Pengundi muda bakal menentukan PAS menang di Terengganu

on Sep 18, 2012






PAS Terengganu meramalkan pertambahan peratus pengundi muda antara 45 hingga 50 peratus bakal mengembalikan semula negeri ini ke pangkuan PAS pada pilihan raya akan datang.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman berkata, potensi besar untuk menang PRU-13 di Terengganu banyak bergantung kepada sokongan pengundi muda.

“Kajian PAS melalui Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN), jumlah pengundi muda di Terengganu ini agak tinggi antara 45 hingga 50 peratus.
“Mereka (pengundi) ramai yang berada di luar dan kita (PAS) telah berjaya kesan dan kenal pasti kedudukan, alamat mereka di sana (tempat kerja), Insya-Allah.
“Sokongan pengundi Tionghoa (Cina) pun ada perubahan di Terengganu berbanding tahun-tahun sebelum ini,” ujarnya

Pada pilihan raya tahun 2008 PAS Terengganu bertanding 27 kerusi Dun dan lima kerusi Parlimen.
Manakala, kerusi selebihnya ditandingi oleh KeADILan sebanyak lima Dun serta dua Parlimen.
Berdasarkan kesepakatan lalu PAS Terengganu akan mengekalkan jumlah bilangan kerusi yang dipertandingkan itu dan secara umum PAS Terengganu telah berjaya menyelesaikan kesemua bakalbakal calon pilihan raya akan datang.

Menurutnya, paling kurang sejumlah 20 kerusi pilihan raya menjadi target serta berpeluang cerah untuk menang.
“Pilihan raya kali ini, PAS akan ketengahkan lebih 70 peratus adalah calon muda, sama ada calon itu yang pernah bertanding atau yang belum pernah bertanding,” jelasnya.
Sebab itu, kata beliau pemilihan calon di kalangan orang muda menjadi taruhan parti bagi menawan hati para pengundi muda di negeri ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berpendapat gelombang perubahan politik tahun 1999 berbeza dengan gelombang masa kini.
Katanya, gelombang 1999 berlaku kerana kemarahan orang Melayu terhadap Umno-BN berkait dengan isu pemecatan dan penganiayaan terhadap individu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Gelombang kali ini lebih kepada kesedaran politik bukan Melayu seperti orang Cina dan India menolak Umno dan kerajaan Barisan Nasional seluruh negara. Tapi, faktor Anwar masih ada dan kita tidak tolak mentah-mentah,” ujarnya.



Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List