Luahan Hati Keluarga Sosilawati.......???

on Sep 19, 2010






BATU PAHAT: “Jasa dan pengorbanan Kak Wati kepada kami sekeluarga amat besar terutama dalam membantu memperbaiki kehidupan kami, malah saya sekeluarga sebak apabila diberitahu Kak Wati tidak lupa mengasingkan RM1 juta setiap tahun daripada keuntungannya khusus bagi golongan anak yatim seluruh negara,” kata Rosnani Lawiya, 45.

Rosnani LawiyaRosnani berkata, walaupun sudah berjaya dan dikenali, kakaknya tidak pernah meninggi serta membanggakan diri malah tidak pernah gagal membantu semua anggota keluarga berkongsi kejayaannya.
"Kami terharu Kak Wati tidak pernah lupa asal usul kami yang susah dengan membantu insan tidak bernasib baik ketika rezekinya dimurahkan tuhan"

Rosnani Lawiya
Adik
“Walaupun hubungan kami adik-beradik amat rapat, kami sekeluarga tidak pernah mengambil tahu bagaimana Kak Wati menggunakan wangnya tetapi apabila diberitahu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Johor, Dr Robia Kosai dalam kunjungan ke rumah saya baru-baru ini, bahawa Kak Wati memperuntukkan RM1 juta untuk anak yatim seluruh negara setiap tahun, sudah tentu kami amat berbangga dan terharu sekali.

“Bukan mahu menunjuk-nunjuk, bermegah atau bangga diri mempunyai kakak yang dilimpahi kesenangan tetapi kami terharu Kak Wati tidak pernah lupa asal usul kami yang susah dengan membantu insan tidak bernasib baik ketika rezekinya dimurahkan tuhan.

“Sekurang-kurangnya perasaan luluh di jiwa kami mengenangkan nasib yang menimpa Kak Wati sehingga diperlakukan sebegitu kejam sekali, diubati sedikit dengan berita sifat Kak Wati yang penuh kasih sayang,” katanya sebak.

Sementara itu, suami Rosnani, Misjan Jamikun, 48, yang juga adik ipar jutawan berkenaan berkata, dia tidak dapat membayangkan bagaimana ada insan yang tergamak melakukan kekejaman begitu sekali apalagi terhadap seorang wanita yang bergelar ibu. 
“Kak Wati adalah kebanggaan dan harapan keluarga kami apatah lagi beliau berjaya dengan usahanya sendiri walaupun bermula daripada tidak mempunyai apa-apa dan berasal dari keluarga susah.

“Sudah tentu kami sekeluarga sukar menerima cara pemergiannya itu kerana Kak Wati adalah antara insan paling pemurah, penyayang serta pemaaf di dalam keluarga kami. Bagaimanapun, jika ini ditentukan Allah, kami reda dan akan mendoakannya supaya ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya.

Adik bongsu ahli perniagaan berjaya itu, Mohd Haris Lawiya, 29, pula berkata kakaknya itu banyak memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada mereka adik-beradik termasuk dirinya.

“Kak Wati tidak pernah sekali pun melupakan keluarganya. Saya sendiri pun diajak bekerja dengannya di Kuala Lumpur di bahagian stok bagi menambah pendapatan keluarga saya dan pemergian Kak Wati memberi kesan besar kepada keluarga kami,” katanya.

Ketua Kampung Sri Menanti, Sri Medan, Omar Salleh, 63, berkata Sosilawati adalah dermawan unggul dan beliau amat berbangga dengan sifat pemurah anak jati kelahiran kampungnya itu.

“Saya bukan mahu memuji-muja, tetapi inilah hakikatnya. Sosilawati sebenarnya tidak suka pemberiannya diungkit-ungkit mahupun diuar-uarkan berikutan tidak mahu ia dianggap menunjuk-nunjuk sedangkan Allahyarhamah ikhlas melakukannya.

