Kelakuan jahat dan kurang ajar orang politik...???

on Oct 13, 2010





Bila berlaku kebocoran maklumat mengenai kelaku jahat, yang dijerit pekikkan ialah supaya disiasat siapa yang bocorkan maklumat. Musuh dalam selimut la, pengkhianat la, penyusup la, suka hati mak bapak depa nak kata, nak tuduh. Yang dituduh musuh dalam selimut lalu menjadi sasaran pemburuan dan kemarahan yang bengis.



Perbuatan jahat yang didedahkan tidak diendahkan. Kalau boleh sorok, nak sorok lagi habis-habisan. Mulalah bangkit isu tentang penyusup, musuh dalam selimut dan pengkhianat untuk mengalihkan pandangan umum supaya melupakan kelaku jahat yang didedahkan. Kurang ajar sungguh!

Itulah budaya terkutuk dan kurang ajar yang kian menjadi amalan orang-orang politik di Malaysia, termasuk alat perkakas serta penyokong-penyokong mereka yang 'asabiyyah. Contohnya lihat berita NST hari ini yang saya copy and paste di bawah,
"Moles in MACC" (komen-komen di sini).

Kalau Umno atau Barisan Nasional (BN) yang buat gitu, saya tak la sakit hati sangat. Umno bukan parti yang menawarkan alternatif kepada parti yang tengah sakan dan lazat sangat buat jahat dan khianat. Sesetengah orang menuduh, jahat dan khianat adalah second nature kepada para pemimpin Umno termasuk yang cikai-cikai di bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan.

Saya tak heran kalau Umno yang buat gitu. Hari ini dalam berita Malaysian Insider bertajuk
"Ku Li claims Umno assembly no catalyst for reforms", pengarah jentera BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Tengku Razaleigh Hamzah sendiri kata, orang ramai merasa Umno adalah parti yang kotor. Apa yang beliau kata senada dengan pandangan bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan Umno sudah jadi parti perasuah serta busuk hingga ke ususnya.

Sakit hati memang sakit hati. Tetapi tak la terlampau-lampau sangat sakit hati kalau Umno atau alat perkakasnya yang buat perangai macam yang dilaporkan berita NST itu. Tetapi, bila yang terpekik-pekik mahu menawarkan alternatif kepada kemungkaran Umno pun buat gitu, bukan takat sakit hati ja, benci!

Benci teramat benci. Rasa nak maki-maki!

Kita rakyat negara ini. Insya Allah, anak cucu kita juga akan tinggal di negara ini. Kita mesti perangi habis-habisan kelaku jahat seperti yang tergambar dalam berita NST di atas atau berita Utusan Malaysia 17/1/10,
"Takiyuddin persoal maklumat mesyuarat Exco bocor".

Berita berkaitan:
Moles in MACC
PUTRAJAYA (NST 12/10/10): Moles in the Malaysian Anti-Corruption Commission are disrupting the operations of the antigraft body.

MACC deputy chief commissioner Datuk Mohd Shukri Abdull said the moles must be weeded out quickly as they were also a threat to national security.

He said the commission had lodged a police report on Sept 25 after it discovered that documents on investigations into several VIPs had appeared on blogger Raja Petra Kamarudin’s Malaysia Today news portal.

The VIPs included former Kedah menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid and former Selangor menteri besar Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo.

Following articles revealed that the investigations were classified as “no further action” (NFA).

The commission was particularly annoyed that the papers on Mahdzir and other individuals, which were initial investigation reports by the then Anti-Corruption Agency in Seberang Prai, were revealed.

Mahdzir was investigated for allegedly offering RM5 million to Parti Keadilan Rakyat’s Kulim state assemblyman Lim Soo Nee to switch parties. That case was classified as NFA two years ago.

Shukri said there were also questions about how the investigation papers on Khir, which were classified in June last year as secret documents, were leaked.

The minuted three-page document, meant for the Attorney-General’s Chambers, absolved Dr Khir from allegations that he had abused his power as menteri besar in using state government funds for family holidays in Morocco and Disneyland in the United States.

Shukri told the New Straits Times he had reason to believe that his own men were responsible for the leaks and wanted them to be investigated under the Official Secrets Act.

“This is a serious matter as the papers where classified as secret and they will remain so until they are declassified.

“This also concerns the integrity of government officers, which has been compromised.”

He was also upset when it was revealed that police had classified the MACC reports as NFA.

Police had alleged that there were no criminal elements as the documents that appeared on the website were not classified investigation papers.

