| Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kereta Proton Waja miliknya dicuri malam semalam. Kereta itu adalah hadiah daripada ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya pada 2004. Menurut Saiful Bukhari, kereta Waja berwarna perak itu disedarinya hilang ketika meletakkannya di Lorong Medan Tuanku, Kuala Lumpur malam tadi. "Saya telah membuat laporan di balai polis Dang Wangi dan menyerahkan polis untuk menyiasat perkara itu. "Saya sedang makan dan apabila kembali, saya sedari kereta saya hilang,” katanya kepada Malaysiakini. Saiful Bukhari berkata dalam mesej twitternya semalam, beliau memohon sesiapa yang menjumpai keretanya dengan nombor pendaftaran WLG9170 untuk menghubunginya atau pihak polis. "Saya berdoa kepada Tuhan dan menyerahkan perkara itu kepada Allah," katanya di twitter. Jadi tumpuan Beklas pembantu Anwar itu menjadi tumpuan sejak 2008 apabila membuat dakwaan beliau diliwat ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh. Ini mengakibatkan perbicaraan ke atas Anwar yang terus berlangsung sehingga hari ini. Saiful telah memberi keterangannya sebagai saksi pertama dan juga telah disoal-balas oleh peguam Karpal singh. Perbicaraan juga dijadualkan diteruskan pada 14 Oktober ini dengan Dr Mohd Razali Ibrahim dari Hospital Kuala Lumpur yang pernah merawatnya, tampil untuk disoal-balas. Saiful Bukhari juga mencuri tumpuan apabila didakwa menjalinkan hubungan dengan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif, yang merupakan anggota pasukan pendakwaan dalam kes liwat itu. Sejak itu, peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah menggugurkan Farah Azlina daripada pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. Meskipun dicabar oleh Karpal Singh, kedua-dua mereka, Farah Azlina dan Saiful Bukhari belum secara terbuka menafikan dakwaan hubungan mereka. Peguam kanan itu juga telah memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mengheret kedua-dua mereka supaya memberi keterangan tetapi hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolaknya. -mk- | |
Kereta Saiful Bukhari dicuri di Medan Tuanku
Copy & Posted By mahi on Sep 30, 2010
Sivarasa: Saya tidak tewas di cabang.
Copy & Posted By mahi on
Bagaimanpun, peguam veteran itu, tampil diMalaysiakini, semalam untuk memberikan versi ceritanya mengenai apa yang berlaku pada hari Ahad lalu.
Katanya, tidak ada pemilihan yang sah berlangsung pada AGM yang huru-hara itu dan mempertahankan bahawa ia dicemari pelbagai dakwaan penipuan bermula dengan penerimaan kertas undi yang mencurigakan.
"Terdapat pelbagai kesilapan. Sesetengah nama yang sepatutnya berada di senarai tidak ada manakala nama yang tidak sepatutnya pula muncul. Senarai yang digunakan penuh bermasalah,” katanya.
Namun, mesyuarat diteruskan mengikut agenda yang ditetapkan termasuk pencalonan pemimpin peringkat pusat PKR.
"Tetapi ia tidak teratur. Pengerusi gagal mengawal perjalanan mesyuarat dan ia tidak dapat diteruskan, “ kata Sivarasa sambil mendakwa beliau mendapat 158 undi dalam pengiraan awal untuk jawatan ketua cabang yang menyaksikan pertandingan lima penjuru.
"Adalah jelas, kita tidak dapat teruskan mesyuarat, malah tiga lagi calon yang lain juga meminta ia ditangguhkan,” katanya.
Mereka kemudiannya menghubungi ahli jawatankuasa pemilihan parti, Sabaruddin Md Yasin yang bertindak mengisytiharkan mesyuarat itu ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan.
"Kami kemudiannya meninggalkan tempat mesyuarat tetapi dimaklumkan seorang calon dan penyokongnya meneruskan mesyuarat dan membuat kiraan undi serta meminta ahli-ahli supaya terus mengundi.
"Ahli cabang juga ditakut-takutkan secara fizikal dan dalam keadaan itu mereka bertindak tidak 'mengundi' saya. Calon ini kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai pemenang, “ kata Sivarasa.
"Mereka tidak mematuhi peraturan dan malah mengancam pemantau pemilihan yang kemudiannya membuat laporan polis.