“Bagaimanapun, semua pihak harus diberitahu bahawa sifat pemurah Allahyarhamah itulah banyak membantu kami di sini terutama apabila arwah tidak pernah lupa memberi bantuan dan sumbangan berterusan setiap tahun antaranya kepada Masjid Seri Dayong, Sri Medan; Surau Kampung Sri Menanti serta sekolah angkatnya, Sekolah Kebangsaan Seri Dayong dan Sekolah Agama Seri Dayong, sudah pasti pemergian Allahyarhamah, kehilangan besar buat semua yang pernah mengenalinya,” katanya. 

Lagi Kes Remaja Ditembak Polis....???

on

Remaja dikejar polis kena tembakan. 
JOHOR BAHRU: Letupan disangka mercun yang memeranjatkan sekumpulan penduduk di Johor Jaya, dekat sini, sebenarnya berpunca daripada bunyi tembakan dilepaskan terhadap seorang remaja belasan tahun yang dikejar polis. 


Menurut saksi yang enggan dikenali, sejurus keluar mereka mendapati remaja terbabit terbaring menahan kesakitan akibat peluru menembusi kaki kirinya.
“Saya terkejut apabila bunyi bising yang disangka letupan mercun dimainkan kanak-kanak sebenarnya tembakan pistol. “Beberapa minit kemudian remaja yang cedera di kaki itu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan menggunakan ambulans yang tiba beberapa minit kemudian,” katanya.
Sebelum kejadian, suspek dipercayai berusia 16 tahun itu dikatakan melakukan jenayah berat dan cuba melarikan diri selepas terserempak dengan polis.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, kejadian itu disiasat dan pihaknya akan memberi kenyataan berhubung kes berkenaan Isnin ini. -HM

Ulasan GB
Begitulah laporan akhbar. Nampaknya polis terus-terusan berlaku kejam. Jenayah oleh penjenayah sebenar tidak dibenteras tetapi "remaja berumur 16 tahun" yang ditembak hanya dikatakan cuba melakukan jenayah berat.
Rakyat ingin tahu, apakah jenayah berat yang remaja 16 tahun itu cuba lakukan.
Siapa anggota polis yang terlibat dan apakah hasil siasatan polis Johor?
Seluruh rakyat Malaysia akan memfokuskan kenyataan polis Johor hari ini terhadap kejadian malang yang menimpa remaja itu.

Sumber:  greenboc

Giliran Chiang Mai Jadi "Merah".....???

on


BANGKOK:  Perlahan namun pasti 50 kereta dan truk pikap bergerak menuju Chiang Mai, semalam Kota di kawasan utara Bangkok itu rancangannya hari ini  bakal menjadi merah oleh penunjuk perasaan ribuan penyokong mantan Perdana Menteri (PM) Thaksin Shinawatra.
Para penunjuk perasaan itu, siapa lagi kalau bukan kelompok "baju merah".
Anti-government-red-shirtChiang Mai selama ini memang dikenal sebagai pusat terbesar warga pro-Thaksin.
"Kami akan memperingati empat tahun jatuhnya pemimpin kami oleh rampasan kuasa ," kata salah seorang pemimpin "baju merah", Somyot Prueksakasemsuk.
Tidak setakat itu, Somyot sebagaimana catatan Bangkok Post dan AP mendakwa  akan dihadiri oleh 10.000 orang. Sementara, pemerintah Thailand cuma menganggarkan  kalau jumlah itu cuma dihadiri ribuan orang.
Masih menurut Somyot, kelompoknya juga bakal berkumpul di persimpangan Ratchaprasong di Bangkok. Persimpangan ini adalah persimpangan penuh kenangan.April dan Mei lalu, tempat ini adalah pusat penunjuk perasaan "baju merah".
Kala itu, 91 orang penyokong Thaksin ditembak pasukan keamanan keselamatan Thailand. Insiden itu pun mencederakan 1,900 orang. "Kami bakal melepaskan 10.000 belon merah di Ratchaprasong," kata Somyot.
Tiga tuntutan
Somyot mengatakan pihaknya mempunyai tiga tuntutan dalam tunjuk perasaan. Pertama pembebasan semua tawanan politik. Kedua, reformasi pengadilan dengan memperkenalkan sistem juri. Ketiga atau terakhir beberapa  perubahan sosial dan ekonomi.
"Tapi, tuntutan pertama kami adalah pembebasan semua tawanan politik," kata Somyot.
Sebelumnya, pada Jumaat, sekitar seribu penyokong Thaksin berkumpul di luar sebuah penjara di Bangkok sebagai bentuk solidariti dengan 19 pemimpin "baju merah" yang ditahan lantaran penunjuk perasaan berdarah.
Sementara itu, pemerintah Thailand akan mengerahkan 900 polis di Chiang Mai dan sekitar 3,000 polis di Bangkok. Bangkok dan enam wilayah  lainnya di Thailand masih dalam status keadaan darurat. Makanya, tempat-tempat itu akan diawasi oleh sebuah pusat komando tentera.
Namun, sebuah pusat komando tentera yang lain akan memantau keadaan di Chiang Mai meskipun kawasan itu sudah tidak berada dalam status darurat.
FMT

