Peserta BERSIH bebas tuduhan sertai himpunan haram

on Sep 18, 2012



21 orang termasuk Tony Pua (tiga dari kiri) dilepaskan oleh
mahkamah kerana gagal dibuktikah bersalah.
Turut hadir menyokong adalah penasihat DAP Lim Kit Siang (tengah).



21 orang termasuk ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini didapati tidak bersalah dan dibebaskan atas dakwaan kes perhimpunan haram ulangtahun pertama Bersih pada tahun 2008.
Hakim Hayatul Akmal hari ini memberi keputusan tersebut selepas mahkamah mendapati pihak pendakwa tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa penganjur perhimpunan tersebut.
Gobind Singh Deo yang mengetuai pasukan peguam pembelaan berkata, beliau amat gembira dengan keputusan yang diputuskan oleh mahkamah sesyen hari ini.

“Pihak pendakwa jelas tidak mempunyai bukti yang kukuh bahawa penganjur membuat sebarang kesalahan. Jadi saya berharap peguam negara tidak akan merayu untuk kes ini.
“Kemenangan ini sangat menggembirakan memandangkan kami telah berada di dalam kes ini sudah hampir tiga tahun,” kata Gobind, yang juga ahli parlimen Puchong.TMI


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List