"Ini tidak lain daripada tindakan bodoh dan samseng daripada sesetengah ahli,” katanya sambil menambah bahawa tindakan disiplin mesti diambil ke atas mereka.
Meskipun tidak menafikan hakikat mungkin terdapat eleman 'kuda trojan' di cabangnya, Sivarasa berberkata masalah utama adalah sikap samseng yang ditunjukkan oleh pencabarnya itu.
“Mereka tidak puas hati jika kalah,” katanya.
Sivarasa akan membuat aduan rasmi kepada ibu pejabat PKR hari ini.
MK
'Gergasi pro-kebebasan media sudah bangkit'.
Copy & Posted By mahi on
"(Tulisnya) NUJ telah mati mati lama dahulu. Itu yang menyentuh perasaan saya.
"Dan saya balas, saya tak kenal siapa penulisnya, memang NUJ telah telah mati 12 tahun lepas, 13 tahun lepas, tetapi saya sempat menyelamatkan semangat NUJ pada tahun 80-an untuk dihidupkan semula.
"Dan saya cakap dengan dia, lihatlah gergasi baru bangun tidur. Bila dia bangun tidur, dia makan apa saja," kata Hata (kanan) yang mendakwa telah lama memendam rasa "terlampau kecewa".
Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini semalam, wartawan Utusan Malaysia selama 15 tahun itu menafikan wadah perjuangan NUJ yang lantang memperjuangkan kebebasan seperti sekitar tahun 80-an telah padam.
"Ia sebenarnya tersimpan dalam sebuah peti, berkunci. Dan peti itu terletak di negeri Maghribi," katanya berseloroh. MK
Sebelah kaki Ku Li di Pakatan, kata PAS.....???
Copy & Posted By mahi on
Pemimpin tempatan PAS percaya, pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai jentera BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas akan memberi kelebihan kepada PAS untuk memenangi pemilihan tersebut.
Timbalan yang dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamed berkata Umno takut untuk mengambil tindakan ke atas pemimpin veteran itu walaupun Tengku Razaleigh secara terang-terangan telah mengambil pendirian menentang BN.
Katanya, keadaan itu boleh dilihat apabila Tengku Razaleigh bertindak mempengerusikan Jawatankuasa Kaukus Parlimen yang ditubuhkan untuk menyiasat isu royalti minyak Kelantan.
Sebaliknya, Tengku Razaleigh dilantik mengetuai jentera pilihan raya memandangkan pengaruhnya masih kuat di kalangan pengundi di situ, kata Zulkefli.
"Tidak pernah berlaku, pengerusi perhubungan negeri (Datuk Seri Mustapa Mohamad) pun jadi timbalan dia (ketuai jentera pilihan raya)," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Seorang lagi pemimpin tempatan Husin Embong berkata, pelantikan itu akan menyebabkan Tengku Razaleigh berada dalam keadaan tersepit.
"Sebelah kaki dia di Pakatan Rakyat, sebelah kaki lagi dalam BN," yang bersetuju bahawa tindakan Umno meletakkan Tengku Razaleigh sebagai 'komander perang' juga merupakan satu kaedah untuk 'mendisiplinkan' putera raja tersebut.
Faktor sokongan Cina, Orang Asli
Perubahan sikap Tengku Razaleigh itu mungkin boleh diperhatikan daripada trend yang ditunjukkan oleh pengundi dalam pilihan raya umum ke-12.
Zulkefli berkata, pengaruh Tengku Razaleigh telahpun semakin pudar di kalangan golongan peniaga, pekerja dan juga Orang Asli berdasarkan keputusan itu.
Jelasnya, PAS berjaya memenangi semua peti undi di kawasan bandar dengan majoriti bukan Melayu termasuk Bandar Baru, Bandar Lama dan Kampung Baru.
"Satu lagi peti undi di Pulai (majoriti bukan Melayu) kita hampir menang juga. Ini menunjukkan masyarakat Cina dan golongan pekerja banyak sokong kita," katanya lagi.
Di kawasan Orang Asli yang dianggarkan lebih 1,600 orang pula, PAS berjaya memperbaiki kedudukannya dalam pilihan raya lalu, kata Zulkedli.
Keadaan ini membolehkannya PAS memecahkan dominasi Umno di parlimen Gua Musang dengan memenangi kerusi DUN tersebut.
"Orang Asli ini dikira sebagai penyokong kuat Ku Li, tapi sudah 20 peratus meningkat sokong kita (dalam pilihan raya umum ke-12).