Walau mendahului, Azmin belum selesa.....???

on

pemilihan 2010


PETALING JAYA: Adalah terlalu awal untuk mengatakan Azmin Ali untuk mengatakan beliau akan menang selesa bagi jawatan timbalan presiden parti akhir tahun ini.
Walaupun mendahului agak selesa, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub boleh mengekori rapat hari ini.
Hari ini 40 cabang (bahagian) lagi akan mengadakan mesyuarat pemilihan.
Seorang pemimpin PKR yang dihubungi berkata, "mesyuarat belum panas, baru gear satu."
"Tunggulah hari ini, saya mendapat tahu Zaid akan mendapat banyak pencalonan akan menjadikan kedudukan seimbanmg dengan Azmin."
Pemimpin PKR daril Wilayah Persekutuan itu berkata, sentimen cabang mahukan Zaid tetap banyak, lebih daripada yang dijangkakan.
"Saya mendapat tahu Zaid akan mendapat banyak pencalonan dari Pantai Timur terutama Kelantan dan Terengganu.
"Percayalah, saingan untuk jawatan ini (timbalan presiden) adalah sangat sengit. Azmin tidak akan menang mudah lawan Zaid," katanya lagi.
Dalam parti, Azmin merupakan naib presiden dan juga pengerusi PKR Selangor. Zaid pula ahli majlis pimpinan pusat (MPP) dan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Yeh...Yeh... Rakyat Melaka AKan Dapat Eye On Malaysia Baru....???

on

Melaka akan menjadi tempat pertama di dunia yang memiliki roda gondola berputar dalam tempoh beberapa tahun sahaja. Eye On Malaysia yang dulunya beroperasi di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur yang dibawa ke muara sungai Melaka kini menjadi 'besi buruk' yang paling mahal di dunia.
Ini berikutan keputusan mahkamah Tinggi atas saman yang dikemukakan oleh pemilik asal syarikat Fitraco NV dari Belgium terhadap kerajaan Melaka kerana melanggar beberapa syarat perjanjian. Saya difahamkan berikutan saman itu kerajaan Umno@BN Melaka terpaksa membayar jutaan ringgit kepada syarikat berkenaan yang dapat untung atas angin tanpa perlu roda Eye On Malaysia berpusing-pusing seperti kelaziman.  klik sini...

Umno, Mat Gian Dan Binatang Itu......???

on

Pemimpin Umno mengaku parti itu parti Melayu. Laungannya pun ‘Hidup Melayu’. Dalam Umno tidak ada Cina atau India. Kalau ada orang Siam yang masuk Umno, mereka pun sudah mengaku jadi Melayu.Pemimpin Umno marah kalau dikatakan tidak berjuang Melayu. Kalau mereka bercakap mengenai agama pun, cakap itu adalah dalam konteks perlembagaan, Melayu adalah Islam.
Malah kalau orang Cina yang sokong Umno pun, dia turut berjuang Melayu lebih dari Melayu Umno perjuangkan Melayu. Pendek kata Melayu dan Umno, bagi pemimpin Umno memang tidak terpisah