Shukri said police failed to understand that the documents were part of the investigation papers, which automatically made them classified documents.

“The way we see it, there is clearly a criminal element here.”

Fugitive Raja Petra, who now lives in London, said that “it was not just Bukit Aman, MACC and the A-G’s Chambers that report to me. Even the courts in Malaysia do as well. So, I am being told more than what they think”.

He added: “Yes, the courts in Malaysia do not report to Tun Zaki Azmi, the chief justice. They report to me. How do you think I knew that they were coming for me on Feb 23, 2009, and went underground just 24 hours before they pounced?

“And how could I escape the police dragnet if not for the fact that the same officers from Bukit Aman themselves were the ones who whisked me (away) to safety

Rosyam yang berlagak & sombong.....???

on


Rosyam, tidak ada sebab untuk dia berlagak 
sombong atau melupakan rakan-rakan yang 
selama ini menjadi tulang belakang 
kejayaannya.


ROSYAM Nor bukanlah asing dalam drama TV mahupun filem-filem tempatan, malah hubungannya dengan wartawan juga baik. Selama ini, dia dikatakan bijak berdepan dengan media massa sehingga jarang terdengar masalah di antara kedua belah pihak. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, hubungan itu dikatakan mula retak apabila ada di kalangan orang media yang kurang senang terhadapnya.

Rosyam  bukan lagi seperti Rosyam dulu yang merendah diri dan tidak sombong orangnya, termasuklah apabila dikritik media. Ekoran sikapnya itu, pelakon yang mencipta nama pada pertengahan tahun 1980-an itu, dia dikatakan mula memperlihatkan sikap egonya. Sewaktu  ditanya mengenai hal itu benar-benar terkejut dengan persepsi itu. Dia semakin ego sehingga ramai wartawan yang kurang senang dengan sikapnya itu.

Siapalah saya hendak bersikap ego dengan wartawan? Saya amat memerlukan wartawan untuk kerjaya saya. Kalau saya ego dengan wartawan saya sengaja mahu membunuh kerjaya saya dalam bidang ini. Saya terkejut dengan tohmahan seperti itu. Saya tidak pasti daripada mana datangnya tohmahan itu. Saya yakin tidak semua wartawan memberi persepsi itu kepada saya. Mungkin hanya segelintir wartawan yang berkata macam itu. Kalau boleh, saya mahu berkawan baik dengan semua wartawan,” katanya menjelaskan salah faham banyak pihak padanya".

Menurutnya dia tidak pernah terfikir untuk sombong dengan wartawan, jauh sekali memusuhi golongan itu. “Dalam diri saya, tiada istilah sombong atau besar kepala dengan wartawan. Buat apa saya mahu menjauhkan diri dengan mereka?". Persepsi itu timbul sejak kebelakangan ini apabila ada di kalangan wartawan yang beranggapan dia tidak seperti Rosyam Nor yang dulu.  Pelakon yang pernah mendapat gelaran ‘hero tua’ ini antaranya, dikatakan mudah melenting akhir-akhir ini apabila dikritik media massa. 

Apatah lagi, selepas tersiarnya sesebuah artikel yang ditulis itu ia ada kaitan dengan kepentingannya dalam bidang-bidang perniagaan yang diceburinya. Lebih tepat lagi artikel yang pernah disiarkan dalam sebuah akhbar sisipan hujung minggu itu berkaitan dengan namanya. “Saya tidak kisah kalau dikritik asalkan ia boleh memberi manfaat. Tetapi saya tidak boleh terima kalau ia seperti mahu menjatuhkan saya. Sebagai contohnya, baru-baru ini ada wartawan di sebuah akhbar  yang tulis kata saya menipu. Akibatnya, saya kerugian ratusan ribu ringgit dalam perniagaan kerana laporan itu yang bukan sahaja tidak benar tetapi juga berbau fitnah. Saya ada cuba berjumpa wartawan terbabit tetapi apabila datang ke pejabatnya, rakan-rakannya kata dia tiada” .

