Aura Anwar telah lenyap.....???

on Nov 10, 2010




Zaid mahu Anwar Ibrahim berundur daripada parti, sementara Anwar mendakwa bahawa Zaid merupakan sebahagian daripada usaha bersepadu yang diketuai Dr Asri(Mantan Mufti Perlis) mendesak Anwar berundur daripada politik.

Sementara itu Mansor Othman TKMI Pulau Pinang, mengatakan Zaid bukan lah pejuang, kerana tidak mampu menahan emosi kerana berkemungkinan kalah dalam perebutan jawatan Timbalan Persiden.

Saifudin Nasution pula mendakwa bahawa peratusan perwakilan yang datang mengundi untuk memilih barisan kepimpinan yang sangat rendah disebabkan oleh Zaid.

Zaid semasa masuk PKR disambut HERO kini Zaid telah Zero.

Sememangnya sewaktu Zaid masuk PKR, ramai pemimpin atasan PKR meragui kesetiannya. Sangkaan para pemimpin PKR itu kini ternyata benar. Zaid membongkar semua pekong PKR.

Nampaknya para pemimpin PKR tidak mampu mengatur diri mereka sendiri, apatak lagi menagtur negara, yang kononnya perjuangan mereka adalah merampas Putrajaya dalam PRU-13 akan datang.

Rakyat kini telah tahu dan mengerti, bahawa parti PKR hanya mengutamakan jawatan dalam parti, supaya kononnya melalui jawatan itu menentukan kedudukkan mereka dalam kabinet Anwar Ibrahim.

Semakin tinggi jawatan dalam parti, maka semakin kanan lah jawatan dalam kabinet. Mereka mula mengangan-angan tentang jawatan, sebab itu, melalui pemilihan kepimpinan, mereka mencuba semua cara termasuk memanipulasi pengundian, agar individu-individu yang disukai Anwar akan menang.

Anwar mahu semua pengikut setianya seperti Azmin Ali, Tian Chua menang, kerana, jika pemimpin lain, kemungkinan tidak akan setia, dan jika Anwar masuk penjara, mereka tidak akan memperjuangkan pembebasan Anwar.

Azmin Ali bagi Anwar, perlu menang, kerana Azmin menunjukkan kesetiaan. Kesetiaan Azmin diluar batasan, kerana apapun yang ada pada Azmin, pasti diserahkan kepada Anwar. Anwar ingat itu, kerana itu, semua cara, Anwar gunakan untuk memastikan agar Azmin menang jawatan Timbalan Persiden.

Gejolak dalam PKR kini semakin hari semakin kucar kacir dan sangat melucukan.Aura Anwar telah lenyap.

GUNUNG MERAPI BERBUNYI LAGI.......???

on

                                               Gambar: DEBU Gunung Merapi memenuhi kedai-kedai dan jalan 
                                               di Pekan Muntilan.

Gunung Merapi masih mengeluarkan bunyi gemuruh semalam manakala awan, gas dan serpihan dihamburkan setinggi satu kilometer ke udara.

"Berdasarkan apa yang kita lihat sekarang, ia akan meletus sekali lagi pada bila-bila masa," kata seorang ahli vulkanologi Indonesia, Surono.

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan menyatakan, jumlah keseluruhan kematian akibat letusan itu meningkat dari 138 orang kepada 141 orang semalam.


Peningkatan itu ekoran pasukan penyelamat menemui lebih banyak mayat di kawasan pergunungan.



Pemerintah Indonesia turut meletakkan bandar Yogyakarta dalam keadaan berjaga-jaga ekoran letusan yang masih belum berhenti.

Lapangan terbang di bandar itu masih ditutup semalam dan debu tebal berterbangan di udara menyebabkan penduduk sukar bernafas.

Bagaimanapun, tidak ada arahan daripada pemerintah supaya penduduk meninggalkan bandar Yogyakarta.

Beberapa kampung kecil kelihatan seperti tidak berpenghuni dengan pintu dan tingkap rumah ditutup.

Namun, terdapat pakaian yang dibiarkan di penyidai.

"Apakah pilihan yang kami ada?'' soal seorang penduduk Sukirno, 37, yang menunggang motosikal bersama isteri dan seorang anak perempuan mereka berusia lapan tahun.

