Nama Soi Lek Disebut Bantu Rundingan Dana Kebajikan PM Libat Komisyen RM200,00

on Sep 18, 2012






Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, merupakan individu  disebut dalam rundingan geran bantuan kerajaan bernilai RM500,000 dari Perdana Menteri kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia.
Bagaimanpun, rundingan tersebut menetapkan sebanyak 40 peratus atau RM200,000 haruslah dibayar kepada sebuah syarikat yang ditetapkan.
Demikian menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin kepada TV Selangor hari ini.
Badrul Hisham memberitahu, nama Soi Lek disebut di dalam minit mesyuarat Persatuan Bekas Polis Malaysia.
“Dalam dua minit mesyuarat ada disebut dengan jelas nama Chua Soi Lek sebagai orang yang membantu untuk persatuan mendapat dana geran bantuan kebajikan dari Perdana Menteri Malaysia.
“Dalam minit mesyuarat yang sama juga ada disebut satu nama syarikat yang harus dibayar 40 peratus sebagai komisyen kepada orang perantara,” beritahu Badrul Hisham.
Bagaimanapun beliau tidak dapat mendedahkan nama syarikat yang menerima komisyen bantuan kebajikan tersebut.
“Saya boleh dedah setakat itu sahaja kerana SPRM ingatkan saya dan saya juga tandatangan akujanji tersebut sebab kalau saya dedahkan lebih terhadap dokumen yang saya serahkan kepada SPRM, mengikut akta yang ada, saya boleh  dipenjara dua tahun atau denda RM10,000.
Sebelum ini, pada 16 September lalu, satu laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  dibuat Badrul Hisham berhubung isu komisyen geran bantuan kebajikan ini.
Antara lain laporan tersebut turut menyatakan pembayaran kepada syarikat penerima komisyen itu dibuat melalui 10 keping cek dari Persatuan Bekas Polis Malaysia.

sumber
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List