Ahli Majlis MPK Kaki Samseng.....???

on Sep 30, 2010



Semalam kita dikejutkan dengan berita  seorang Exco Selangor yang bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Kota Raja yang memukul lawannya.
Bukan setakat exco yang memukulnya lawannya, seorang Ahli Majlis MPK yang bertanding merebut jawatan Ketua AMK  Kota Raja juga terlibat memukul calon yang bertanding merebut jawatan Naib Ketua Cabang Kota Raja.

Azmizam Bin Zaman Huri (gambar) berada dalam satu kumpulan dengan Exco Selangor, Xavier Jayakumar. Manakala orang yang dipukulnya iaitu saudara Ayasamy berada dalam satu pasukan dengan saudara Kottapan, iaitu calon yang menentang Xavier.

Saya telah ditumbuk di muka oleh Xavier dan dipukul oleh Azmizam dan
Sila klik pada imej untuk membaca laporan polis ini dengan jelas
Sathia dengan kerusi plastik dan kaki meja besi.

Itulah adalah petikan laporan polis yang di buat oleh saudara Ayasamy di Balai Polis Seksyen 15 Shah Alam pada 26.September.2010

Azmizam adalah seorang ahli majlis yang dipilih oleh kerajaan negeri dan beliau perlu mengangkat sumpah sebelum memulakan tugas.

Oleh kerana dia telah berkelakuan samseng dan memukul orang dengan besi maka dia perlu diarahkan berundur oleh kerajaan negeri dengan segera.

Selangordaily

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List