Nik Aziz :- Cukup sempoi dan cool

on Sep 18, 2012



GAMBAR YANG WAJIB DIHEBAHKAN SEBAB SEMUA MEDIA ARUS PERDANA MILIK DAN KAWALAN UMNO DAH PADAMKAN DARI PENGETAHUAN UMUM!!!



Gambar Mursyidul Am PAS dan merangkap Menteri Besar Kelantan YAB TGNA bersama isteri menaiki keretapi atas urusan rasmi.

Cukup sempoi dan cool.



Photobucket

DAPAT HADIAH BLACKBERRY TIRUAN BUATAN NEGARA CHINA

on




Seorang kerani kesal dan merasa tertipu apabila mendapati hadiah cabutan bertuah berupa seunit telefon pintar Blackberry, yang diterima dalam sebuah program yang diadakan di Padang Astaka, Taman Bandar Chukai, di sini, bukanlah telefon asli sebaliknya buatan China. Mohd Zulkifli Draman, 25, yang menetap di Mak Chili berkata, walaupun dia tidak membayar apa-apa untuk menyertai acara cabutan bertuah itu tetapi sebagai pengunjung yang dijanjikan dengan hadiah lumayan, dia terkilan seolah-olah ditipu oleh pihak pengurusan acara program berkenaan.

Katanya, dia menerima hadiah berkenaan kira-kira jam 10 malam, Sabtu lalu, hari pertama program itu berlangsung dan apabila tiba di rumah sejam kemudian, dia terkejut kerana mendapati Blackberry yang diterima pelik kerana bersaiz agak besar serta mempunyai nombor siri berlainan dengan yang tertera di kotak selain tidak mempunyai ruang untuk kad memori.

“Jadi keesokannya, saya bawa telefon itu untuk diperiksa di kedai telefon di Kompleks Beli-Belah Centre Point Kemaman dan pemilik kedai telefon memaklumkan bahawa saya individu keempat datang bertanyakan telefon seperti itu.

"Malah, pemilik kedai itu mendakwa tidak pernah melihat model telefon bimbit itu sepanjang 20 tahun berniaga," katanya.

Berasa tertipu dengan penganjur berkenaan, Mohd Zulkifli kemudiannya membuat laporan polis kira-kira jam 7.21 petang di Balai Polis Chukai, sebelum pergi semula ke lokasi penganjuran program bagi mendapatkan penjelasan pihak pengurusan acara.

Pun begitu, Mohd Zulkifli, mendakwa apa yang dikesalkan pihak pengurusan acara itu hanya melayannya acuh tidak acuh sambil memberitahu mereka juga turut ditipu.

“Apa yang saya terkilan pengurus acara mengumumkan bahawa hadiah adalah telefon Blackberry. Jika mereka tahu telefon itu bukanlah original jangan umumkan kepada awam bahawa pengunjung bertuah akan mendapat telefon model itu.

“Saya melihat kes ini seperti sudah dirancang dan saya membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan kerana sebagai sebuah program yang dianjurkan oleh salah sebuah kementerian seharusnya perkara sebegini tidak berlaku. Program berkenaan berlangsung pada 8 dan 9 September lalu,” katanya.

Katanya, pada bahagian belakang telefon berkenaan tertera perkataan CDMAby Qualcomm dan ia membuktikan bahawa telefon berkenaan bukanlah yang asli.

“Sebaliknya jenama Blackberry tertera pada bahagian hadapan telefon untuk mengaburi mata orang ramai,” katanya lagi.