Menurutnya, dia akan menetap dengan saudara-maranya yang tinggal jauh dari gunung itu kerana bimbang debu tersebut akan menjejaskan kesihatan keluarganya.

Beberapa pakar menyatakan, ancaman terbesar di bandar itu ialah Sungai Code yang mengalir ke tengah bandar tersebut dari Gunung Merapi.

Sungai itu mungkin membawa lumpur berapi yang mengalir ke sungai apabila hujan sekali gus memusnahkan apa saja benda di laluannya.

Endapan gunung berapi telah memenuhi sebuah kawasan kediaman di tebing sungai.

Hampir 280,000 orang kebanyakannya yang tinggal di cerun gunung telah mendapatkan perlindungan di pusat-pusat kecemasan. Kebanyakan penghuni pusat kecemasan itu mengadu tiada tandas dan bekalan air bersih tidak mencukupi.

Gunung Merapi itu meletus pada 26 Oktober lalu dan ia masih belum berhenti.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengumumkan penghantaran satu briged tentera untuk membantu kerja-kerja bantuan dan pembangunan semula di tengah Jawa.

Pengumuman itu dilakukan selepas Indonesia turut dilanda tsunami pada 25 Oktober lalu ekoran gempa bumi dalam laut sekuat 7.7 pada skala Richter sehingga mengakibatkan 428 orang terbunuh manakala 15,000 lagi hilang tempat tinggal. - Agensi/kosmo

Artis Sembunyi dalam IPD

on

AMPANG: Malu wajahnya dirakam media, pelakon lelaki dan tunangnya yang dibebaskan semalam selepas dua hari ditahan kerana kes dadah sanggup menyembunyikan diri di dalam bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, selama lima jam.

Pelakon berusia 30 tahun itu yang membintangi beberapa drama dan filem antaranya Evolusi KL Drift, ditahan bersama tunangnya yang berusia 24 tahun kira-kira jam 8 malam Jumaat lalu di sebuah stesen minyak berhampiran Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).


Kedua-dua mereka direman dua hari selepas ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine.

Mereka yang direman sehingga semalam, dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan dan keterangannya bersama tunangnya dirakamkan.Difahamkan, proses pembebasan pelakon dan tunangnya itu selesai kira-kira jam 12 tengah hari,

namun seorang saudara pelakon terbabit yang datang untuk menjemput mereka menyedari kehadiran wartawan dan jurugambar lantas memberitahu pelakon itu sehingga menyebabkan dia enggan keluar dari sebuah bilik dipercayai di tingkat tiga bangunan IPD berkenaan.


Berikutan itu, petugas media yang menunggu di IPD berkenaan sejak jam 12 tengah hari gagal merakam kelibat pelakon terbabit dan beredar pada jam 4 petang.

Difahamkan, pasangan terbabit akhirnya keluar dan meninggalkan kawasan IPD itu pada kira-kira jam 5 petang selepas mendapati keadaan sudah ‘selamat’ untuk mereka keluar.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata tempoh tahanan reman pasangan terbabit berakhir pagi semalam dan mereka dibebaskan selepas semua proses dokumentasi selesai.

Beliau berkata, pihaknya selesai menjalankan siasatan terhadap kedua-dua suspek yang direman itu dan keterangan mereka juga sudah direkodkan.

“Kedua-duanya dibebaskan pagi tadi (semalam) dengan jaminan polis, namun mereka enggan keluar kerana mengetahui kehadiran pihak media. Kami tidak boleh memaksa mereka supaya beredar kerana itu hak mereka,” katanya.

Mahkamah periksa kereta yang ditembak 32 kali

on

Pihak pendakwa, peguambela dan hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Latifah Mohd Tahar akan mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kereta Proton Iswara yang dipandu Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis, apabila ia dibawa ke mahkamah esok untuk diteliti.

Ia bagi memudahkan ahli kimia Saari Desa untuk menjelaskan mengenai laluan peluru yang ditemui di kepala mangsa yang berusia 15 tahun.

