PETALING JAYA: Para penduduk di Chempaka dan kawasan Parlimen Pandan, Selangor bimbang penglibatan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dalam satu program melibatkan Perdana Menteri pada 2 Oktober ini akan menjejaskan hubungan antara kaum.
"Saya menerima aduan dari penduduk tempatan yang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap penglibatan Perkasa dalam program ini," kata exco kerajaan negeri Iskandar Abdul Samad dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, "hubungan antara kaum di Chempaka dan kawasan Parlimen Pandan adalah begitu baik sekarang ini maka penduduk tidak mahu melihat ia terjejas akibat majlis itu.
"Saya berharap Perdana Menteri dan pihak penganjur turut mengambil kira keharmonian masyarakat kerana majlis ini mendapat publisiti yang buruk dan mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat," katanya.
Iskandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor berkata, "saya yakin Perdana Menteri tentu sekali tidak mahu nama dan kredibiliti beliau tercemar akibat majlis ini."
Menurut akhbar Sinar Harian, para pemimpin Perkasa telah dijemput menghadiri majlis itu, di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Pandan Indah pada 2 Oktober ini. FMT
0 comments:
Post a Comment