Perkasa Tidak Hadir Program Perdana Menteri....???

on Sep 30, 2010

ibrahimPETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menempelak seorang exco PAS kerajaan negeri Selangor kerana mengada-adakan cerita bahawa ahli-ahli pertubuhan itu akan hadir dalam majlis Perdana Menteri di Pandan Indah, Sabtu ini.
"Saya tidak tahu mengenai program itu. Perkasa tidak dijemput. Jangan buat cerita," kata ahli parlimen bebas Pasir Mas itu ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa exco kerajaan Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, beliau telah menerima aduan dari penduduk tempatan yang bimbang terhadap penglibatan Perkasa dalam program perdana menteri di Padang Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah, Sabtu ini.
Beliau yang merupakan pengerusi jawatankuasa tetap perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan negeri Selangor berkata ini kerana terdapat khabar angin bahawa program itu adalah anjuran sebuah pertubuhan seni silat dan Perkasa.
Katanya, walaupun pihak penganjur telah menghubungi beliau dan memberitahu bahawa Perkasa tidak terlibat tetapi sebuah akhbar melaporkan bahawa pihak penganjur telah menjemput pemimpin Perkasa ke majlis tersebut.
Ibrahim berkata, beliau dan pemimpin Perkasa lain akan ke Kedah kerana menghadiri program Perkasa negeri itu, Sabtu ini. FMT

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List