Peluru tersebut ditemui ahli patologi forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

Sebelum itu, dalam keterangannya, Saari berkata, selepas memeriksa dua submesingun - Heckler dan Koch HK MP 5 - yang digunakan oleh polis yang dikemukakan sebagai bahan bukti, beliau tidak dapat memastikan dari senjata mana peluru itu ditembak.

Petang tadi, Saari memberitahu mahkamah bahawa senjata itu mungkin ditembak dari jarak dekat sejauh tiga meter. Saari juga berkata, beliau menemui 32 lubang peluru pada kereta berkenaan.

Beliau yang juga ketua unit senjatapi dan pengesanan Jabatan Kimia berkata, beberapa butir peluru ditemui dari kereta tersebut, yang telah rosak akibat tembakan.

Katanya, kereta itu dibawa pada 5 Mei 2010, dan beliau memeriksanya sehingga 21 Mei 2010.

Menurutnya, peluru yang membunuh Aminulrasyid ditembak dari belakang, di sudut tembakan 13 darjah ke kiri, mengenai cermin belakang dan menembusi tempat sandar kepala kerusi pemandu.

Di samping itu, terdapat 31 lubang peluru lain yang dikesan pada kereta tersebut.

Sultan Kelantan, MB ke Tanah Suci

on

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V akan berangkat menunaikan haji ke Makkah, esok, kata Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Ahmad.
Dalam kenyataan akhbarnya, beliau berharap semoga Tuanku akan selamat berangkat dan pulang ke tanah air.
“Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan baginda,” ujarnya.
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak juga akan menunaikan haji tahun ini bersama baginda.
Turut serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk  Mohd Shukri Mohamad, dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Sultan Kelantan dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 3.00 petang esok, manakala Tuan Guru dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra penerbangan pertama 6.15 pagi esok.
Tuan Guru ketika ditemui di kediamannya petang tadi berharap, rakyat seluruhnya mendoakan kesejahteraan rombongan ke Tanah Suci agar selamat pergi dan kembali.
“Tak apa tak datang (hantar) ramai-ramai pun, doa pun sudah cukup,” ujarnya sambil tersenyum ceria.
 Sultan Muhammad Ke-V dijadualkan berangkat pulang ke negara ini pada 23 November nanti.

Umno Punca Bangsa Melayu Dihina Sekarang.......???

on




Umnolah yang menjadi penyebab mengapa bangsa Melayu hari ini dihina di tanahair sendiri, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan Naib Presiden Umno, Dato' Zahid Hamidi kepada media.

PAS cuba memberi jawapan kepada Zahid yang tercari-cari punca mengapa hak orang Melayu sering dipertikaikan di buminya  sendiri. Zahid cuba membentuk persepsi orang Melayu kononnya mereka dalam keadaan terancam, dengan harapan mereka akan menyalahkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam isu ini.

Kata Ustaz Idris, ini taktik lama Umno untuk memulihkan tenaga yang semakin lemah dan tidak berpengaruh lagi. Strategi ini adalah seperti kata pepatah Arab "Dia pukul orang, dia mengadu bahawa orang lain pukul dia; dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia", ujarnya lagi

Hakikatnya, tegas beliau, Umnolah yang menyebabkan bangsa Melayu hilang jati diri dan lemah kuasa politik, sehingga mengakibatkan politik dendam yang berlubuk di dalam hati pemimpin parti Melayu itu lebih mengutamakan Umno-Putera, sekaligus Melayu jadi bangsa yang merempat di bumi sendiri.

Jelasnya, Umno cuba memutar-belitkan sejarah di Pulau Pinang kononnya Melayu terpinggir sejak pemerintahan Pakatan Rakyat, walhal Umno-Gerakan lah yang memerintah negeri itu hampir 51 tahun lamanya, sehingga menyebabkan Melayu merempat. 

"Zahid cuba nak salahkan Melayu yang sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur. Hakikat yang berlaku, orang Melayu tidak bertolak ansur, sebaliknya pemimpin Umno yang terlalu bertolak ansur, menyebabkan Melayu terpinggir di negeri sendiri.

"Selama 53 tahun Umno memerintah, mereka gagal untuk mengangkat martabat orang Melayu di negara ini. Banyak dasar-dasar yang dibuat cantik, tetapi oleh kerana pelaksanaannya yang diberikan kepada pemimpin ynag mengkhianat amanah ini maka akhirnya semuanya gagal," tegas beliau.