Komponen BN tidak yakin pada Umno

on

KOTA BHARU, 19 Sept: Parti komponen Barisan Nasional (BN) seolah-olah tidak menaruh keyakinan seratus peratus kepada Umno dalam menerajui BN apabila dilihat percanggahan pandangan yang tercetus di kalangan mereka menyebabkan timbulnya krisis dalaman.
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, keadaan itu jauh berbeza jika dibandingkan dengan apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) yang semakin stabil.
Justeru, beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri berkata, Kerajaan Persekutuan yang didominasikan Umno BN semakin gentar terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) terutama memandangkan majoriti mereka di Parlimen kurang daripada dua pertiga.
“Dan ini menyebabkan mereka mungkin merasa tidak selesa dengan suasana yang ada, bahkan perbalahan di kalangan parti-parti komponen BN serta parti lain di luar Semenanjung menjadi punca permasalahan yang dihadapi Umno BN.
“Sebaliknya, PR dilihat semakin kuat, semakin baik dari sehari ke sehari, dan kita yakin prestasi PR menjadi akan lebih baik berbanding Pilihan Raya Umum 2008 (PRU 2008), insya Allah,” katanya yang juga Adun Kelaboran.
Becakap kepada media pada Rumah Terbuka PAS Kelantan sempena Hari Raya Aidilfitri di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini, semalam, beliau mendakwa demokrasi yang diamalkan di negara kini berat sebelah.
“Ini jelas apabila kita dihalang untuk mengadakan ceramah politik secara terbuka di semua kawasan di Kelantan dengan alasan di luar musim pilihan raya, sedangkan kita mahu rakyat mengetahui maklumat mengenai parti dan kerajaan negeri dengan baik dan telus meski pun penerangan boleh diadakan di premis sendiri.
“Kita mahu mengadakan ceramah di pentas terbuka terutama di padang dan di tempat terbuka, ramai orang boleh hadir.
“Justeru, kita meminta supaya pihak Kerajaan Persekutuan bersikap lebih terbuka selaras kehendak negara yang dikatakan mengamal demokrasi, dan parti PAS sendiri adalah parti berdaftar, kita halal mengadakan program parti dan tidak bergerak bawah tanah,” ujarnya.
Tambahnya, Kerajaan Pusat tidak perlu takut untuk memberi permit kepada PAS mengadakan majlis penerangan parti secara terbuka. 
Ini, katanya kerana menurut rekod yang ada, PAS menganjurkan program besar sekali pun membabitkan kehadiran puluhan ribu orang, namun tidak berlaku apa yang disifatkan sebagai rusuhan.
“Bahkan tidak menimbulkan permasalahan kepada pihak keselamatan.  Kita boleh bekerjasama dengan mereka dalam menjaga keamanan dan kawalan lalu lintas,” katanya sambil menegaskan bahawa itu rekod PAS selama memerintah Kelantan lebih 20 tahun.
Harakahdaily

Yakinkan rakyat, Pakatan mesti ambil alih Putrajaya.....???