Photobucket

Nama Soi Lek Disebut Bantu Rundingan Dana Kebajikan PM Libat Komisyen RM200,00

on






Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, merupakan individu  disebut dalam rundingan geran bantuan kerajaan bernilai RM500,000 dari Perdana Menteri kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia.
Bagaimanpun, rundingan tersebut menetapkan sebanyak 40 peratus atau RM200,000 haruslah dibayar kepada sebuah syarikat yang ditetapkan.
Demikian menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin kepada TV Selangor hari ini.
Badrul Hisham memberitahu, nama Soi Lek disebut di dalam minit mesyuarat Persatuan Bekas Polis Malaysia.
“Dalam dua minit mesyuarat ada disebut dengan jelas nama Chua Soi Lek sebagai orang yang membantu untuk persatuan mendapat dana geran bantuan kebajikan dari Perdana Menteri Malaysia.
“Dalam minit mesyuarat yang sama juga ada disebut satu nama syarikat yang harus dibayar 40 peratus sebagai komisyen kepada orang perantara,” beritahu Badrul Hisham.
Bagaimanapun beliau tidak dapat mendedahkan nama syarikat yang menerima komisyen bantuan kebajikan tersebut.
“Saya boleh dedah setakat itu sahaja kerana SPRM ingatkan saya dan saya juga tandatangan akujanji tersebut sebab kalau saya dedahkan lebih terhadap dokumen yang saya serahkan kepada SPRM, mengikut akta yang ada, saya boleh  dipenjara dua tahun atau denda RM10,000.
Sebelum ini, pada 16 September lalu, satu laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  dibuat Badrul Hisham berhubung isu komisyen geran bantuan kebajikan ini.
Antara lain laporan tersebut turut menyatakan pembayaran kepada syarikat penerima komisyen itu dibuat melalui 10 keping cek dari Persatuan Bekas Polis Malaysia.

sumber
Photobucket

Ketua Wanita MIC dakwa kena culik, diserang kerana enggan lepas jawatan

on




Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes Ketua Wanita MIC Bahagian Pasir Gudang, K.Sundari, yang mendakwa dirinya diculik dan diserang kerana enggan melepaskan jawatan dalam parti itu.

“Ini kesalahan yang serius dan kita akan siasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik," kata Ketua Polis Johor, DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata pihaknya akan menyiasat kes dari semua sudut.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan baru-baru ini bahawa Sundari telah diculik seorang wanita ketika bersembahyang di sebuah kuil di Plentong pada 10.30 malam 5 Mei lalu dan dibawa ke suatu tempat terpencil sebelum dikatakan ditampar, ditendang dan diugut.

Mangsa kemudiannya dikatakan ditinggalkan di sebuah tanah perkuburan Islam di kawasan Cahaya Baru di Masai di sini.

Sundari mendakwa penculik berkenaan yang disertai dua lagi wanita dan seorang lelaki memaksanya menurunkan tandatangan dan nombor kad pengenalan di atas tiga keping kertas bersaiz A4 selain mengambil wang tunai RM170 daripadanya.

Sumber: Bernama.com


Photobucket

Penoreh getah maut terkena tembakan

on




Seorang wanita yang bekerja sebagai penoreh getah, maut terkena tembakan yang dilepaskan sekumpulan lelaki yang terlibat dalam satu pergaduhan berhampiran rumahnya di Ladang Bukit Lembu, Gurun dekat Sungai Petani malam tadi.
    
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, K. Kalyani, 57, dikatakan sedang berehat di hadapan rumahnya bersama suami dan anggota keluarganya yang lain.
    
Suami mangsa, M. Thannimalai, 63, berkata dia terdengar deruman enjin motosikal dan kereta memasuki kawasan rumah mereka dan kumpulan lelaki itu turut membuat bising di situ.
    
"Saya terdengar bunyi tembakan namun tidak menyangka salah satu tembakan itu mengenai isteri saya. Saya hanya menyedari apabila melihat isteri saya, yang berada tidak jauh dari saya, jatuh dan darah mengalir laju membasahi kawasan dia rebah," katanya kepadaBernama ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani hari ini.
    
Katanya salah seorang anaknya, Kathiraven, 23, turut cedera akibat ditetak kumpulan itu dan kini masih dirawat di HSAH.
    
"Kami tiada bermusuhan atau berhutang dengan orang dan saya memang tidak menyangka kejadian ini akan berlaku sehingga menyebabkan kematian isteri saya. Selain Kathiraven, kami ada tiga lagi anak berusia 15, 17 dan 18 tahun," katanya.
    
Dua lagi mangsa cedera akibat ditetak menggunakan senjata tajam dalam kejadian berkenaan, turut dirawat di HSAH.
    
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung satu kejadian rusuhan melibatkan sekumpulan 15 hingga 20 individu di Ladang Bukit Lembu pada pukul 11.45 malam.
    
"Pergaduhan bermula di tepi jalan, dan salah seorang mangsa yang cedera, cuba membantu saudaranya yang terlibat dalam pergaduhan itu namun kereta yang dinaikinya terbabas dan dia ditetak selepas ditarik keluar dari kereta.
    