Pada kesempatan ini, Rosyam mengharapkan rakan-rakan media yang selama ini akrab dengannya tidak akan memandang serong padanya, sebaliknya, pelakon itu akan berusaha menjernihkan semua hubungan yang tercalar.

begitulah nasib orang glamour. kadang-kadang si wartawan sengaja menulis sesuatu yang boleh menarik perhatian pembaca.  wartawan pun sedang mengejar dunia glamour juga. dia mahu dilihat hebat oleh rakan wartawan yang sama waktu dengannya. maka yang seinci diceritanya sejengkal, yang sejengkal dijadikan sedepa. yang kurang lemak ditambahnya santan. yang penting tulisannya mendapat perhatian. harap Rosyam akan terus menempa kemajuan dalam semua bidang yang diceburinya

Rebah dalam keadaan sujud

on

HULU SELANGOR: “Saya tergamam sebaik mendapat berita bapa saudara mati ditembak dalam rumahnya. Sungguh kejam penjenayah yang sanggup mengambil nyawanya selepas gagal menyamun mangsa,” kata Zainuddin Mohd Shuhaimi, 40, anak saudara kepada bekas tentera, Saad Johari Yamin, 73, yang mati ditembak di rumahnya, di Kampung Keliang, Kalumpang, dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 11.58 malam apabila mangsa cuba menjerit meminta pertolongan setelah rumahnya dimasuki penjenayah ketika dia dan isteri, Enson Rashid, 65, sedang tidur.

Menurut Zainuddin, bapa saudaranya ditembak daripada jarak hanya satu meter di ruang tamu rumah apabila seorang penjenayah menyedari kehadirannya di situ.

Katanya, isteri mangsa yang tidur dalam bilik tersedar selepas tembakan itu, namun mendapati suaminya jatuh dan mati di hadapannya.

“Ketika itu, saya berada di rumah di Shah Alam, dan menerima panggilan telefon daripada isteri mangsa memaklumkan khabar buruk itu.

“Apabila tiba di sini, saya mendapat maklumat lanjut kejadian menyayat hati itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Zainuddin, dua anak mangsa iaitu Salmah, 48, dan Abd Aziz, 47, yang tinggal di Keramat dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur dimaklumkan kejadian itu turut bergegas ke kampung mereka, jam 2 pagi semalam.

Katanya, lebih memilukan apabila mangsa rebah dengan keadaan bersujud di tempat kejadian itu. - metro

WANITA PERTAMA....???

on

Rosmah Memang Benar Derhaka Pada Raja...Ada Ke Permaisuri Jadi Penyambut Tetamu Minum Tea Je....???

kah..kah..Rosmah anjur sidang wanita Afrika. Pastu ada hati nak kata dia First Ladies..kah roswah memang kurang ajar. Ini berita yang baru saya dapat...
Dilaporkan bahawa Si Roswah perasan telah bawa 15 First Ladies jumpa Permaisuri Agong yang juga First Lady of Malaysia yang sebenar. Tapi malangnya hanya sekadar minum tea, pastu balik. Permaisuri Agong ibarat tempat persinggahan pencacai Rosmah ini. Lagsung tiada hormat. Sepatutnya Permaisuri Agong bagi ucapan pembukaan, bukannya yang kaki perasan itu..
Ini semua kerja menipu Raja-raja Melayu. Jumpa Permaisuri Agung sekejap je. Tu pun ajak minum tea. Memang kurang ajar. Bahkan kalau tak percaya lagi. Tengok iklan bawah ini. Sanggup si ketot ni guna title first lafy of Malaysia




JPM Gagal Nasihati Rosmah Isu Wanita Pertama

Oleh Suara Keadilan
SHAH ALAM 12 Okt - Tindakan Bahagian Protokol Jabatan Perdana Menteri yang membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama bermula hari ini amat dikesali walaupun sudah terbukti dari segi Perlembagaan beliau bukan Wanita Pertama Malaysia dan tidak berhak menggunakan gelaran itu.

Malah menurut pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tunaku Nur Zahirah.
Perkara 32 (2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Nampaknya isu penting ini tidak dipedulikan walaupun telah mendapat pandangan banyak pihak termasuk pakar Perlembagaan, pengamal undang-undang dan sebagainya.
"Bahagian Protokol adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri, tidakkah Bahagian Protokol menasihatkan Rosmah mengenai penggunaan gelaran 'First Lady'. Sepatutnya bahagian ini menjalankan tanggungjawabnya dan memberi garis panduan kepada isteri Perdana Menteri mengenai isu ini.

"Perlembagaan amat jelas siapa sepatutnya menggunakan gelaran Wanita Pertama iaitu dalam perkara ini Raja Permaisuri Agong," tegas Dr Abdul Aziz yang juga pakar Perlembagaan.
Sidang kemuncak tiga hari itu berakhir 13 Oktober dan mengumpulkan 37 delegasi termasuk 16 Wanita Pertama.

