SIAPA BAPA PERPECAHAN MELAYU?

on Aug 3, 2012





Menurut Tun Mahathir, bangsa Melayu hari ini berpecah kepada tiga kumpulan: Pertama Melayu yang menyokong UMNO, Melayu dalam  PAS dan Melayu dalam PKR.

Kecuali Tunku Abdul Rahman, semua lima Perdana Menteri Malaysia, Tun Razak, Tun Hussien, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Dato Sri Najib dilantik terlebih dahulu sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum  timbalan presiden UMNO.

Setelah Tun Razak dilantik menjadi perdana menteri menggantikan Tunku pada 1970,  Tun Razak memilih Tun Dr Ismail  sebagai timbalannya. Tun Razak menggunakan kuasa prerogatifnya memilih seorang timbalan yang pada budi bicaranya layak dan berkebolehan menjadi timbalan perdana menteri tanpa mengambil kira jawatannya dalam parti.

Dr Ismail telah bersara dari semua jawatan parti dan kerajaan pada 1967 dan berkhidmat dengan Guthrie. Bagaimanapun,  Tun Razak menjemput Tun Dr Ismail menyertai semula kabinet sebagai menteri KDN dan seterusnya timbalan perdana menteri.

Tun Dr Ismail kemudiannya dipilih menjadi timbalan presiden UMNO dalam mesyuarat agong parti itu. Setelah Tun Dr Ismail meninggal dunia pada 1973, Tun Razak memilih Tun Hussien Onn sebagai timbalannya.

Tun Hussien Onn juga menjadi timbalan presiden UMNO setelah dia dilantik menjadi timbalan perdana menteri terlebih dahulu.

Tun Hussien Onn menjadi Perdana Menteri  Malaysia setelah Tun Razak meninggal dunia di London pada 1976.  Pemimpin Melayu yang dipercayai Tun Hussien Onn untuk dilantik sebagai timbalan perdana menteri  bukan dikalangan tiga naib presiden UMNO, Ghaffar Baba, Tengku Razaleigh dan Dr Mahahtir tetapi seorang AMT UMNO iaitu  Tan Sri Ghazali Shafie.

Ghazalie Shafie adalah seorang tokoh politik yang berpengalaman. Beliau terlibat secara langsung dengan Tun Razak ketika penubuhan Malaysia tahun 1963. Pengalamannya  sebagai Menteri Dalam Negeri dapat membantu Tun Hussien Onn menstabil negara.

Pemilihan Tan Sri Ghazalie Shafie bagaimanapun mendapat bantahan daripada seorang Naib Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir memujuk dua lagi naib presiden, Tun Ghaffar dan  Tengku Razaleigh untuk mendesak Tun Hussien Onn membatal niat melantik Tan Sri Ghazalie.

Tun Hussien pada mulanya bertegas dengan pilihannya kerana kuasa melantik timbalan perdana menteri adalah prerogative penuh perdana menteri. Bagaimanapun setelah diiadakan pertemuan, Tun Hussien bataskan pilihannya kepada dua naib presiden, Tengku Razaleigh atau Dr Mahahtir. Walaupun Ghaffar Baba lebih senior jawatannya sebagai naib presiden, Tun Hussien tidak bercadang memilihnya.

Ada sumber mengatakan dalam pertemuan antara Tun Hussien, Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh, diadakan satu gentleman agreement antara mereka untuk menjaga perpaduan parti dan bangsa Melayu. Dalam perjanjian itu, Tun Hussien  melantik Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri dan jika sekiranya Dr Mahathir menjadi perdana menteri, beliau hendaklah memilih Tengku Razaleigh sebagai timbalannya.

Tetapi apakah yang berlaku setelah Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri? Apa yang terjadi pada UMNO dan orang Melayu setelah Dr Mahahtir berada dipuncak kuasa?

Bertitik tolak pemilihan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan presiden UMNO juga bermulanya perpecahan umat Melayu di Malaysia!

Setelah Tun Dr Mahathir dilantik menjadi perdana menteri, dia  tidak melantik timbalan perdana menteri. Sebaliknya kuasa memilih diserahkan kepada perwakilan UMNO untuk memilih timbalan presiden UMNO yang kemudiannya akan dilantik menjadi timbalan perdana menteri.

Berdetik daripada pemilihan itu, bermulalah perpecahan orang Melayu dan UMNO! Bermula keujudan puak dan team dalam UMNO dan juga kelompok dalam masyarakat Melayu yang kemudiannya membawa kepada perpecahan yang lebih besar iaitu pengharaman UMNO dan kemunculan parti Semangat 46.

UMNO yang lahir diatas bangkai UMNO yang diharamkan adalah UMNO milik Tun Mahathir. Kerana itu Mahathir boleh keluar dan masuk UMNO sesuka hatinya. Zaman Mahathir menyaksikan UMNO berpecah kepada Team A dan Team B. kerana Tun Mahathir, dua bekas presiden UMNO, Tunku dan Tun Hussien Onn meninggal dunia diluar UMNO.

Mahathir bukan sahaja menunjukkan kuasa diktatornya semasa berkuasa, malah setelah bersara, dia masih mempengaruhi keputusan politik dalam UMNO dan kerajaan. Bermacam-macam taktik digunakan mengugut pucuk pimpinan parti termasuk keluar dari UMNO semasa Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Tun Mahathir mulai menunjukkan rasa kurang senang dengan Tun Abdullah Badawi setelah pemilihan timbalan perdana menteri tertangguh selama 53 hari. Pemilihan Tun Abdullah Badawi sebagai pengganti Tun Mahathir adalah ‘bersyarat’ iaitu secara pakej, Adbullah sebagai PM dan Najib sebagai TPM. Itulah syarat Tun Mahathir kepada Abdullah Badawi.

Syarat itu sebenarnya telah melanggar kuasa prerogative seorang perdana menteri untuk memilih timbalan perdana menteri. Ada yang berpendapat, tertangguhnya pengumuman Najib sebagai timbalan perdana menteri kerana Tun Abdullah bercadang untuk memilih Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalannya bukan Najib.

Soalan saya, berpecahkah Melayu jika Dr Mahathir tidak pecat dan aibkan Anwar Ibrahim?



muslioli

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List