Menurut kolej milik NGO pendidikan Cina terbesar Dong Zong itu, pembatalan itu disebakan mereka tidak gembira dengan insidenyang berlaku di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada malam Selasa.
"Bagi menghindarkan dan melindungi keselamatan, program Namewee yang sepatutnya berlangsung pada jam 7.30 malam ini dibatalkan," demikian menurut satu kenyataan.
Sementara itu, pengurus Namewee, Fred Chong turut mengesahkan, persembahan ketiga dalam siri jelajah artis Cina daripada Muar itu dibatalkan.
"Kolej New Era takutkan PERKASA. Majlis itu dibatalkan dan PERKASA boleh dikira berjaya," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya alasan sebenar di sebalik tindakan mengejut itu.
Bagaimanapun, tambahnya, demonstrasi tersebut seharusnya dibenarkan kerana Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi seperti mana persembahan itu juga tiada sebab dibatalkan.
Chong bagaiaimanapun menafikan graduan media daripada Taiwan itu akan turut membatalkan siri persembahannya di tempat lain seperti yang dijadualkan.
Manakala Namewee pula menulis secara sinis dalam blog tentang kejayaan bantahan PERKASA itu.
"Saya ucapkan tahniah kepada PERKASA atas kejayaan itu. Semua promosi telah dibatalkan.
"Saya mahu beritahu, semua penganjur takutkan PERKASA, PERKASA telah menang tetapi Malaysia telah kalah," tulisnya.
Pada kejadian itu, kira-kira 50 anggota PERKASA berhimpun di luar perkarangan KLSCAH.
Mereka membantah kehadiran rapper kontroversi Namewee sebagai penceramah di forum anjuran dewan tersebut dengan membawa sepanduk PERKASA dan bendera Malaysia serta kemudiannya membakar gambar Namawee.
Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu cuba berunding dengan polis untuk memasuki dewan tersebut namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan berkenaan.
Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan. Ini diikuti dengan kata-kata cacian 'Namewee babi' dan 'pengkhianat'.
Namun kehadiran kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berjaya mengawal keadaan dengan tiada sebarang kejadian yang tidak dingini dilaporkan.
MK
0 comments:
Post a Comment