MALAYSIA : SEBUAH NEGARA KECIL TETAPI KEPALA BESAR

on Nov 10, 2012






1. Saya tersenyum apabila membaca liputan mengenai lawatan kapal pengangkut pesawat USS George Washington dan dua buah kapal perang milik Amerika Syarikat (AS) ke pelabuhan Kelang baru-baru ini.
2. Ada yang mengaitkan kedatangan kapal-kapal perang itu dengan agenda Dajal, Yahudi, Illuminati dan Freemason yang dikaitkan pula dengan kepimpinan Malaysia.
3. Saya bagaimanapun memandang isu tersebut dari sudut “survival” Malaysia yang tersepit di antara dua kuasa besar dunia.
4. Tidak salah tetapi kadang-kadang kita ini terlalu memikirkan soal Illuminati, kadang-kadang kita lebih tahu soal Dajal dan Iluminati tetapi kita sendiri gagal mengenalRasulullah SAW dan tanda-tanda kebesaran Allah mahupun perkara-perkara yang telah ditunjukkan Allah kepada kita.
5. Seronoknya Dajal kerana ramai orang bercakap tentang dia, dalam hati dia : “Glamour Den”.
6. Baiklah, kalau kita lihat sejarah, orang Melayu memang bijak bermain politik dan ini dibuktikan pada zaman kesultanan Melaka lagi di mana raja-raja Melayu telah membuat hubungan dengan China.
7. Melalui hubungan dengan China ini, empayar Siam yang menjadi musuh kerajaan Melayu Melaka dahulu tidak berani menyerang Melaka.
8. Malahan sejarah sudah membuktikan, hanya dengan tipu helah, orang Melayu telah mengundurkan armada Siam yang berkali ganda besarnya dari tentera orang Melayu.
9. Sejarah ini berulang, kali ini pemimpin-pemimpin negara terjebak dengan masalah kepulauan Spratly yang menjadi rebutan dengan China, Vietnam, Filiphina dan beberapa buah negara lain.
10.Dua kuasa besar yang wujud ketika ini ialah China dan Amerika Syarikat (AS).
11.Dengan sekali harung, China boleh membaham kesemua angkatan tentera negara yang jadi rebutan.
12. Malaysia memangnya tersepit dan sudah beberapa kali, Malaysia terpaksa tunduk dengan tekanan China yang melarang pemimpin negara ini seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dari melawat tentera kita yang bertugas di kepulauan itu.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, bakat dan kebijaksaan berdiplomasi terserlah
13.Saya sendiri pernah merasa tempias apabila lawatan saya ke Stesyen LIMAdibatalkan akibat bantahan dari China yang mendapat tahu Menteri Pertahanan DatukSeri Zahid Hamidi mahu berkunjung ke kepulauan itu.
14.Setiap kali ada lawatan, Kedutaan China di Kuala Lumpur terpaksalah menjadi wakil negara mereka menghantar kawad bantahan dari Beijing ke Wisma Putera.
15.Maka peninglah kepala para pemimpin kita untuk menyelesaikan masalah ini, kerana kalau hendak berkeras, Harimau Malaya ini umpama kucing sahaja kepada Naga Chinayang besar dan kuat itu.
16.Dan kalau terus terang menyendeng ke AS, sekutu yang tidak boleh dipercayai ini sudah pasti akan memohon kepada kerajaan Malaysia untuk dibina satu pengkalan tetap diutara Malaysia, sesuatu yang menjadi idaman AS selama ini.
17.Mana tidak peningnya, kerana pemimpin Malaysia sudah pun melihat permainan Amerika Syarikat (AS) yang kini mula berminat untuk campur tangan di Asia Tenggara selepas satu demi satu konflik di Asia Tengah dimenangi oleh empayar besar itu.
18.Dan konflik-konflik ini kebanyakkan selesai mengikut apa yang dimahukan oleh AS, dan kini AS boleh menumpu perhatiannya ke Asia Tenggara, tambahan pula, negara jiran seperti Filiphina dan Vietnam telah menjemput kuasa besar ini.
19.Maka tersepitlah Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam yang kecil.