Rosmah akan mempengerusikan sidang kemuncak bertemakan ‘Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok’ yang bertujuan memperkasakan kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa depan.

Kelibat Wanita Kendong Anak Di Lebuhraya....???

on


PEMANDU bas mendakwa pernah ternampak kelibat wanita 
mengendong anak dekat plaza tol Simpang Ampat, Alor Gajah, 
Melaka.





Kelibat wanita berpakaian putih sambil mengendong anak melintas secara tiba-tiba di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka kini dikaitkan dengan kemalangan maut yang berlaku Ahad lalu.
Tinjauan mendapati ada antara pemandu bas ekspres dan pengguna jalan raya yang selalu menggunakan laluan itu mendakwa kawasan berkenaan 'keras' dan kerap dikaitkan dengan elemen-elemen mistik.
Ada yang mendakwa melihat kelibat wanita itu melintas jalan dan ada yang melihatnya duduk di tepi jalan terutama pada waktu malam.
Ia menyebabkan ramai pengguna jalan raya terpaksa membrek mengejut sehingga ada yang gagal mengawal kenderaan yang dipandu.
Pemandu bas Konsortium Bas Ekspres Semenanjung, Rafi Bahari, 38, mendakwa, dia pernah ternampak kelibat wanita tersebut beberapa tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Taiping ke Singapura.
"Ketika melalui kawasan itu pada pukul 4 pagi, saya ternampak kelibat wanita baju putih melintas.
"Saya sempat brek secara mengejut tetapi tidak berlaku kemalangan," ujarnya.

Teoh Beng Hock, Wanita Pertama dan Komanwel

on







Tindak tanduk kerajaan Malaysia kian merisaukan, sikap acuh tidak acuh kerajaan dalam bertanggungjawab terhadap pelbagai masalah dalam negara amat membimbangkan rakyat.  Mungkin kerajaan lupa bahawa warga negara yang layak mengundi terdiri daripada jutaan rakyat yang berakal dan memerhati mereka setiap hari dan bukan hanya penyokong tegar Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.
Rencana kali ini cuba mengupas kembali beberapa peristiwa yang masih menjadi tanda soal dalam benak pemikiran rakyat jelata.  Rencana ini berpandangan mengenai persepsi rakyat yang sudah mula khuatir dengan corak pimpinan yang kian tidak masuk akal, langsung tidak bermotifkan politik seperti cuaca yang melanda Negara sejak 2008.

"Wang Ehsan Wang Judi" Orang Berhemah.....?

on

Pemuda berhemah ketika bahas isu kaum- Reezal Merican



Pergerakan Pemuda Umno akan mengambil pendekatan berhemah dalam membahaskan isu-isu berkaitan kaum Melayu dalam perhimpunan Agung Umno 2010 yang akan bermula Selasa depan. 

Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina berkata, kesemua 13 pembahas terpilih akan sentiasa diingat untuk menghormati bangsa lain di negara ini bagi memastikan isu yang mereka bahaskan tidak diputar belit pihak yang tidak bertanggungjawab. 

"Saya tidak mengenakan sebarang sekatan ke atas mereka mengenai apa yang akan mereka bercakap, tetapi saya akan ketengahkan beberapa perkara," katanya dalam sidang media di sini hari Isnin. 

Katanya, yang penting ketika membahaskan isu adalah untuk mencerminkan kekuatan parti dan juga perpaduan yang kukuh. 

"Kita tidak akan rasis. Tetapi sudah tentu mereka akan bercakap apa saja berkaitan orang Melayu," katanya. 

Perwakilan Pemuda akan membahaskan tiga usul iaitu ucapan dasar Ketua Pemuda, usul ekonomi, pendidikan serta agama. 

Antara pembahasnya ialah perwakilan Pemuda Umno Padang Besar, Razi Abdul Rahman; Ketua Pemuda Umno Jerai, Basorri Hassan; Ketua Pemuda Umno Machang, Eriandi Ismail; Ketua Pemuda Umno Besut, Mohd Mahdi Musa; Ketua Pemuda Umno Balik Pulau, Aziaan Ariffin; Ketua Pemuda Umno Bukit Gantang, Shamsul Alias. 