on

KOTA BHARU, 19 Sept: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli menegaskan Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS mempunyai keyakinan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini mesti diubah.
Tambahnya, dalam masa sama meyakinkan rakyat bahawa Putrajaya mesti diambil alih memandangkan kepada suasana yang berlaku dalam negara kini memerlukan perubahan.
Suasana dalam negara kini, katanya, perlu ditangani serius oleh pihak berkuasa terutama masalah jenayah, pendidikan dan ekonomi.
Beliau berkata demikian kepada media pada Rumah Terbuka PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini, semalam.
Mengulas dakwaan disebabkan persaingan sengit parti politik selepas Pilihan Raya Umum 2008  menyumbang kepada ketidakstabilan negara termasuk hubungan kaum dan sosial masyarakat, beliau berkata kenyataan itu menggambarkan hilangnya kewibawaan pimpinan Umno Barisan Nasional yang mendominasikan negara bagi menjadikan suasana harmoni serta kawalan keselamatan yang baik.
“Apa persoalannya dengan remaja yang membuang anak, kelahiran anak luar nikah yang begitu ketara mutakhir ini, penipuan di kalangan ahli-ahli perniagaan hingga membawa kepada berlakunya pembunuhan, apa kaitannya dengan persaingan sengit parti politik?” soalnya yang juga Bendahari PAS Pusat.
Ini kerana, katanya persaingan politik adalah pada bentuk ideologi dalam mengemukakan pilihan-pilihan dan alternatif kepada rakyat.
Namun apa yang berlaku dalam negara kini, katanya menyebabkan rakyat seolah-olah berada dalam keadaan terumbang ambing, ekonomi dan masa depan pendidikan negara tidak jelas.
Begitu juga, ujarnya dengan suasana pergaulan sosial masyarakat khususnya di kalangan remaja tidak dikawal dengan serius, sedangkan itu adalah fungsi yang mesti dilaksanakan pihak berkuasa. 
Beliau menambah, ertinya keputusan PRU 2008 itu menyebabkan Umno BN tidak mampu mentadbir dengan baik walau pun mereka menang, meski pun bukan dua pertiga di Parlimen.
Pada beliau, Umno BN mesti mengaku kegagalan mentadbir negara serta menggambarkan betapa merosotnya prestasi parti perkauman Melayu itu.
“Dakwaan itu juga sebagai permulaan kepada satu pilihan raya untuk mendapatkan mandat baru memandangkan mandat yang ada kini adalah ‘mandat kepada Pak Lah’, dan kalau itulah kemungkinannya maka dakwaan analisa persaingan sengit politik itu adalah di luar politikal,” ujarnya.
harakahdaily

Pemilihan: PKR sokong wanita muda bertanding....???

on

KUALA LUMPUR, 19 Sept: Sekurang-kurangnya 14 nama wanita muda akan tersenarai sebagai calon bagi merebut pelbagai jawatan dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Oktober ini. Sekurang-kurangnya 14 nama wanita muda akan tersenarai sebagai calon bagi merebut pelbagai jawatan dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Oktober ini.

Antaranya Ketua Serikandi, Siti Aishah menawarkan diri sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai Ketua Bahagian Lembah Pantai, MPP dan aktivis politik Ginie Lim sebagai exco, MPP dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Selain mereka, beberapa nama lain termasuklah Setiausaha Politik Exco Negeri Selangor, Sangetha Jayakumar dan peguam Eunice Ong menawarkan diri sebagai Naib Ketua AMK Pusat.

Exco AMK Pusat, Zara Zahari, AJK PKR Bahagian Cheras Fione Tan dan AJK Serikandi, Maisuri Zainal pula mahu bertanding untuk jawatan Exco AMK Pusat,

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangannya, Latheefa Koya berkata pemilihan PKR secara langsung ini telah menciptakan peluang kepada mereka untuk dipilih ke berbagai kedudukan kepimpinan di tahap yang belum pernah terjadi sebelum ini.

"Hal ini amat berlawanan sekali dengan peluang yang diberikan di dalam parti-parti lain, selalunya ia hanya terhad ke jawatan-jawatan dalam sayap wanita.

"Pemilihan ini juga merupakan ujian terhadap iltizam parti untuk menyediakan sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita pada semua peringkat pembuatan keputusan parti," katanya.

Menurutnya lagi, senarai penuh wanita muda yang bertanding belum lagi selesai sepenuhnya dan akan dibuat secara berperingkat.

Bagaimanapun, PKR jelasnya amat menyokong penyertaan wanita muda ini dan mereka telah menunjukkan komitmen terhadap parti dan perjuangannya, berkelayakan, berdikari dan berkemampuan untuk menjadi pimpinan muda.

10 Ringgit, T-Shirt Dan Nasi Bungkus Untik Sambut PM Najib....???

on

Tun Razak mengumum pengistiharan Malaysia pada 16 September 1963 di Kota Kinabalu. 47 tahun selepas itu anaknya, Datuk Mohd Najib mengisithar tanggal 16 September sebagai Hari Malaysia. Rakyat Sabah dan Sarawak menunggu 46 tahun lamanya......
Tanggal 14 September, saya kebetulan berada di Sandakan. Hampir sejam pusing keliling bandar itu mencari tempat menginap. Semua bilik hotel telah ditempah. Nasib saya agak baik, dapat bilik premier di SPA Hotel di kawasan bandar Leila.