"Kumpulan terbabit kemudiannya memasuki kawasan perumahan dan melepaskan tembakan mengenai pipi seorang wanita yang tinggal di situ, selain turut mencederakan anaknya menggunakan senjata tajam," katanya.
    
Katanya mangsa yang terkena tembakan rebah dan maut di tempat kejadian manakala tiga lelaki yang cedera, dihantar ke HSAH untuk rawatan dengan dua daripadanya dilaporkan dalam keadaan stabil.
    
"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kita percaya, selain melibatkan kes dadah, ada beberapa perkara lain yang akan kita kenal pasti menerusi siasatan yang akan dibuat.
    
"Kita percaya ia kumpulan tempatan dan pada dasarnya, kita sudah mengenal pasti beberapa suspek dalam kes ini, berdasarkan keterangan yang diberikan saksi kejadian," katanya.

- Bernama



Photobucket

GENDANG PERANG TELAH DIPALU

on





AKTA KETERANGAN 114
najib dari saudi arabia
telah menghantar pandangan
bahawa AKTA KETEANGAN 114 wajib dikaji semula

pulang ke malaysia semua berubah

tetiba rais yatim bersuara
teriba nazri bersuara
semua menentang najib

apa yang sebenarnya berlaku?

dari sumber dalaman:
kabinet telah berbincang hangat
najib telah diberi ingatan oleh muhyiddin
perbalahan hangat dalam kabinet
muhyiddin dilihat lebih trampil
muhyiddin dilihat berani dan bijak
berbanding dengan najib yang lembik


MADEY BERPUSING PUSING
dari sumber dalaman
madey kini telah banyak
bertemu dengan ketua bahagian
dan gedebe gerombolan

isi ucapan:
jangan pentingkan sapa jadi pm
yang penting menang dulu

apa maknanya ini?
maknanya najib akan diguddam






POSTER MUHYIDDIN
ini bukan kerja aktivis pakatan
ini bukan kerja spin
poster ini tersebar luas di johor

seorang aktivis pkr
telah mendapat poster ketika disebar di masjid

MAT SABU DAN POSTER
mat sabu pula menerangkan 
bahawa poster ini juga 
tersebar luas di pulau pinang dan di kedah

apa makna nya?

maknanya GTN - gerakan tendang najib
sedang beegeark secara terancang




NAJIB DAN ROHINYA
sila baca berita dlam bi
tentang ucapan madey mengenai rohinya

ini hanya alasan
kerana dalam berita ini
madey telah menyelar dan perli najib
yang takut dan tak berani bersuara
mengenai rohinya

APA MAKNANYA SEMUA INI KEPADA PAKATAN
jika muhyiddin ambil alih sebelum pru13
pakatan rakyat akan meghadapi kesusahan
ini kerana imej muhyiddin baik
ada latar belakang agama
dan isteri muhyiddin tidak dibenci
saperti satu malaysia mengutuk rosmah

akan timbul suasana popular
macam mat zzz ambil alih dari firauan

ini dilema pakatan sekarang!




PM MINTA KABINET KAJI PINDAAN KETERANGAN 1950 - meloya
Aug 15, 2012a

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta Kabinet membincangkan semula pindaan Akta Keterangan 1950 berikutan bantahan meluas pada Selasa di kalangan warga siber.

“Apa yang kita lakukan kita harus meletakkan kepentingan rakyat sebagai yang pertama,” katanya dalam satu mesej Twitter pada Selasa.

Najib berkata demikian dalam twitter dari Arab Saudi – di mana beliau sedang menghadiri Pertubuhan sidang kemuncak Kerjasama Islam (OIC).


PM SHOULD SPEAK OUT FOR ROHINGYA , SAYS MAHATHIR - mkiniM 
Sep 17, 2012

Mahathir Mohamad has called on Prime Minister Najib Abdul Razak to highlight the plight of Burma’s ethnic Rohingya community on the international stage.

"I think he (Najib) is in contact with the other leaders of Asean. If he wants, he can also contact US President Barack Obama, the UK prime minister and the German chancellor or whoever he wants to contact in order push this resolution forward.

"I think he can do a lot of things that are not harmful to him," he told a press conference in Kuala Lumpur after an international on their problems.

The conference today titled "International Conference on the Plight of the Rohingya: Solution?" was organised by the Perdana Global Peace Foundation (PGPF), which was founded by Mahathir.


