F1 :- Siapa Yang Rugi Akhir Nya........???

on Sep 30, 2010

1 Malaysia bercakaran hingga ke Mahkamah UK...Siapa Yang Rugi Nanti...Dah Lah Penganti Alex Yong Tak Ada.......Dah Kaya Raya Pun Nak Tamak Lagi..... Lingkup Le Macam Ni Perangai Koprat Kat Malaysia.

Ingat sesama jual goreng pisang kat kampong berbalah berebut pelanggan. Rupa perangai 1 Malaysia ini dibawak sehingga mahkamah. Bukan mahkamah tinggi K.Lumpur tetapi ke mahkamah Unitek Kingdom. Nampaknya imej 1 malaysia ini dipromosi sehingga ke Eropah sekarang.

Selepas penglibatan syarikat Petronas dalam Formula One (F1) selama 14 tahun sejak menjadi penaja utama pasukan F1 Sauber pada tahun 1995 dan telan menelan belanja berbillion ringgit. Dalam keadaan ekonomi semakin tenat dan syarikat-syarikat gergasi dunia menarik diri daripada F1 kerana kekangan kewangan tetapi Malaysia menubuhkan pasukan F1 sendiri pada tahun 2010. Pasukan F1 Malaysia ini akan dikenali sebagai Lotus F1 Team atau 1Malaysia F1 Team. Pasukan F1 Malaysia ini adalah terdiri daripada gabungan agensi kerajaan Malaysia dan syarikat swasta terkemuka Malaysia. Antara syarikat swasta yang terlibat dalam projek F1 negara ini ialah Lotus Car, Proton, Tune Group (Air Asia) dan Naza Group.

Kita sedia maklum pengurusan melibatkan F1 ini mencecah 1 billion setahun dan sekarang belum sampai setahun dah mula bising. Berbalah tentang nama. Hilang kemana dah 1Malaysia tu. Semasa Grand Prix di Singapura, Fernandes mengumumkan bahawa Lotus Racing akan menukar namanya kepada Team Lotus bermula tahun depan setelah dikatakan mendapat hak daripada pihak ketiga David Hunt. Ketika GP Singapura berlangsung kedua-dua pemandunya iaitu Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen gagal menamatkan perlumbaan. Bukan naik poddium pun. Bukan dok petak depan pun. Dok berbalah sesama pengurusan. Bukan berbalah sesama tok lebai... sesama professional.. sesama korporat nampaknya lebih sengit berbalah!.. Lebih malang lagi semasa GP Singapura itu, kereta Heikki telah terbakar selepas dilanggar oleh pemandu lain. Fuh!! Telan duit lagi.

Presiden Proton, Datuk Nadzmi Salleh pula mengeluarkan kenyataan tidak akan membenarkan Pasukan Lotus Racing menggunakan nama Team Lotus untuk berlumba dalam saingan Formula Satu (F1) bagi musim 2011 dan seterusnya selepas menamatkan lesen yang dikeluarkan kepada mereka tahun lalu.. Nazdmi dalam kenyataannya berkata, Proton percaya jenama Lotus adalah antara jenama paling berharga dalam Formula Satu dan menegaskan Proton adalah pemilik jenama itu dan akan menghalang penggunaan nama itu tanpa kebenaran serta menyekat penajaan.

Akibatnya Prinsipal Lotus Racing, Datuk Seri Tony Fernandes mengambil prosiding undang-undang di mahkamah Britain untuk menyelesaikan pertikaian dengan Proton berhubung hak penggunaan jenama Lotus.
Ketua Pegawai Eksekutif Pasukan Lotus Racing, Riad Asmat, mengesahkan pasukan itu sudah memfailkan notis mahkamah itu dan pihak Proton yang menguasai kepentingan Kumpulan Lotus UK, dijangka menerima notis berkenaan. “Sekarang biarlah mahkamah yang mengisytiharkan mengenai status hak jenama pasukan Formula Satu Lotus. Kami berpegang kepada hakikat bahawa kami sudah membeli Team Lotus Venterus Ltd, pemegang hak jenama perlumbaan F1 Lotus yang sebelum ini dibangunkan oleh David Chapman,” katanya.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim melihat hasrat Lotus Racing Team yang dimiliki Datuk Seri Tony Fernandes menukar nama pasukan itu kepada Team Lotus seperti mengenepikan jenama Lotus Racing dan seolah-olah menafikan kepentingan negara. Beliau berkata, penukaran nama pasukan itu jika berlaku, tidak lagi menjadi satu jenama Malaysia kerana Lotus merupakan anak syarikat kepada syarikat kereta nasional Malaysia Proton Berhad. "Tindakan Tony pasti mengundang pelbagai isu dan kekecewaan daripada sesetengah pihak. Ini soal kita punyai pasukan yang terus melupakan kepentingan negara," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini, hari ini.

Kenapa nama perlu ditukar? hihi mungkin nama 1 malaysia tak glamour. Nanti singkat umur macam islam hadhari!

Sementara itu pasukan Lotus Racing sedia menyerahkan pasukan Formula Satu (F1) kepada Proton Holding Bhd. (Proton) jika ia mampu melakukan lebih baik daripada yang telah dilakukan di bawah pengurusan kini pada musim depan. Timbalan Ketua Pasukan Lotus Racing, Datuk Kamarudin Meranun berkata, selain itu Proton perlu membayar pelaburan yang telah dilakukan oleh tiga individu, membabitkan dirinya, Datuk Seri Tony Fernandes dan SM Nasarudin SM Nasimuddin, bernilai pound 70 juta (RM340.9 juta) pada musim ini.
Malah, tambah beliau, pihaknya telah membeli Team Lotus Ventures Ltd. (TLV), yang mempunyai hak untuk menggunakan nama Team Lotus, pada harga lebih pound 3 juta (RM14.61 juta) kira-kira sebulan lalu setelah melakukan kajian kewajaran pertimbangan.

Selepas habis beratus juta.. adakah Proton akan memikul biawak hidup yang hangus terbakar di GP Singapura itu? Atau adakah 1Malaysia F1 Team akan berkubur? atau Adakah ini hanya wayang kulit bagi melelapkan lagi harta mahsul rakyat Malaysia. Kalaulah duit berbillion itu digunakan untuk pendidikan atau rumah rakyat.. dah banyak mana dah rakyat Malaysia mendapat manfaat. Samalah projek Monsun cup. Bahkan kebanyakan pihak pengurusan sukan di Malaysia menghadapi penyakit yang sama. Macam pantun orang kampong..

Mula-mula main bunga, akhir kena karbaik

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List