Tembok Besar China adalah 7 keajaiban dunia pada abad ini. Tembok Besar China sudah dikenali di seluruh dunia kerana dengan keunikkannya. Ia merupakan tempat perlancongan paling wajib dilawati bagi yang kaki melancong tetapi pernahkan anda terfikir dimanakah penghujung Tembok Besar China ini?
Tembok beribu2 kilometer melalui gunung, sehingga dikatakan binaan Tembok Besar boleh dilihat dari angkasa. (Binaan lain yg boleh dilihat di angkasa: Empangan Aswan di Mesir).
Sebelum bercerita mengenai penghujung Tembok Besar China ini, pelbagai rentetan peristiwa dan tragedi semasa pembinaannya, 2000 tahun lalu, pada Dinasti Qing. Tembok ini dibangun atas perintah Kaisar pertama China iaitu Qin Shi Huang, untuk melindungi Empayar China. Ia memerlukan waktu puluhan tahun membinanya iaitu dari 220-206 SM untuk menyiapkan tembok raksasa ini.
Tembok ini terbentang lebih dari 20,000 kilometer, membelah dataran luas dan gunung-ganang China. Ia merupakan teknik jurutera yang hebat pada masa dahulu yang tiada peralatan yang canggih untuk membina tembok ini. Orang zaman sekarang pun tidak mampu lakukan projek mega seperti ini buat masa sekarang.
Berbalik cerita mengenai penghujung Tembok Besar China ini, penghujungnya adalah berada di tepi laut Bohai. Jarang orang bercerita mengenai penghujung Tembok Besar China ini. Selalu tengok tembok, tak terfikir pula di mana penghujung tembok itu...
0 comments:
Post a Comment