20.Malaysia tidak boleh menunjukkan dirinya sebagai pro kepada China kerana ini akan mengundang banyak masalah politik terutama dengan negara-negara jiran yang terlibat dengan kemelut Spartly.
21.Pada masa yang sama, Malaysia juga tidak boleh menjadi sekutu kepada AS dan AS memang tidak boleh dipercayai.
22.Jadi jika anda pemimpin Malaysia, apa akan anda buat?
MALAYSIA : SEBUAH NEGARA KECIL TETAPI KEPALA BESAR
23. Seorang pegawai China semasa Persidangan Menteri-menteri Pertahanan Aseandi Kemboja pada Mei lepas mengelarkan Malaysia sebagai “Sebuah Negara Kecil Tetapi Besar Kepala”.
24. Ini terjadi semasa Menteri Pertahanan kita iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri mesyuarat tersebut di Kemboja sekitar pada Mei lepas.
25. Salah seorang rakan saya blogger pisau.net turut menyertai mesyuarat itu, dari beliau, cerita ini saya perolehi.
26. Mesyuarat yang dibuat pada 28 dan 29 Mei lepas menyaksikan menteri-menteri Pertahanan ini bertegang urat sehingga jam 3 dan 4 pagi selepas mesyuarat bermula pada pada pukul jam 8 malam.
27. Ini disebabkan negara-negara yang terlibat dalam tuntutan bertindih kepulauan Spartly ini merupakan negara-negara yang lemah pertahanannnya dan tidak mungkin mampu melembutkan tindakan-tindakan China yang sangat terdesak untuk menjajah kepulauan tersebut yang kaya dengan hasil minyak.
ASEAN AKAN MENJADI NATO?
28.Kerana bimbang dengan ancaman China, ada negara yang mencadangkan supaya negara-negara Asean membentuk satu pakatan ketenteraan macam North Atlantic Treaty Agreement (NATO).
29.Apa yang saya fahamkan, pembentukan pakatan ketenteraan ini mungkin tidak serupa macam NATO tetapi lebih menyerupai perjanjian pertahanan Five Power Defence Agreement (FPDA) yang membabitkan Malaysia, Singapura, New Zealand, Australia dan United Kingdom.
30.Zahid Hamidi bagaimanapun ketika ditanya oleh media selepas mesyuarat tersebut menafikan kewujudan idea pakatan pertahanan tersebut.
31.Saya rasa ada sebab, mengapa pakatan ini gagal diwujudkan kerana Asean tidak mahu dilihat sebagai cuba mencabar kekuatan politik dan ketenteraan China.
32.Akhirnya selepas bertegang urat, menteri-menteri Asean ini bersetuju untuk melantik Zahid Hamidi sebagai wakil menteri-menteri pertahanan Asean bercakap dengan Menteri Pertahanan China Jeneral Liang Guanglie yang akan melawat Kemboja pada keesokan harinya.
33.Saya tidak tahu apa yang dibincangkan oleh Zahid Hamidi yang menjadi wakil menteri-menteri pertahanan Asean kepada China, yang saya tahu, pak menteri kita yang terkenal kerana cara perbualannya yang santai, bijak membuat rundingan telah berjaya membuat satu keputusan dengan China.
34.Yang saya tahu hanya satu, hasil dari pertemuan Zahid dan Menteri Pertahanan China Liang Guanglie telah membuatkan kuasa besar dunia itu kagum dengan kecerdikkan orang-orang Melayu yang membuat rundingan.
35.Sebenarnya saya tidak hairan dengan kewibawaan Zahid kerana saya pernah mengikuti beliau berkonvoi di Indonesia, dari satu bandar ke satu bandar, Zahid berjaya menawan hati dengan kebijaksaan diplomasi beliau dengan para pemimpin Indonesia.
HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN EMPAYAR AS
36.Dalam sejarah Melaka, kesultanan Melayu Melaka telah membuat hubungan dengan China dan sekaligus mengakui kekuasaan China untuk melindungi dirinya dari serangan Empayar Siam.
37.Dalam situasai konflik di Spratly ini, China adalah Siam dan AS menjadi pelindung kepada kepentingan Malaysia.
38.Situasi ini sebenarnya “very common”, orang kecik biasanya akan berkawan dengan seorang budak besar untuk mendapat perlindungan dari pembuli lain.