"Contohnya, kita menang 40 peratus undi di Pos Hau dan 30 peratus di Pos Brooke yang merupakan kawasan penempatan orang Asli paling ramai. Kalau dulu kita hanya boleh dapat paling tinggi pun 11 peratus saja di kawasan ini," katanya lagi.
Isu tanah, golongan peneroka
Zulkifli berkata, beliau tidak melihat banyak isu nasional yang akan timbul. Sebaliknya, isu tempatan melibatkan permohonan tanah oleh golongan peneroka akan mendapat lebih banyak perhatian.
Bagaimanapun, buat masa ini beliau tidak dapat menjangkakan berapakah jumlah peneroka yang masih berdepan dengan masalah untuk mendapatkan geran tanah.
"Tapi kita yakin permohonan mereka ini akan dapat dilihat dan diselesaikan oleh kerajaan negeri," katanya lagi.
Katanya, keadaan itu boleh dilihat apabila Tengku Razaleigh bertindak mempengerusikan Jawatankuasa Kaukus Parlimen yang ditubuhkan untuk menyiasat isu royalti minyak Kelantan.
Sebaliknya, Tengku Razaleigh dilantik mengetuai jentera pilihan raya memandangkan pengaruhnya masih kuat di kalangan pengundi di situ, kata Zulkefli.
"Tidak pernah berlaku, pengerusi perhubungan negeri (Datuk Seri Mustapa Mohamad) pun jadi timbalan dia (ketuai jentera pilihan raya)," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
"Sebelah kaki dia di Pakatan Rakyat, sebelah kaki lagi dalam BN," yang bersetuju bahawa tindakan Umno meletakkan Tengku Razaleigh sebagai 'komander perang' juga merupakan satu kaedah untuk 'mendisiplinkan' putera raja tersebut.
Faktor sokongan Cina, Orang Asli
Perubahan sikap Tengku Razaleigh itu mungkin boleh diperhatikan daripada trend yang ditunjukkan oleh pengundi dalam pilihan raya umum ke-12.
Jelasnya, PAS berjaya memenangi semua peti undi di kawasan bandar dengan majoriti bukan Melayu termasuk Bandar Baru, Bandar Lama dan Kampung Baru.
"Satu lagi peti undi di Pulai (majoriti bukan Melayu) kita hampir menang juga. Ini menunjukkan masyarakat Cina dan golongan pekerja banyak sokong kita," katanya lagi.
Di kawasan Orang Asli yang dianggarkan lebih 1,600 orang pula, PAS berjaya memperbaiki kedudukannya dalam pilihan raya lalu, kata Zulkedli.
"Orang Asli ini dikira sebagai penyokong kuat Ku Li, tapi sudah 20 peratus meningkat sokong kita (dalam pilihan raya umum ke-12).
"Contohnya, kita menang 40 peratus undi di Pos Hau dan 30 peratus di Pos Brooke yang merupakan kawasan penempatan orang Asli paling ramai. Kalau dulu kita hanya boleh dapat paling tinggi pun 11 peratus saja di kawasan ini," katanya lagi.
Isu tanah, golongan peneroka
Zulkifli berkata, beliau tidak melihat banyak isu nasional yang akan timbul. Sebaliknya, isu tempatan melibatkan permohonan tanah oleh golongan peneroka akan mendapat lebih banyak perhatian.
Bagaimanapun, buat masa ini beliau tidak dapat menjangkakan berapakah jumlah peneroka yang masih berdepan dengan masalah untuk mendapatkan geran tanah.
"Tapi kita yakin permohonan mereka ini akan dapat dilihat dan diselesaikan oleh kerajaan negeri," katanya lagi.
Skandal PKFZ: Perbicaraan kes tiga tertuduh ditangguh 8 Nov depan.
Copy & Posted By mahi on
Hakim Asmadi Hussin memutuskan sedemikian selepas membenarkan permohonan peguam V. Sithambaram, mewakili arkitek Bernard Tan Seng Swee, dari BTA Architect, yang merupakan perunding PKFZ untuk menangguhkan kes itu berikutan pihaknya baru menerima sebanyak 101 dokumen tambahan pada Isnin lepas.
Sithambaram berkata pihaknya juga memerlukan masa untuk merujuk dokumen berkenaan kepada pihak konsultan memandangkan ia bersifat teknikal.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Steven Abok juga memaklumkan bahawa pihaknya baru menerima dokumen berkenaan pada hari sama dan beliau memerlukan masa untuk menelitinya.
Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad yang mengetuai pendakwaan mengesahkan bahawa pihaknya menghantar dokumen tambahan berkenaan kepada pihak pembelaan pada Isnin lepas.
Beliau berkata pihaknya tidak membantah terhadap permohonan pihak pembelaan demi keadilan semua pihak dan bagi mengelakkan saksi-saksi dipanggil semula untuk memberi keterangan.
Dzulkifli memberi jaminan bahawa kes itu akan berjalan seperti yang ditetapkan.
Selain Tan, 48, dan Abok, 51, seorang lagi tertuduh dalam kes itu ialah bekas pengurus projek KDSB Law Jenn Dong, 51, diwakili oleh peguam Justin Wee yang hadir bagi pihak peguam Tan Hock Chuan.
Abok dan Tan menghadapi dua tuduhan menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membabitkan tuntutan RM5.42 juta pada 31 Julai dan 21 Sept 2007.
Tan dan Law menghadapi 24 pertuduhan menipu LPK bagi mendapatkan pengesahan pembayaran sebanyak RM116.85 juta kepada KDSB membabitkan dua projek di PKFZ, antara 30 Jun 2006 dan 30 Mei 2008.
Bernama
Perkasa Tidak Hadir Program Perdana Menteri....???
Copy & Posted By mahi on
"Saya tidak tahu mengenai program itu. Perkasa tidak dijemput. Jangan buat cerita," kata ahli parlimen bebas Pasir Mas itu ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa exco kerajaan Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, beliau telah menerima aduan dari penduduk tempatan yang bimbang terhadap penglibatan Perkasa dalam program perdana menteri di Padang Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah, Sabtu ini.
Beliau yang merupakan pengerusi jawatankuasa tetap perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan negeri Selangor berkata ini kerana terdapat khabar angin bahawa program itu adalah anjuran sebuah pertubuhan seni silat dan Perkasa.
Katanya, walaupun pihak penganjur telah menghubungi beliau dan memberitahu bahawa Perkasa tidak terlibat tetapi sebuah akhbar melaporkan bahawa pihak penganjur telah menjemput pemimpin Perkasa ke majlis tersebut.
Ibrahim berkata, beliau dan pemimpin Perkasa lain akan ke Kedah kerana menghadiri program Perkasa negeri itu, Sabtu ini. FMT
PAS tiada masalah dengan Ku Li....???
Copy & Posted By mahi on
KUALA LUMPUR: Parti Islam Semalaysia (PAS) tiada masalah dengan Ahli Parlimen Tengku Razaleigh Hamzah yang dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya bagi merebut kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Kelantan.
Menurut Salahuddin, beliau tidak akan menyentuh mengenai penglibatan Ku Li namun mempersoalkan kenapa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengelak dari menjadi Pengarah Pilihan Raya seperti sebelum ini.
"Timbalan Perdana Menteri, bila Pilihan Raya Kecil akan jadi pengarah, mengapa kali ini nak lari? Kenapa Umno lari dari norma biasa bagi PRK Dun Galas ini? soal beliau, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
PAS katanya, sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas namun lebih bersikap tidak terlalu yakin memandangkan cabaran yang bakal dihadapi mereka kelak cukup besar.
Ujar beliau, "PAS anggap ini satu cabaran besar, jentera PAS perlu bersiap sedia, jangan ‘terlalu over confident’, jangan rasa selesa yang penting PAS akan meningkatkan keupayaan dan komitmen.
"Cabaran PAS ialah supaya menghadapi rintangan ini dengan bijak," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini. FMT
Kehadiran Perkasa Jejas Hubungan Kaum....???
Copy & Posted By mahi on
"Saya menerima aduan dari penduduk tempatan yang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap penglibatan Perkasa dalam program ini," kata exco kerajaan negeri Iskandar Abdul Samad dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, "hubungan antara kaum di Chempaka dan kawasan Parlimen Pandan adalah begitu baik sekarang ini maka penduduk tidak mahu melihat ia terjejas akibat majlis itu.
"Saya berharap Perdana Menteri dan pihak penganjur turut mengambil kira keharmonian masyarakat kerana majlis ini mendapat publisiti yang buruk dan mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat," katanya.
Iskandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor berkata, "saya yakin Perdana Menteri tentu sekali tidak mahu nama dan kredibiliti beliau tercemar akibat majlis ini."