Ustaz Idris mendakwa, pemimpin Umno sepatutnya malu kepada pemimpin parti lain di negara ini yang gagal mengangkat mertabat bangsa sendiri. 

"Ke mana pergi nilai saham khas Bumiputera RM54 bilion? RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion. Ke manakah pergi tanah rezab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957? Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar," soal beliau.

Katanya, Umno sebenarnya tidak layak untuk menjaga hak orang Melayu, ia ibarat seperti menyuruh serigala menjaga kambing. 

"Sudah sampai masanya Umno berundur dan orang Melayu pula meninggalkan parti itu dengan menyertai PAS sebagai ganti kepada Umno yang nazak," pintanya.

Part 2 : Nurul Izzah: Dia bukan Anwar kalau tak berjuang untuk kepercayaannya

on

"Saya dizalimi, Nurul Izzah.  Bapa akan lawan.  Bapa akan pastikan keadilan terlaksana..."  Demikianlah kata-kata yang ringkas, disampaikan melalui telefon oleh Anwar Ibrahim kepada anak sulungnya, Nurul Izzah pada malam sebelum 2 September 1998.
Peristiwa yang berlaku selepas panggilan telefon itu mengubah hidup seorang penuntut semesta pertama Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak.  Berakhirlah fasa hidup Nurul Izzah sebagai anak Timbalan Perdana Menteri, memulakan pengalaman hidup yang baru - menyaksikan bagaimana bapanya dizalimi oleh satu regim yang disertainya untuk 16 tahun.

Ironinya, Nurul Izzah hanya bangga sebagai anak Anwar Ibrahim selepas peristiwa pemecatannya dari jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan.  Nurul sebenarnya berasa malu, agak segan untuk diketahui identitinya sebagai anak TPM.  "Kita tak tahu sama orang berkawan dengan kita, kerana dasar diri kita ataupun latar belakang ayah kita, keluarga kita?  Jadi tentunya saya lebih selesa mengamalkan hidup yang low profileitu...," jelasnya.

Kebanggaan jadi anak Anwar Ibrahim

"Tetapi selepas ayah saya diperlakukan dengan zalim, menjadi tahanan politik, baru saya merasai kebanggaan menjadi anak Anwar Ibrahim," katanya dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 3 November 2010, yang berlangsung di kafe ahli Parlimen untuk kira-kira 45 minit.
Nurul Izzah (gambar kanan) meneruskan, "Kerana saya nampak... Saya nampak dengan mata saya sendiri bagaimana beliau begitu berani perjuangkan prinsip, berani tidak meletakkan jawatan, berani melawan, semua ini yang kita harapkan daripada ayah dan ibu kita untuk mengajar kita.  Mereka tak boleh melindungi kita selama-lamanya.  Mereka hanya boleh beri contoh bagaimana nak menangani cabaran."

Namun, Nurul semestinya tidak naif pada usia 18 tahun ketika itu, dan sudah tentunya beliau mampu meramalkan apa risikonya untuk melawan satu regim yang berkuasa untuk puluhan tahun.  Apakah niat timbul untuk memujuk agar bapanya tidak melawan?

Part 1 : Pujian untuk memperalatkan Nurul Izzah.....???

on

Mungkin tidak keterlaluan seandainya keluarga Anwar Ibrahim diberi gelaran Keluarga Pertama Reformasi.  Bekas Timbalan Perdana Menteri ini dipecat dari jawatannya pada tahun 1998, dan kemudian isterinya pula menggalas gerakan Reformasi yang dicetusnya.  Sementara keluarga ini menerima impak secara langsung daripada pergelutan kuasa negara, riak muka anggotanya pula mencerminkan wajah politik tanahair.