Najib : Walaupun dilihat agak lembut dengan AS tetapi ketegasan beliau gagal menyebankan AS campurtangan dalam politik Asean dan Malaysia
39.Semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkunjung ke China pada pertengahan tahun lalu, para pegawai negara kita telah menasihatkan Perdana Menteri membuat permohonan kepada China supaya diberi dua ekor Panda kepada Malaysia.
40.Permohonan itu tanpa disangka-sangka ditunaikan oleh Beijing, Panda ini sebenarnya simbol negara China dan kalau dapat beruang itu, Insya Allah, ia sebenarnya memberi mesej yang sangat baik kepada penerima.
41.Sampai orang kata, kalau Malaysia hendak membalas dengan pemberian yang serupa, perlu diberikan harimau yang menjadi simbol negara ini.
42.Di sini, Najib telah berjaya membaca hati pemimpin China dan dengan pemberian Panda itu, membuktikan China sebagai kuasa besar sebenarnya menghormati pendirian sebuah negara kecil seperti Malaysia.
43.Beberapa bulan kemudian, kita melihat kapal pengangkut pesawat AS berlabuh di Pelabuhan Kelang dan sekali gus ada latihan saiz kecil melibatkan kapal-kapal friget Malaysia dan juga kapal perang AS.
44.Apakah maknanya?
45.Maknanya, Malaysia turut mempunyai hubungan yang baik dengan seorang lagi pembuli kuasa besar iaitu AS.
Forward Air Base, Labuan untuk Spartly …sudah sampai masa dibina Harden Shelter untuk pesawat TUDM, adakah lapangan terbang ini dimasukkan dalam pelan pembangunan semula pengkalan-pengkalan TUDM?
46.China tahu, kalau dalam keadaan terdesak sehingga terjadinya peperangan di antara Malaysia dengan China, Malaysia “mungkin” terpaksa meminta bantuan AS dan ini bermakna, kedudukan China terutama ekonominya semakin tersepit.
47.Ia secara halus memberikan mesej kepada China bahawa Malaysia masih mempunyai hubungan yang baik dengan AS walaupun secara dasarnya, Malaysia sendiri berhati-hati dan bersikap anti AS dalam beberapa polisi diplomatiknya termasuk soal pembelian produk pertahanan.
Deretan pesawat pemintas MIG-29, walaupun akan dipencenkan tidak lama lagi, ia bagaimanapun akan disimpan dan boleh di activate balik jika keadaan mendesak
MIG 29 TUNJUK TARING DI SPRATLY?
48.Bercerita mengenai kepulauan Spartly ini, saya nak tergelak-gelak apabila mendapat khabar bahawa Setiausaha Pertahanan Filiphina Voltaire T. Gazmin telah membuat bantahan kepada China kononnya dua buah jet pejuang MIG 29 telah menceroboh kepulauan Kalayaan (dalam gugusan Spartly) bawah kawalan Filiphina.
49.Insiden ini berlaku tahun lepas.
50.China yang turut menempatkan angkatan tenteranya di situ agak terpinga-pinga selepas ditemplak oleh Filiphina dan menjelaskan bahawa tenteranya tidak meletakkan aset seperti jet pejuang MIG 29 untuk mengawal Spartly.
51.Jika Sukhoi, ya ada keberangkalian…tetapi China menegaskan lagi : “Bukan…bukan, kami tidak pakai MIG 29″.
52.Filiphina menjelaskan, dua pesawat MIG 29 tersebut di kesan terbang tinggi pada jarak20,000 kaki, oleh kerana Filiphina tidak mempunyai jet pemintas yang canggih kecuali deretan pesawat enjin kipas jenis Bronco yang berada pada jarak 5,000 kaki, kedua-dua juruterbang pesawat kecil itu tidak dapat membuat pintasan.
Pesawat Bronco Filiphina, tentera udara negara ini masih belum bersedia untuk berhadapan dengan China. Sumber gambar dari internet
53.China tidak memakai MIG 29, Vietnam tidak memakai MIG 29…errr siapa pakai di rantau Asean ini?


http://militaryofmalaysia.net

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List