Menurut akhbar Sinar Harian, para pemimpin Perkasa telah dijemput menghadiri majlis itu, di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Pandan Indah pada 2 Oktober ini. FMT
'Perang' PERKASA: Kolej Dong Zong kecut.....???
Copy & Posted By mahi on
Menurut kolej milik NGO pendidikan Cina terbesar Dong Zong itu, pembatalan itu disebakan mereka tidak gembira dengan insidenyang berlaku di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada malam Selasa.
"Bagi menghindarkan dan melindungi keselamatan, program Namewee yang sepatutnya berlangsung pada jam 7.30 malam ini dibatalkan," demikian menurut satu kenyataan.
Sementara itu, pengurus Namewee, Fred Chong turut mengesahkan, persembahan ketiga dalam siri jelajah artis Cina daripada Muar itu dibatalkan.
"Kolej New Era takutkan PERKASA. Majlis itu dibatalkan dan PERKASA boleh dikira berjaya," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya alasan sebenar di sebalik tindakan mengejut itu.
Bagaimanapun, tambahnya, demonstrasi tersebut seharusnya dibenarkan kerana Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi seperti mana persembahan itu juga tiada sebab dibatalkan.
Chong bagaiaimanapun menafikan graduan media daripada Taiwan itu akan turut membatalkan siri persembahannya di tempat lain seperti yang dijadualkan.
Manakala Namewee pula menulis secara sinis dalam blog tentang kejayaan bantahan PERKASA itu.
"Saya ucapkan tahniah kepada PERKASA atas kejayaan itu. Semua promosi telah dibatalkan.
"Saya mahu beritahu, semua penganjur takutkan PERKASA, PERKASA telah menang tetapi Malaysia telah kalah," tulisnya.
Pada kejadian itu, kira-kira 50 anggota PERKASA berhimpun di luar perkarangan KLSCAH.
Mereka membantah kehadiran rapper kontroversi Namewee sebagai penceramah di forum anjuran dewan tersebut dengan membawa sepanduk PERKASA dan bendera Malaysia serta kemudiannya membakar gambar Namawee.
Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu cuba berunding dengan polis untuk memasuki dewan tersebut namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan berkenaan.
Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan. Ini diikuti dengan kata-kata cacian 'Namewee babi' dan 'pengkhianat'.
Namun kehadiran kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berjaya mengawal keadaan dengan tiada sebarang kejadian yang tidak dingini dilaporkan.
MK
Samy Vellu: Saya akan letak jawatan Januari ini.....???
Copy & Posted By mahi on
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu telah mempercepatkan tarikh persaraannya daripada September tahun depan kepada Januari 2011.
Ahli politik veteran yang ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum 2008 di parlimen Sungai siput itu mendedahkan rancangan peralihannya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti di Kuala Lumpur, hari ini.
"Saya pasti akan melepaskan jawatan Presiden MIC selepas pulang daripada menghadiri Privasi Barathiya Divas di India Januari tahun depan.
"Mungkin sebelum 15 Januari saya akan lepaskan jawatan presiden. Jawatan itu akan diserah kepada Timbalan Presiden, Datuk G Palanivel," katanya pada sidang media di ibu pejabat MIC.
Supremo MIC itu sebelum ini pernah berkata beliau akan melepaskan cengkamannya ke atas parti itu antara September atau Oktober tahun depan setelah berkuasa 32 tahun.
MK
"Saya pasti akan melepaskan jawatan Presiden MIC selepas pulang daripada menghadiri Privasi Barathiya Divas di India Januari tahun depan.
"Mungkin sebelum 15 Januari saya akan lepaskan jawatan presiden. Jawatan itu akan diserah kepada Timbalan Presiden, Datuk G Palanivel," katanya pada sidang media di ibu pejabat MIC.
Supremo MIC itu sebelum ini pernah berkata beliau akan melepaskan cengkamannya ke atas parti itu antara September atau Oktober tahun depan setelah berkuasa 32 tahun.
Menurutnya, langkah itu adalah bagi memberi peluang kepada timbalannya, Datuk G Palanivel membuat persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
“Saya akan umumkan tarikh peletakan jawatan tidak lama lagi. Selepas meletak jawatan, saya tidak akan mencampuri urusan dalaman parti dan hanya akan menjadi ahli biasa MIC,” katanyaMK