Hiruk pikuk kota, kesibukan lalu lintas, keterbatasan masam semua ini adalah cabaran yang tidak pernah sunyi dari kota metropolitan-Kuala Lumpur. Semua orang berkejar ke hulu ke hilir tanpa seorang pun yang dapat menduga kemana arah dan langkah itu pergi mahupun dibaca oleh pandangan mata apakah tujuan dan impian mereka mencapai maksud.
Segalanya begitu pantas berlaku…
Empat bulan Si Gadis di ibu negara Malaysia. Menyewa di sebuah kawasan ‘pemindahan’ yang dipanggil Flat PR Pudu Ulu. Si Gadis menyewa dan tinggal bersama tuan rumah yang mesra dipanggil Nenek. Rumah itu kini, menjadi istana hinggap Si Gadis untuk melepaskan lelahnya selepas seharian bekerja sebagai wartawan.
Jalan masuk ke flat PR Pudu Ulu amat unik di mata Si Gadis dengan kesibukan kota dan deretan kedai lama, terbinanya pula sebuah hotel baru dengan gaya kontemporari. Laluan utama Si Gadis untuk ke pejabatnya menjadi hiburan dan inspirasi Si Gadis untuk lebih berfikiran kreatif dan kritis.
Apabila melihat ragam manusia di ibu kota ini mereka seakan terlalu sibuk sehingga tidak pedulikan gejolak salah guna kuasa yang berlaku di dalam pentadbiran negara, tahu-tahu marah apabila harga makanan,harga keperluan naik.
Setiap hari adalah pembelajaran…
Kerjayanya cuba dilaksanakan sebaik mungkin. Cita-citanya masih utuh bersama janji yang dibawanya ketika hari pertama Si Gadis meninggalkan keluarga di kampung untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.
Walaupun bergelar anak gadis, ia tidak dijadikan alasan untuk membataskan pergerakannya kesana kemari. Bagi Si Gadis, tanggungjawab yang dipikul bukan mudah untuk digalas tanpa kepercayaan daripada orang-orang yang tidak jemu memberikan galakkan untuk Si Gadis agar tidak cepat berputus asa.
Tugas dan Realiti
Tidak semudah membaca ABC mengenal nombor 123, tetapi untuk menajamkan minda, mencambahkan ilmu bagi menyampaikan infomasi yang tepat kepada mereka yang dahagakan maklumat yang benar menjadikan tanggungjawab Si Gadis semakin hari semakin berat.
Pemerintah bangga dengan apa yang mereka berikan dengan bongkak tanpa sedar menutup periuk nasi rakyat di bawah. Nyata perjuangan mereka bukanlah demi kepentingan rakyat. Walaubagaiman pun, rakyat terus diminta menyokong mereka sedangkan setiap hari rakyat makin tertekan dan tertindas,
Masakan tidak, wang ringgit yang ditaburkan dalam Belanjawan 2013 baru-baru ini kepada rakyat seperti gula-gula yang boleh dibeli dengan harga 5 sen sebiji. Slogan ‘Janji Ditepati’ terus memainkan peranan untuk mengorak langkah agar rakyat tidak lupa untuk terus berterima kasih kepada kerajaan pemerintah.
Inilah doktrin songsang yang telah berakar umbi dalam pemikiran rakyat. Inilah yang pemerintah mahukan sedangkan apa yang diberikan kepada rakyat adalah wang rakyat sendiri, hasil dari cukai yang dikutip semahunya!
Soalnya, inikah yang Malaysia yang rakyat mahukan setelah mencecah usia kemerdekaan itu telah selama 55 tahun?
Rakyat marhaen cuba dididik agar menghargai kehidupan dan bersyukur kepada apa yang ada. Memang sebagai manusia kita perlu bersyukur dengan apa yang ada tetapi sebagai manusia kita juga perlu menentang segala penindasan yang berlaku dari pemerintah yang diamanahkan menjaga negara.
Si Gadis sayu menyaksikan bagaimana rakyat marhaen sanggup berhujan panas tanpa mengira lelah sedangkan gerombolan bos-bos di atas sana duduk berehat diatas kerusi empuk, menikmati secawan air kopi di bilik yang berhawa dingin, hanya menunggu masa untuk mengira hasil keuntungan sedang pekerja bawahannya belum tentu terjamin apa-apa apatah lagi soal kebajikan mereka sering terabai akibat dasar-dasar pemerintah yang tidak bersifat menyeluruh seperti gaji minima, insuran dan sebagainya.
Adakah ini makna merdeka kepada rakyat Malaysia?
Laungan ‘Rakyat didahulukan’ tidak pernah berhenti dilaungkan disana sini, akhirnya pemimpin yang korup kenyang beralas kesusahan rakyat yang menggunakan tenaga empat kerat untuk sepinggan nasi. Inikah anak-anak muda seperti Si Gadis mahukan? Masyarakat yang sudah celik terus menyaksikan kezaliman kerajaan pemerintah mentadbir kerajaan..
Realiti Malaysia, jika rakyat mahu mengetahui kebenaran pastinya bukan melalui media arus perdana, kerana peranannya kini adalah menjadi pendidik agar rakyat di ceruk kampung untuk terus berterima kasih kerana memberikan ‘gula-gula pilihanraya’ setiap tahun.
Gusar dan bimbang korupsinya terbongkar kerana mengambil hasil kerajaan, hak kebebasan rakyat untuk bersuara dan menyatakan idea bagi menghapuskan korupsi yang berleluasa dirampas dengan pelbagai akta yang serampang dua mata.
Si Gadis meninggalkan harinya dengan persoalan…Sampai bila rakyat mahu menjadi hamba pemerintah, hamba dalam ketakutan. Atau apakah mungkin, pilihanraya yang akan datang ini akan memanifestasikan sebuah pembaharuan menyeluruh ke arah Malaysia yang lebih baik?
Merenung sejenak bagaimana nasib anak cucu kita di kemudian hari buatkan Si Gadis berjanji untuk tidak menoleh kebelakangan. Dalam kesuntukan masa ini, telah tiba masanya untuk kita berubah!
Oleh: Aya Suffiya roketkini.com
0 comments:
Post a Comment