Reformasi selepas tsunami politik 8 Mac 2008 telah memasuki fasa barunya.  Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memikul harapan untuk menawan Putrajaya bersama Pakatan Rakyat - kini sedang melalui proses pemilihan dalam partinya.  Sekali lagi, interaksi dalam "Keluarga Pertama Reformasi" ini menjadi tumpuan media.
Malah, keluarga ini dikatakan bercanggah pendapat dalam isu penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, yang ditafsir umum sebagai "pengganti Anwar" pada masa depan.  Azmin Ali, meskipun diiktiraf sebagai "pengikut setia" Anwar Ibrahim, "diuji dan teruji" sepanjang 12 tahun, dikatakan tidak disenangi Presiden PKR Wan Azizah Ismail, bersama anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar.

Anwar: Ada orang cuba memperalatkan Nurul

Barangkali ia sekadar persepsi, tapi mungkin juga ia strategi.  Zaid Ibrahim, bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri yang menyertai PKR pada Jun 2009, berdolak dalik apabila Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim mengumumkan hasrat untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden.  Zaid Ibrahim yang sebelum ini "sanggup memberi laluan kepada Khalid Ibrahim", mengubah pendirian untuk memberi laluan kepada Nurul Izzah, seandainya ahli poltik berusia 30 tahun ini sudi bertanding untuk kerusi kedua dalam parti.

Malah, Zaid Ibrahim tidak kedekut untuk memberikan pujiannya, "Saya melihat Nurul sebagai satu nafas baru dalam parti, orang muda yang boleh menarik keahlian baru yang lebih dinamik dan profesional, saya akan menyokong dan membantu beliau serta tidak akan merumitkan peluang beliau menang." (dipetik daripada laporan Malaysiakini)
Ia membuka lembaran pertikaian sama ada Nurul Izzah layak untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden.  Nurul Izzah bagaimanapun tetap enggan menyinggung Zaid Ibrahim, sebagaimana yang dilakukan pemimpin lain dalam parti - pendirian berkecuali yang cukup diplomatik dari satu segi, tetapi pada masa yang sama meletakkan bapanya dalam keadaan yang tidak begitu selesa.

Kalau Zaid Trojan Horse, Apa Pula Gelaran Untuk JPP ??

on




Apakah sebenarnya yang menyebabkan kebanyakkan ahli dan pimpinan yang tidak menyebelahi team Azmin-Anwar melenting dan kecewa dengan Pemilihan 2010 Parti Keadilan Rakyat? Adakah sebab yang remeh temeh sehingga Zaid Ibrahim menarik diri dari pertembungan jawatan nombor 3 parti? Adakah kerana isu ketidak-telusan yang sengaja diada-adakan sehinggakan Zaid dan Mustafa Kamil sampai hati untuk mendesak Azmin dan Anwar berundur?

Sememangnya apa yang dilakukan oleh Zaid-Mus pada sidang akhbar pagi tadi iaitu mencadangkan Anwar dan Azmin berundur boleh dikatogerikan sebagai tindakkan yang keterlaluan. Ia juga seumpama mendekatkan lagi persepsi yang mengatakan Zaid adalah trojan horse kerana kesinambungan menyuruh Anwar berundur dari kaca pemikiran Dr Maza sebelum ini.

Saya sama sekali tidak setuju dengan pendekatan yang diambil oleh Zaid dalam konteks mempertahankan diri disulam serangan balas. Tetapi, tidak setuju dengan tindakkan Zaid bukan bermakna saya bersetuju dengan hasil demokrasi Pemilihan 2010.

Perjalanan Pemilihan 2010 yang baru melepasi minggu yang kedua memberi petunjuk jelas betapa besarnya keraguan yang tersuluh tetapi tiada langsung tindakan susulan diambil untuk masalah itu disiasat dan diselesaikan, seolah-oleh memang wujud tangan ghaib yang menentukan kemenangan di satu pihak. Banyak kepincangan yang berlaku itu dihidu dan diketengahkan tetapi tidak mendapat respon yang sewajarnya.

Bagaimana begitu banyak ketirisan dan penipuan dalam Pemilihan 2010 itu berjaya dikesan? Janganlah kita lupa, bagaimana kita berhadapan dengan ratusan pilihanraya kecil dan besar. Pilihanraya dan pemilihan parti itu tidaklah jauh berbeza, begitu jugalah dikatakan badan yang menguruskan pemilihan itu - SPR dan JPP.