NOTA:
kes suaram ini
bertujuan untuk membuka kes najib
kes ini akan melondehkan kes komisen
scorpene dan pembunuhan altantuya

siapa yang merancang kes ini?

pembaca wajib tahu
bukan inin juga azilah dan sirul
akan di bawa ke mahkamah sekali lagi
untuk membuat rayuan hukum mati

najib pasti berdebar-debar!


dari sumber
Photobucket

Peserta BERSIH bebas tuduhan sertai himpunan haram

on



21 orang termasuk Tony Pua (tiga dari kiri) dilepaskan oleh
mahkamah kerana gagal dibuktikah bersalah.
Turut hadir menyokong adalah penasihat DAP Lim Kit Siang (tengah).



21 orang termasuk ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini didapati tidak bersalah dan dibebaskan atas dakwaan kes perhimpunan haram ulangtahun pertama Bersih pada tahun 2008.
Hakim Hayatul Akmal hari ini memberi keputusan tersebut selepas mahkamah mendapati pihak pendakwa tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa penganjur perhimpunan tersebut.
Gobind Singh Deo yang mengetuai pasukan peguam pembelaan berkata, beliau amat gembira dengan keputusan yang diputuskan oleh mahkamah sesyen hari ini.

“Pihak pendakwa jelas tidak mempunyai bukti yang kukuh bahawa penganjur membuat sebarang kesalahan. Jadi saya berharap peguam negara tidak akan merayu untuk kes ini.
“Kemenangan ini sangat menggembirakan memandangkan kami telah berada di dalam kes ini sudah hampir tiga tahun,” kata Gobind, yang juga ahli parlimen Puchong.TMI


Photobucket

Lobang Pintu Gerbang Neraka Terbuka di Guatemala sangat mengerikan

on


neraka


Lubang maha dahsyat ini muncul minggu lalu di perempatan jalan Ciudad de Guatemala. Lubang ini merupakan gejala alam yang terjadi sebagai akibat lapisan-lapisan tanah (yang terdiri dari batu kapur, batu soda dan bebatuan lain) dierosi oleh arus air bawah tanah.

Proses erosi ini sebetulnya terjadi sangat lambat, namun kadang-kadang tanah bisa tiba-tiba ‘amblas’ tanpa ada tanda-tanda sebelumnya, seperti yang terjadi pada kasus diatas. Lubang tersebut muncul juga secara tiba-tiba, menelan seluruh benda yang ada diatasnya, termasuk beberapa bangunan.
gerbang neraka
lubang neraka


neraka



Photobucket

Tarikh PRU-13 Sukar Diramal

on



Pilihan Raya di Malaysia Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh, Rakyat Dah Sedia?


Pilihan raya Malaysia : Jikalau kita singkap semula perjalanan ahli parlimen sekitar lebih 4 tahun yang lalu, mereka mula mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen pada bulan JUN 2008. Cepat betul masa berlalu, tetapi sehingga ke hari ini Parlimen masih lagi belum dibubarkan.
Tidak salah, masih ada lagi masa dan tempohnya. Tetapi kelaziman daripada pimpinan-pimpinan yang sebelum ini jikalau diikutkan sudah pun memulakan semboyan pilihanraya Malaysia 13 (umum) pada waktu-waktu sebegini. Lain pula di zaman Datuk Seri Najib Razak…
Parlimen Malaysia Bubar Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh, Rakyat Dah Sedia? Jikalau diikutkan perkiraan pada bulan Jun 2013 ini, bermakna 9 bulan daripada sekarang Datuk Najib mempunyai masa dan peluang untuk menyiapkan kerajaan baru sebelum bulan Jun 2013, Datuk Najib mesti bubar parlimen sebelum daripada tempoh tersebut. Mandat beliau hanyalah sehingga April 2013.
Akhirnya sehingga ke hari ini rakyat Malaysia masih lagi terus berteka-teki dan menimbulkan pelbagai persoalan, bilakah akan diadakan pilihanraya Malaysia(umum) sehingga mengajak rakyat menjadi “ahli nujum negara” terlalu lama.
“Masing-masing ada pendapat, hujah dan firasat tersendiri”

Pilihan raya Malaysia 13 (Umum) Pada Disember 2012?

