DAPAT HADIAH BLACKBERRY TIRUAN BUATAN NEGARA CHINA

on Sep 18, 2012




Seorang kerani kesal dan merasa tertipu apabila mendapati hadiah cabutan bertuah berupa seunit telefon pintar Blackberry, yang diterima dalam sebuah program yang diadakan di Padang Astaka, Taman Bandar Chukai, di sini, bukanlah telefon asli sebaliknya buatan China. Mohd Zulkifli Draman, 25, yang menetap di Mak Chili berkata, walaupun dia tidak membayar apa-apa untuk menyertai acara cabutan bertuah itu tetapi sebagai pengunjung yang dijanjikan dengan hadiah lumayan, dia terkilan seolah-olah ditipu oleh pihak pengurusan acara program berkenaan.

Katanya, dia menerima hadiah berkenaan kira-kira jam 10 malam, Sabtu lalu, hari pertama program itu berlangsung dan apabila tiba di rumah sejam kemudian, dia terkejut kerana mendapati Blackberry yang diterima pelik kerana bersaiz agak besar serta mempunyai nombor siri berlainan dengan yang tertera di kotak selain tidak mempunyai ruang untuk kad memori.

“Jadi keesokannya, saya bawa telefon itu untuk diperiksa di kedai telefon di Kompleks Beli-Belah Centre Point Kemaman dan pemilik kedai telefon memaklumkan bahawa saya individu keempat datang bertanyakan telefon seperti itu.

"Malah, pemilik kedai itu mendakwa tidak pernah melihat model telefon bimbit itu sepanjang 20 tahun berniaga," katanya.

Berasa tertipu dengan penganjur berkenaan, Mohd Zulkifli kemudiannya membuat laporan polis kira-kira jam 7.21 petang di Balai Polis Chukai, sebelum pergi semula ke lokasi penganjuran program bagi mendapatkan penjelasan pihak pengurusan acara.

Pun begitu, Mohd Zulkifli, mendakwa apa yang dikesalkan pihak pengurusan acara itu hanya melayannya acuh tidak acuh sambil memberitahu mereka juga turut ditipu.

“Apa yang saya terkilan pengurus acara mengumumkan bahawa hadiah adalah telefon Blackberry. Jika mereka tahu telefon itu bukanlah original jangan umumkan kepada awam bahawa pengunjung bertuah akan mendapat telefon model itu.

“Saya melihat kes ini seperti sudah dirancang dan saya membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan kerana sebagai sebuah program yang dianjurkan oleh salah sebuah kementerian seharusnya perkara sebegini tidak berlaku. Program berkenaan berlangsung pada 8 dan 9 September lalu,” katanya.

Katanya, pada bahagian belakang telefon berkenaan tertera perkataan CDMAby Qualcomm dan ia membuktikan bahawa telefon berkenaan bukanlah yang asli.

“Sebaliknya jenama Blackberry tertera pada bahagian hadapan telefon untuk mengaburi mata orang ramai,” katanya lagi.


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List