Ketua Pemuda Umno Bera, Datuk Mohd Azizan Che Omar; Ketua Pemuda Umno Klang, Zainuri Zakaria@Zainal; Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Mohd Rafii; Ketua Pemuda Umno Jempol, Mohd Nizam Aman; Ketua Pemuda Umno Tangga Batu, Mohd Nizam Dawood; Ketua Pemuda Umno Sekijang, Anuar Abd Manap dan Ketua Pemuda Umno Papar, Armizan Ali

Kuota kerusi BN: Pemuda UMNO juga setuju perlu ‘ formula baru’ yang realistik

on



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin juga berpendapat perlu ada ‘ formula baru’ dalam pembahagian kerusi komponen Barisan Nasional menghadapi pilihan raya umum ke 13 dengan lebih cemerlang.
Ini selari dengan pandangan beberapa pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Hishamuddin dan Datuk Seri Khaled Nordin agar BN tidak lagi letak calon disesuatu tempat cuma untuk memenuhi kuota tanpa mengambil kira penerimaan rakyat di kawasan berkenaan.
“Saya rasa kita tidak perlu terikat dengan formula yang lama sebab persekitaran politik telah berubah, kita perlu mengubah cara kita mengagihkan kerusi,” tambah Khairy menjawab soalan Agendadaily tentang keperluan kajian semula dibuat terhadap pembahagian kuota kerusi pada parti komponen BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Khairy bercakap demikian di sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Menara Dato’ Onn,PWTC lewat malam selasa.
Katanya, “saya tidak kata mana parti dapat kurang dan parti mana yang bertambah tapi soal formula yang perlu kita ada keterbukaan untuk membincangkan soal perkara ini.”
Hishammuddin baru-baru ini yang diminta mengulas mengenai pembahagian kerusi BN menganggap ‘TAK PERLU’ dikekalkan sistem kuota pembahagian kerusi kerana lanskap politik kini berubah dan langkah perlu diambil untuk memperbaiki sistem ini mengikut formula-formula yang berpijak di atas bumi yang nyata.
Bagaimanapun Hishammuddin mahu perkara itu dibincangkan secara konsensus oleh BN dengan pendekatan realistik bagi menjuruskan kepada memastikan kemenangan calon-calon BN.
Pada pilihan raya umum ke 12, BN memenangi 140 kerusi Parlimen dari 222 kerusi yang ditandingi dan gagal mendapat dua pertiga majoriti.

Timbul persoalan misalnya calon MIC diletak bertanding kawasan majoriti orang Melayu hingga berlaku undi protes yang menyebabkan BN kalah di situ.
Diminta mengulas lebih lanjut tentang kebebasan berhemah pembahas usul di perhimpunan pergerakan itu, Khairy berkata, “mereka diberi kebebasan berucap dengan penuh kebertanggungjawabannya”.
Menurutnya, pembahas tidak boleh menyentuh soal perkauman, perlu ada batasan dan sekiranya hendak menyampaikan sesuatu mesej perlulah disampaikan dalam cara yang baik dan berhemah.
“Tidak ada apa-apa sekatan, soal tidak bebas maksudnya kalau kita bagi ‘talking point’ dengan hanya menentukan apa yang perlu mereka cakapkan. Kita serah pada mereka, cuma kita bagi garis panduan sikitlah.” ujarnya

Senarai Terakhir Pencalonan 30 Cabang PKR Bakal Tentukan Nasib Nurul Izzah

on

KUALA LUMPUR: Jika baki 30 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) langsung tidak mencalonkan Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti, maka sah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tidak layak merebut jawatan nombor dua itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Molly Cheah memberitahu mStar Online, data lengkap berkaitan pencalonan Nurul Izzah masih tidak diperoleh oleh pihaknya.
Sebaliknya, ia hanya akan diketahui sebaik sahaja kesemua baki 30 cabang parti terbabit menyerahkan senarai pencalonan mereka kepada Ibu Pejabat PKR.
"Saya sendiri tak begitu pasti mengenai kedudukan terkini senarai pencalonan bagi mereka yang layak.
"Setahu saya ada kira-kira 30 cabang lagi yang belum menyerahkan senarai pencalonan," katanya di sini, Selasa.
Molly berkata demikian ketika ditanya mengenai status pencalonan Nurul Izzah bagi bertanding jawatan berkenaan.
Sehingga kini, difahamkan Nurul Izzah hanya menerima satu pencalonan iaitu dari Keningau, Sabah.
Mengulas lanjut, Molly berkata perkara tersebut masih belum dapat dipastikan secara rasmi.
"Saya tak pasti mengenainya kerana kita masih belum terima senarai pencalonan daripada cabang-cabang berkenaan.
"Dalam 30 cabang itu, mungkin ada yang calonkan Nurul Izzah (jawatan Timbalan Presiden) atau mungkin juga tidak... anda kena tunggu senarai rasmi nanti," jelasnya.
Sebelum ini Nurul Izzah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR
Semasa ditemui di Parlimen, beliau enggan menyatakan pendiriannya mengenai perkara berkenaan.