Semua ahli dan kepimpinan Keadilan pastinya mempunyai banyak pengalaman dan pengajaran setiap kali berhadapan dengan SPR dalam pilihanraya kecil mahupun PRU. Sedarlah bahawa kita sudah acap kali belajar bagaimana untuk mengesan penipuan yang dilakukan oleh badan pilihanraya se'profesional' SPR. Di atas banyak pengalaman menghadapi SPR, kita ahli bawahan mempraktikkan amalan yang sama ketika pilihanraya sebenar dalam Pemilihan 2010, untuk memantau supaya pemilihan parti yang bertemakan '1 ahli 1 undi' dijalankan dengan bersih dan tanpa penipuan dalam pengundian.

Oleh sebab itu, Jawatankuasa Pemilihan Parti berhadapan risiko yang besar sekiranya ada cubaan untuk memenangkan sebelah pihak dengan cara menipu kerana ahli-ahli Keadilan khasnya dan Pakatan Rakyat umumnya, telah teruji dalam banyak pilihanraya dan mereka boleh disifatkan sebagai kalis penipuan dalam mana-mana bentuk pemilihan.

Oleh itu, apa alasan yang diberikan oleh penghulu pemilihan asalkan ianya mempunyai unsur tidak logik sepertimana alasan-alasan SPR, pastinya JPP akan berhadapan banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat dijawab dengan fakta, tetapi auta.

Saya beri satu contoh yang saya rasa lain orang tidak sempat terfikir apa yang saya fikir. Kata-kata Saifudin saya ambil sebagai rujukan; 

“Borang yang Haris dedahkan itu adalah minggu lepas punya, sepatutnya sudah dihapuskan. Lagipun, warna borang minggu ini adalah berbeza dengan warna minggu lepas. Kalau (didakwa) ada jual beli kertas undi, mana kertas undi minggu ini" - Saifuddin Nasution

Sekarang cuba saudara fikir, kertas undi tersebut mempunyai blueprint yang standard, melainkan kertasnya dikatakan berubah warna untuk pengundian di minggu kedua (berbanding minggu pertama). Persoalannya, apakah memang telah dirancang kertas undi di Sabah menggunakan kertas warna biru atau hijau? Jangan kita lupa, kertas undi di minggu pertama adalah berwarna putih, berkemungkinan sekiranya tiada pendedahan Haris, kertas undi di minggu kedua (Sabah) juga akan berwarna putih!

Apa yang susahnya untuk mengubah skop pengundian minggu kedua, dengan hanya menukar warna kertas sedangkan softcopynya sama (kecuali no siri yang biasanya akan dicetak kemudian). Ciri keselamatan yang diperkatakan oleh Saifuddin tidak ubah seperti satu ciri keselamatan untuk memastikan penipuan itu tidak dilihat sebagai menipu! Saya ulang, ciri keselamatan itu sebenarnya adalah ciri keselamatan untuk menyelamatkan sebarang sabotaj terhadap penipuan JPP sepertimana pembongkaran Haris Ibrahim. 

Saya juga difahamkan, banyak aduan telah dilapor walaupun sebelum minggu pengundian bermula tetapi JPP tidak langsung menghiraukan keresahan-keresahan mereka yang melihat ketirisan dalam pemilihan akan berlaku. Walaupun telah ada banyak aduan, walaupun ada laporan penyelewengan ketika di peringkat MATC prosen pencalonan, JPP tidak bertindak dengan lebih wajar untuk meredakan kekhuatiran ahli yang mahukan ketelusan dalam minggu pengundian sebenar.

Akhirnya, perasaan meluap itu meletup bila mana dapat di lihat dalam banyak situasi, gabungan Azmin-Anwar mendapat terlalu banyak manfaat dari kelemahan JPP. Atau JPP itu sengaja dilemahkan untuk membantu kem Azmin-Anwar dan juga Shamsul Iskandar.

Lihatlah maklumat di bawah, betapa lemahnya JPP daripada menghalang kemungkinan-kemungkinan undi dimanipulasi untuk pihak Azmin-Anwar;

1. Kelewatan Membuka Pusat Mengundi

Kelewatan melampau pasukan petugas membuka pusat mengundi jelas berlaku di beberapa Cabang pada hari pertama pemilihan. Contohnya di Kota Baharu dan Tumpat di Kelantan hampir dua jam daripada waktu yang ditetapkan iaitu 10.00 pagi.

