Orang ramai semakin hari semakin faham kenapa reputasi dan pengaruh rakan karib Umno iaini MCA juga mengalami nasib dan suasana sama dengan parti kebangsaan itu (Umno), yang kini kehilangan pengaruh dan wibawa. Tidak pelik kalau ada orang meramalkan MCA menghadapi masalah besar selepas pilihan raya akan datang hingga kemungkinan parti nombor satu Cina itu akan lupus di bumi Malaya ini.
Keresahan dan kecelaruan MCA dalam mencari momentum untuk berdepan dengan masyarakat Cina yang mulai menolak parti itu semakin terang dan jelas. Kegelisahan dan keresahan para pemimpin MCA yang parti itu akan kehilangan pengaruh dan tidak lagi menjadi parti harapan Cina, begitu nyata sekali.
Realiti ini dapat disaksikan dari beberapa aksi politik, kenyataan-kenyataan dan provokasi dilakukan pemimpinnya terhadap DAP serta cakap-cakap atau pengungkitan isu tidak relevan diucapkan. Malahan serangan-serangan itu bukan saja tertuju kepada DAP tetapi ia turut melencung kepada rakan kongsi DAP iaitu Pas. Kelakuan MCA ini sesuatu yang luar biasa dan jarang berlaku sebelum ini dan aksi ini menggambarkan akan kekalutan MCA. Apakah ini sebahagian dari tanda-tanda awal kiamat untuk parti berkenaan?
MCA selama ini dianggap parti yang rasional memperjuangkan hak-hak dan kepentingan orang Cina menerusi BN di negara ini. Ia dianggap organisasi ataucompany menjaga kuasa dan kedudukan orang Cina di negara ini. Sebelum ini gerakan atau cara parti itu berpolitik senantiasa diperhati dan dianggap bijak dan licit sehingga dicemburui oleh parti dominan Melayu.
Namun akhir-akhir ini daya profesionalisme MCA jatuh merudum. Nilainya sebagai parti nasional kaum Cina merosot. MCA hari ini bukan bersikap sebagai parti yang memerintah bersama Umno dan lain-lain, tetapi bersikap seperti pembangkang. MCA sudah merasakan kepaduan berkuasa dengan Umno sudah longgar dan sudah mulai bertindak sebagai pembangkang dan jadi kurang siuman. Tampaknya corak dan stail MCA lebih kurang Umno saja. Semua ini berubah apabila parti itu mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya lalu. Jelas kekalahan teruk itu menghuyung hayangkan MCA.
Beberapa telatah ataupun tindakan MCA menyerlah akan ketakutan kegelisahannya, apabila beberapa pemimpin parti itu terus terusan menyerang Pas. MCA kini mulai terikut-ikut dengan tektik dan budaya politik peras ugut Umno. Politik samseng dan gengstar di zaman Gee Him dan Hai San cuba dipraktikan semula. Hari ini ia menerusi kata-kata tetapi tidak mustahil bila sampai masa nanti ia melibatkan fizikal. Manusia bila sudah terdesak sanggup melakukan apa saja.
Isu-isu agama yang merupakan isu yang tidak relevan dimainkan MCA, tapi kini turut sama ditimbulkan. Untuk apa dan mengapa MCA bercakap mengenai hudud, penutupan aurat atau mengkritik pemimpin spritual Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat padahal ianya tidak relevan. Isu-isu itu patut dipajakkan kepada Umno saja. Jadi apabila MCA juga terikut-ikut ia menunjukkan keadaan parti itu sudah sangat tenat dan statusnya dua kali lima saja dengan Umno.
Dengan mudah dapat difahami kenapa MCA bertindak demikian kerana hendak meracuni pemikiran masyarakat Cina dengan isu agama. Menakut-nakutkan orang Cina dengan hudud. Jawabnya kerana parti itu bimbang dengan politik dinamik DAP yang berjaya memberi kefahaman kepada orang Cina tentang Pas dan Islam. DAP berjaya menterjemahkan Islam yang hendak dipraktikan oleh Pas. DAP berjaya membawa politik baru yang menyelesakan semua pihak. DAP kini sudah menuteraliskan sikap chauvenistiknya dan membuang persepsi buruk terhadap Pas yang bertompok dalam kepala orang Cina selama ini. Perkembangan inilah menakutkan MCA.
Di sinilah bijak dan pratikalnya DAP dalam satu masa ia mengait dua keuntungan; orang Cina senang kepada mereka Melayu juga suka kepadanya. Hakikat ini terbukti bila mana ramai pemuka-pemuka Melayu termasuk bekas ahli Umno menyertai DAP. Sebagai contohnya sdr Aspan Alias, Ariff Sabri Abdul Aziz dan beberapa anak muda berkelulusan undang-undang.
Makanya jangan salahkan DAP kalau parti terilham dari PAP Singapura itu makin mendapat kepercayaan dan keyakinan umum kerana parti itu mempelajari dan cuba memahami aspirasi orang Melayu dan Islam. DAP mempelajari tamadun dan sejarah Islam. Cukup... walaupun DAP tidak mahu mengkaji apakah kejernihan akidah Islam tetapi ia sudah meletakkan dirinya disenangi oleh orang Islam kerana minat dan persefahaman ditunjukkan. Berbeza dengan MCA usahkan untuk mencari makrifah disebalik akidah Islam untuk membaca tamadun dan sejarah kehebatan pemerintahan Islam juga malas.