Panas: Isu Ahli PKR Keluar Parti Di Pahang, Satu Sidang Media Bakal Diadakan Di Kediaman Dato' Fauzi Abdul Rahman Pada Pukul 11.00 Pagi Ini !!

on

Susulan laporan media berkenaan insiden 215 orang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Lepar Utara di Cabang Paya Besar keluar parti semalam, maka satu sidang media akan dibuat oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman(foto) hari ini. Sidang media dijangka akan diadakan di kediamannya jam 11.00 pagi ini.


 "Saya merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menerangkan situasi sebenar perkara ini. Walau bagaimana pun PKR Pahang tidak sedikit pun gusar dengan insiden tersebut kerana ia hanyalah satu pembohongan semata-mata. Malah, jumlah ahli yang keluar parti juga turut meragukan dari jumlah sebenar ahli di ranting tersebut. Itu belum termasuk penipuan yang dibuat oleh ketua kumpulan terbabit yang kononnya ahli PKR. Padahal beliau adalah ahli UMNO dan namanya tidak ada langsung dalam senarai ahli PKR di cabang itu", kata Dato' Fauzi.



Penipuan, ahli PKR masuk UMNO atau ahli UMNO yang masuk UMNO ?

Ramainya ahli PKR keluar parti, termasuk si pegawai JASA (baju biru)
"Sebenarnya, isu ini sengaja dimainkan oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman kerana beliau gusar dengan sokongan dan penerimaan rakyat terhadap PKR kini semakin meningkat di cabang itu. Malah, Cabang Paya Besar yang dipimpin oleh bekas orang kanan beliau ketika dalam UMNO dulu iaitu Hj.Zahari Mamat, merupakan antara cabang yang paling aktif di negeri Pahang. 


Malah, saya difahamkan ramai lagi ahli UMNO dan atas pagar yang akan sertai PKR dalam masa terdekat ini sebenarnya. Inilah yang menakutkan Ketua UMNO terbabit, lantaran itulah beliau menggunakan isu ini untuk melemahkan dan menjatuhkan imej PKR di cabang itu dan negeri Pahang khasnya", kata beliau. Dalam kenyataannya juga Dato' Fauzi menegaskan yang beliau langsung tidak hairan dengan tindakan Ahmad Tajuddin itu. Katanya, pemimpimn UMNO itu adalah penyokong kuat Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).


"Semasa pemilihan UMNO sebelum ini, Tajuddin adalah antara pemimpin yang cuba mengangkat Ku Li untuk bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Beliau telah membawa Ku Li untuk berceramah di Paya Besar (Lepar Utara), namun telah dihalang oleh Najib ketika itu. Akhirnya program telah dipindahkan ke Temerloh", Kata Dato' Fauzi lagi.

[Dengan maklumat ini, maka benarlah kenyataan kami yang terdahulu bahawa Ketua UMNO Bahagian Paya Besar (Ahmad Tajuddin) membuat tindakan bodoh ini bagi tujuan untuk mengampu dan membantu kroninya iaitu Tengkua Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang baru saja dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya BN di Pilihanraya Kecil DUN Galas tidak lama lagi.


 Ahmad Tajuddin sengaja mahu menunjukkan kepada rakyat kononnya PKR (Pakatan Rakyat) kini mula ditolak oleh penyokong mereka. Tindakan ini kononnya atas arah Ku Li, demi agenda mereka untuk merampas DUN Galas daripada PAS dalam pilihanraya kecil itu nanti. Tindakan Tajuddin ini memang telah dihidu sebenarnya. Oleh itu, usahlah beliau cuba untuk menjadi juara menarik ahli UMNO dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat. 


Jika pemulangan duit ehsan di Pulau Pinang pun Ketua UMNO Bahagian boleh berlakon sebagai warrga emas, maka apatah lagi dengan isu yang dimainkan oleh Tajuddin ini. Kemungkinan besar, jumlah yang dinyatakan itu langsung tidak wujud. Atau kesemua yang terbabit adalah ahli UMNO yang masuk UMNO sebenarnya. Justeru itu, semua wartawan dan media dijemput hadir ke rumah Dato' Fauzi di Indera Mahkota Kuantan untuk sidang media berkenaan kes ini nanti]. 


PDO

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List