Ramai pengundi terpaksa menunggu lama dan oleh kerana hari tersebut ialah Jumaat, ramai meninggalkan pusat mengundi untuk solat Jumaat dan terus pulang ke rumah. Kehilangan pengundi bagi kedua-dua cabang ini dianggarkan setiap satu lebih kurang 250 pengundi.

Kelewatan juga berlaku di beberapa Cabang lain seperti Langkawi, Lenggong dan Alor Setar. Walaupun aduan dibuat, JPP tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pengawas yang datang lewat malah menafikannya.

2. Pengawas Kelihatan tidak Bersikap Berkecuali

Sebilangan anggota JPP (termasuk Ketua Pengawas) kelihatan tidak berkecuali dalam menjalankan tugas. Ada yang memakai lencana salah seorang calon Timbalan Presiden (rakaman foto diperolehi).

Kami juga menerima Laporan seorang Ketua Pengawas Pusat pengundi dilaporkan secara terbuka memaksa pengundi mengundi salah seorang calon Timbalan Presiden semasa menjalankan tugasnya.

3. Penipuan semasa Proses Undi

Jumlah undian yang diistiharkan oleh JPP bagi pemilihan MPP Cabang Kubang Pasu tidak menyamai jumlah sebenar kedatangan pengundi seperti dalam buku daftar pengundi. Mengikut rekod buku daftar yang hadir 84, manakala keputusan yang diistiharkan oleh pengawas ialah 76 untuk DZ, 80 untuk AA dan 2 untuk Mustapha. Apabila disoal, beliau mangatakan yang hadir 158, tetapi apabila dibantah, keputusan diubah menjadi DZ dan AA mendapat 81 dan 2 untuk Mustapha.

Keputusan di Libaran, Sandakan amat mencurigakan kerana jumlah kehadiran amat tinggi daripada keadaan sebenar semasa mengundi. Lebih-lebih lagi jumlah kehadiran semasa MATC jauh lebih rendah.

Terdapat perbezaan ketara antara jumlah undi dengan jumlah kehadiran di peringkat MATC seperti di Hulu Selangor, Kelana Jaya, dan Klang.

Di Cabang Alor Gajah, ada surat pengakuan daripada ahli yang mendakwa beliau telah diberi kad ahli orang lain untuk mengundi.

Di Kelana Jaya, semasa MATC, pengundi dibenarkan mengundi walaupun terdapat perbezaan data-diri dalam buku daftar pengundi.

Di Cabang Merbok (ada rakaman gambar) menunjukkan Pengawas memangkah kertas undi serta mengarahkan pengundi memilih calon tertentu.

Di Cabang Bayan Baru dan Kubang Pasu, Pengawas mengarahkan pusat mengundi ditutup selama setengah jam selapas tamat tempoh mengundi. Dalam tempoh tersebut, tiada wakil calon dibenarkan berada dalam pusat mengundi. Wakil calon hanya dibenarkan masuk apabila proses pengiraan dimulakan.

Di Cabang Langkawi, AJK Cabang menyediakan dan mengisi borang bagi pendaftaran ahli baru dan ada yang terus dibenarkan masuk mengundi.

Perkara di atas adalah hanya sebahagian daripada banyak lagi aduan dan kejadian yang telah dilaporkan oleh beberapa pihak kepada JPP.