Sebenarnya MCA mempunyai peluang lebih luas untuk mengenali juzuk-juzuk Islam berbanding dengan DAP. Bukankah MCA berkawan dengan Umno yang menjadi kerajaan lebih empat dekad. Umno ada Jabatan Kemajuan Islam, ada Yayasan Dakwah, ada Pusat Tamadun Islam dan segala macam institusi keIslaman. Sepatutnya MCA atau Umno mengambil kesempatan ada segala kemudahan itu memberi faham kepada MCA mengenai tamadun dan sejarah kemudian perlahan-lahan memberi kefahaman keimanan.
Di sinilah bijak dan 'tartil' Pas. Pas menggunakan peluang yang ada dengan berbaik dan bermaufakat politik dengan DAP untuk menjelaskan Islam. Hasilnya DAP faham dan menerima ataupun tidak membantah kepada Pas hendak melestarikan kemurnian Islam. Buktiknya DAP tidak menolak hudud secara totok dan sebodoh MCA dan Umno. Bolehlah disifatkan Pas jauh lebih bijak dan ke depan berbanding dengan Umno yang kekal dengan bentuk dan pradigma lama yang ekstrim dan fanatik.
Sayangnya kemudahan dan segala intitusi keIslaman yang boleh dijadikan wadah mendidik orang mengenal dan mendekati Islam dimiliki kerajaan Umno tidak diguna sepenuhnya. Sebaliknya institusi itu diguna untuk menyerang Pas, memperleceh aktiviti keIslaman yang dijalankan Pas serta membuat tohmahan dan fitnah kepada mana-mana golongan atau gerakan Islam yang ingin menegakkan Islam tanpa menggunakan bendera Umno. Atas kontrasnya tindakan ini ia sudah dapat difahami oleh mereka yang ingin faham seperti DAP.
Isu hudud kini berada dalam senarai teratas dalam isu-isu yang hendak digunakan MCA untuk menakutkan orang Cina agar kembali menyokongnya dalam pilihan raya akan datang. Semua pemimpin MCA didakwah atau diberi kursus oleh Umno agar memanipulasikan hukum hudud. Umno mengajar atau MCA mengikut katabual atau 'kitab Umno' Umno bahawa hudud yang diperkenalkan Pas itu ada hudud ala-ala Pas. Di sinilah huduh dan 'mahabul'nya Umno terhadap Islam dan inilah juga konflit besar parti itu dengan Pas.
Bermula daripada presiden MCA, Chua Soi Lek membawa kepada ketua pemudanya, Wee Ka Siong kemudian disambut oleh Naib Pengerusi Wanitanya, Heng Sei Kie mengecam hudud dan perintah menutupi aurat. Mereka memberi tahu orang Cina yang hukum hudud zalim. Kata Wee Ka Siong hudud itu bukan yang sejati dari Quran tetapi ia hudud ala Pas. Manakala Sei Kie alias sengkek pula menuduh Nik Aziz membenarkan wanita bukan muslim yang tidak tutup aurat boleh dirogol.
Jelas kata-kata Ka Siong itu adalah bergelumang dengan air liur orang yang berkawan dengan syaitan baik, Mahathir Mohamed. Mahathirlah yang membuat tempelakkan hukum hudud diperkenalkan Pas sebagai bukan hukum hudud sebenar tetapi hudud Pas. Ironisnya apabila diminta manakah deraf hudud sebenar ataupun hudud Umno sampai kini masih tidak terkutik apa-apa dan para ulama Umno juga terpaksa menyelak pelikat sendiri untuk melihat apakah 'roti canai' yang mereka makan ada telor atau tidak.
Soi Lek lebih dahysat dan celupar mulutnya dari Wa Siong apabila mengatakan jika hukum hudud dilaksanakan menyebabkan 1.2 juta rakyat negara ini akan kehilangan pekerjaan akibat permis tempat mereka berkerja seperti kelab malam, perjudian dan sebagainya ditutup. Jelas sekali pernyataan Soi Lek itu merupakan kenyataan hasutan dan tidak wajar dilakukan oleh seorang pemimpin Cina yang partinya didaftar di negara ini. Andaian atau juga bersifat jahat dan khianat dan memburukkan Islam.
Saya tidak tahu apakah presiden MCA ini seorang ahli politik atau ahli gimnastik? Kalau dia seorang ahli politik yang mempunyai perasaan Malaysia dia tidak akan membuat kenyataan atau andaian seperti itu, lainlah kalau dia seorang gimnastik dia boleh mengatakan kalau hudud dilaksanakan semua orang Cina bukan muslim akan dipancung.
Politik Soi Lek dan Ka Siong itu tidak sihat. Benarlah seperti kata Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub yang menyifatkan politik MCA kini tidak sihat dan dinamik berbanding dengan politik DAP.Subjek atau isu dibawa oleh Ka Siong yang mengungkitkan soal agama dan perkauman menunjukkan ketua pemuda itu dangkal dan tidak bijak dalam politik. Padan dengan mukanya kalau Salahuddin mengatakan politik Ka Siong politik usang dan MCA rugi mempunyai seorang pemimpin muda seperti itu.
Akhirnya kita memberi ingatan kepada MCA agar tidak terus menimbulkan isu-isu yang tidak relevan dengannya seperti isu hudud dan penutupan aurat. Mereka perlu sedar sebagai hamba Allah yang masih kafir dan kufur tidak manis untuk bercakap soal kemurnian Islam. Kalau orang Islam seperti Umno pun masih berjibuh - kucar bara dalam memahami Islam, apa lagilah orang-orang MCA seperti Chua Soi Lek yang moralnya sangat rendah dan hudud berdasarkan klik video persundalannya.
sumber
0 comments:
Post a Comment