepada beliau dalam hampir semua perkara lain, saya sangat-sangat berterima kasih kepadanya kerana membunuh dan membersihkan negara ini dari Mahathirisme.
Sayangnya, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mahathirisme tetap ada. Malah, Pak Lah juga adalah pengamal Mahathirisme yang sangat tegar.
Saya bagi satu contoh Mahathirisme. Kita kembali kepada sejarah. Ketika Allahyarham Tunku Abdul Rahman berhenti sebagai Perdana Menteri, tidak ada anak atau anak angkatnya yang menjadi jutawan. Begitu juga ketika Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri. Allahyarham Tun Hussein Onn pun sama. Ketika dia berhenti sebagai Perdana Menteri, tidak ada anaknya yang menjadi jutawan.
Tetapi Dr Mahathir, tak dan berhenti lagi, tengah dok jadi Perdana Menteri lagi, hampir semua anaknya jadi jutawan (saya tak tahu kalau ada yang dah jadi billionaire masa itu). Perkara itulah yang sebenarnya merupakan Mahathirisme yang paling ketara dan teratas sekali dalam senarai.
Dan, sebab itulah juga saya kata Pak Lah adalah pengamal Mahathirisme yang sangat tegar. Anak menantunya jadi jutawan (atau mungkin billionaire) ketika dia masih menjadi Perdana Menteri.
Zaman Najib tak ada Mahathirisme? Lebih dari ada. Contohnya baca berita bertajuk "Syarikat Scorpene laksana LRT Ampang - PKR". (Gambar di atas: Jangan lupa Sabtu ni!)
http://penarikbeca.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment