Pengaruh Anwar di Indonesia tidak sehebat gambaran....?

on Jul 7, 2012




Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya pemimpin kerajaan dan parti politik di Indonesia tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pengaruh beliau di republik itu tidak sehebat gambaran yang diberikannya.
Beliau berkata tokoh pemimpin di Indonesia kini semakin memahami iklim politik Malaysia dan memilih untuk mengakui hubungan bilateral yang baik, yang sudah terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dan Indonesia.
“Bagi saya tidaklah sebegitu rupa sebagaimana yang digambarkan oleh beliau (Anwar) seolah-olah dia (Anwar) di Indonesia cukup berpengaruh.
“Saya tidak melihat begitu. Dalam media-media tempatan, dia tidak mengambil ruang yang besar seolah-olah apa yang Anwar lakukan cukup hebat,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini Sabtu.
Muhyiddin berada di sini dalam rangka lawatan enam hari ke Indonesia untuk meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia selain berbincang mengenai isu yang sering mengganggu hubungan di peringkat rakyat di kedua-dua negara.
Akui Anwar ada kenalan di Indonesia
Di awal lawatan pada 3 Julai, Muhyiddin bertemu dan berbincang dengan Naib Presiden Indonesia Boediono serta pemimpin tiga parti politik terbesar di Indonesia semasa di Jakarta.
Para pemimpin parti politik itu ialah Ketua Umum parti Golkar Aburizal Bakrie, Ketua Umum parti Demokrat Annas Urbaningrum dan Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (DPI-P) Megawati Sukarnoputeri.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, mengetuai delegasi pemimpin Umno dalam pertemuan dengan ketiga-tiga parti politik Indonesia itu.
“Saya percaya pemimpin-pemimpin Indonesia dan parti-parti politik lebih memahami keadaan sebenar. Lebih-lebih lagi kita ada hubungan akrab antara kerajaan dan kerajaan,” katanya.
Muhyiddin bagaimanapun tidak menolak kenyataan bahawa Anwar mempunyai kenalannya di Indonesia.
-Bernama


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List