Laporan di atas saya petik dari Ureka. Sekarang siapa nak jawab persoalan-persoalan yang timbul seperti di atas apabila dapat kita lihat JPP sendiri tidak boleh diharap!
Perkara yang lebih teruk bakal berlaku sekiranya Mustafa Kamil benar-benar mengikut jejak langkah Zaid Ibrahim dengan menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden. Maka tinggallah Azmin bermain sendirian. Bayangkan jika parti ini melalui satu pemilihan di mana, Presidennya menang tanpa bertanding, Timbalan Presidennya memang tanpa bertanding, ketua sayap wanitanya menang tanpa bertanding dan ketua angkatan mudanya juga menang tanpa bertanding. Apakah maknanya demokrasi jika ini berlaku?
Mujurlah seorang lagi calon aliran bertentangan dengan Azmin masih bertekad untuk meneruskan pencak pertandingan bagi jawatan Ketua AMK. Tanpa menghiraukan pertembungan Timbalan Presiden, Chegubard mengambil peranan dalam menenangkan ketua-ketua Cabang dan AMK yang rata-ratanya kecewa dengan apa yang telah berlaku. Malah Chegubard akan lawan habis-habisan walaupun bakal berdepan dengan lebih banyak penipuan yang mahukan beliau tersungkur.
Kita semua tahu, orang-orang di sekeliling Anwar tidak mahu ikon anak muda ini bangkit dengan sokongan majoriti pemuda. Datuk Kamarul MP Teluk Kemang sendiri mempertaruhkan jarinya untuk dikerat sekiranya Chegubard menang Ketua AMK (yang mana YB Kamarul adalah tangan kanan Azmin). Menghalang Chegubard adalah salah satu misi mereka. Persetankan semua itu kerana semangat melawan yang ada dalam diri Chegubard tidak kenal erti mengalah kepada kebejatan!!
Kini tidak banyak pilihan mewah yang dipunyai oleh parti harapan rakyat. Hanya satu jalan selamat untuk memastikan parti ini kekal relevan di mata rakyat iaitu dengan bersedia mengulang semula pemilihan parti ini di kala waktu yang lebih sesuai setelah semua kelemahan yang dipertonjolkan dan setiap aduan yang dilaporkan dibuat bedah siasat. Tidak salah rasanya kita belajar dari kelemahan dan kesilapan kerana sesungguhnya kita masih punya harapan untuk membetulkan keadaan sekiranya satu tindakkan amat drastik dilakukan demi menyelamatkan parti.
Bubarkan JPP! Gantikan mereka kepada individu yang lebih dipercayai untuk bertindak dengan lebih cekap dan adil. Parti Keadilan Rakyat pastinya mempunyai ramai ahli dan pemimpin yang berkebolehan, kerana kita jauh lebih hebat dari UMNO dalam konteks ketelusan - atau ianya hanya retorik semata-mata. Ini adalah satu teguran keras dari seorang penulis blog yang jinak. Berubah atau kami yang ubah !! Baca di sini samada ingin diketahui kiranya menyertai UMNO itu satu pilihan atau satu kematian.

Zaid bukan pejuang sebenar kata Mansor.......???

on

mansor othman and penang
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim bukan pejuang sebenar, kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

Mansor yang bertanding bagi satu daripada empat jawatan naib presiden berkata Zaid tidak dapat menangani tekanan daripada anggota parti di peringkat akar umbi.

"Saya tidak fikir Zaid seorang pejuang sebenar kerana apabila beliau menghadapi tekanan, beliau menyerah kalah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Dewan Undangan Negeri Pualau Pinang hari ini.

Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri (I) berkata, apabila Zaid mendapati bahawa peluangnya tipis untuk menang, beliau menarik diri.

"Beliau (Zaid) tidak menghadapi tekanan daripada pimpinan parti tetapi suara-suara akar umbi memberi petunjuk bahawa beliau mungkin kalah, jadi beliau menarik diri," katanya.

Mengenai dakwaan Zaid berhubung manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil, Mansor berkata jika ada, beliau sepatutnya membangkitkan perkara itu melalui saluran yang betul dan bukan melalui media.

"Kita sepatutnya tidak menggunakan media untuk menyerang parti, tetapi membawa isu berbangkit pada mesyuarat parti untuk penyelesaian," katanya.

Bagaimanapun, Mansor yang kecewa dengan keputusan Zaid, juga mengakui bahawa parti itu kini dalam dilema bagi menangani masalah anggota baru parti yang mencari kedudukan.

"Mereka masih baru di dalam parti dan apabila gagal dalam cubaan untuk mendapatkan jawatan dalam parti, mereka membenarkan diri mereka dikawal 'musuh' untuk menyerang parti," katanya.

Bukan kah orang ini yang jadi backup DSAI masa PRK Permatang Pauh dulu... Kalau aku silap betul kan aku..... Ya lah takut takut kalau pencalonan DSAI ditolak.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List