Tetapi pengurus hotel beritahu awal mesti check out esok kerana semua bilik telah ditempah untuk acara sambutan Juara Rakyat pada 16 September.
“kalau abang balik esok, rugilah!” Kata bell boy hotel. “Rugi?, kenapa pulak rugi, saya bukan datang sambut Najib!”.
“Oooo….jadi tidaklah kau dapat baju T-Shirt dan duit 10 ringgit!” jelasnya dengan pelat pekat Bajau Filipina.
Saya tersenyum dengar ayat pekerja hotel tersebut. Sambil geleng kepala, berbisik hati saya, takkan untuk sambut Perdana Menteri, rakyat diupah 10 ringgit? Kalau ia pun diberi duit, takkan hanya nilai RM 10....
Pada pagi 16 September, kira-kira 30 hingga 50 ribu orang menyambut kehadiran PM di Padang Bandar Sandakan. Meriah dan gilang gemilang sambutan Juara Rakyat yang menggambarkan sokongan kepada Datuk Musa Aman dan tentu sekali kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada sebelah petang hari yang sama, Najib berada di Kota Kinabalu untuk sambutan Hari Malaysia yang julung kalinya disambut seluruh negara. Sebelum ini selama 46 tahun, rakyat Sabah diberi cuti umum bukan kerana sambutan Hari Malaysia tetapi menyambut tanggal 16 September sebagai hari jadi rasmi TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah.
Sudah tentu rakyat Sabah dan Sarawak berterima kasih kepada Najib kerana mengiktiraf tarikh 16 September sebagai tarikh penting dalam sejarah kerana hakikatnya, pada tarikh tersebutlah tertubuhnya sebuah negara yang dikenali sebagai Malaysia hari ini.
Padang Merdeka yang menjadi tempat sambutan Hari Malaysia tidak banyak berubah sejak 47 tahun lalu. Pokok-pokok jati yang dibawa dari tanah Jawa masih berdiri megah tepi padang. Keluasan padang masih seperti asal. Jesselton Club masih tempat sediakala. Kalau dulu kelab itu tempat orang putih dan teknokrat British menjamu hi-tea. Kali ini kelab tersebut tempat perjudian dengan menyediakan mesin-mesin jakpot dan meja snooker.
Yang berubah di Padang Merdeka hanya astaka atau pentas. Daripada pentas yang dibina dari papan atau kayu kepada pentas konkrit. tempatnya juga beralih disebelah kanan padang tersebut. Diatas pentas papan yang asal, Donald Stephens (Allahyarham Tun Mohd Fuad) mengangkat sumpah sebagai KM Sabah yang pertama dihadapan Hakim dan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussien.
Pada tanggal itu juga Malaysia diistiharkan sebagai sebuah negara baru setelah Suruhanjaya Cobbold mengadakan pungutan suara dengan dapatan bahawa 80% penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai gabungan Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak dalam sebuah negara baru yang dipanggil Persekutuan Malaysia.
Sambutan yang bermula pada jam 8 malam itu juga meriah. Rakyat yang membanjiri Padang Merdeka sudah tentu menunjukkan rasa gembira kerana pengiktirafan tanggal 16 september. Saya yakin kali ini rakyat tidak diberi upah 10 ringgit dan baju T!
Entahlah! Saya juga tidak pasti. Adakah yang hadir untuk mendengar ucapan Najib jumlahnya lebih ramai daripada yang hadir untuk mendengar suara Stacy dan Adam!!
Tun Mustapha bersama Donald Stephens adalah dua tokoh penting meyakinkan rakyat Sabah untuk merdeka dalam Malaysia. Ramai yang terkilan bila dua tokoh ini tidak disenaraikan sebagai penerima Tokoh Malaysia!!
Sama-sama kita renungkan....


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List