Ada cakap-cakap orang politik “kuat” dan “begitu yakin” mengatakan Pilihanraya Malaysia 13 (umum) bakal diadakan pada Disember 2012 ini. Benarkah? Mengapa?
Tarikh PRU ke 13 Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh, Rakyat Dah Sedia?
  1. Antara faktornya ialah, pembentangan Bajet 2013 yang mengandungi pelbagai imbuhan dan insentif yang akan diumumkan oleh Datuk Najib untuk diagihkan dan mula dinikmati oleh rakyat hujung tahun ini (Disember 2013) . Ini bakal memberikan nilai tambah dan keyakinan  kepada jentera kerajaan sebelum menghadapi Pilihanraya Malaysia ke 13 (Umum).
  2. Keduanya, pada waktu itu adalah musim cuti sekolah. SPM pun dianjakkan lebih awal, cuti sekolah pun sudah bermula pertengahan November 2012. Sangat sesuai tempoh masanya.
  3. Ketiganya, dalam masa sama musim haji Oktober–November ini, oleh itu sebaiknya dilakukan selepas daripada tempoh tersebut. Dan Disember 2012 adalah tempoh yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihanraya Malaysia 13 (umum) kerana pada masa itu kumpulan yang mengerjakan haji telah pun pulang ke tanahair.
  4. Keeempatnya, kalau buat Pilihanraya Malaysia 13 pada tahun hadapan 2013, rakyat lupa, orang Malaysia cepat lupa. Jadi, wajar diumumkan dalam masa terdekat dengan tempoh rakyat menikmati insentif. Itu pandangan kebanyakan orang kita dan pertimbangan orang politik.
  5. Faktor kelimanya berkenaan. Ekonomi dunia tidak menentu. Tahun depan tidak terjamin lagi ekonomi negara kita stabil. Ia pasti akan menjejaskan dari segi sokongan Barisan Nasional (BN).
  6. Lanjutan tarikh yang terlalu lama mungkin akanmenimbulkan isu-isu dan kontroversi baru, yang bakal menjejaskan imej kerajaan.
Pilihanraya Malaysia ke 13 Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh, Rakyat Dah Sedia? Oleh itu kemungkinan besar bubar Parlimen pada November 2012 dan Pilihanraya Umum ke 13 akan didakan pada bulan Disember 2012.
Walaubagaimanapun, disebabkan kerajaan yang ada sekarang ini di bawah Barisan Nasional jadi oleh itu, mereka mestilah mencari tarikh terbaik untuk mereka menghadapi Pilihan raya Malaysia ke 13. Jikalau ikutkan perkiraannya,tarikh terbaik untuk Barisan Nasional  sebelum Jun 2012. Mengapa tak jadi? (KLIK LINK). Kini, sudah terlepas. Waktu keemasan itu sudah berlalu. Sudah tidak dapat ‘catch the moment’.
Untuk mengetahui tarikh pilihan raya umum ke 13 tidak sukar jika kita dapat mencari tarikh-tarikh yang mampu memberikan keyakinan kepada Barisan Nasional untuk menang pada Pilihan raya umum 13 kali ini. Dan kami rasa Datuk Seri Najib Razak sudah pun mengetahuinya….
P/S : Dan…rakyat Malaysia pun sudah bersedia menghadapinya?



Photobucket

Pengundi muda bakal menentukan PAS menang di Terengganu

on






PAS Terengganu meramalkan pertambahan peratus pengundi muda antara 45 hingga 50 peratus bakal mengembalikan semula negeri ini ke pangkuan PAS pada pilihan raya akan datang.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman berkata, potensi besar untuk menang PRU-13 di Terengganu banyak bergantung kepada sokongan pengundi muda.

“Kajian PAS melalui Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN), jumlah pengundi muda di Terengganu ini agak tinggi antara 45 hingga 50 peratus.
“Mereka (pengundi) ramai yang berada di luar dan kita (PAS) telah berjaya kesan dan kenal pasti kedudukan, alamat mereka di sana (tempat kerja), Insya-Allah.
“Sokongan pengundi Tionghoa (Cina) pun ada perubahan di Terengganu berbanding tahun-tahun sebelum ini,” ujarnya

Pada pilihan raya tahun 2008 PAS Terengganu bertanding 27 kerusi Dun dan lima kerusi Parlimen.
Manakala, kerusi selebihnya ditandingi oleh KeADILan sebanyak lima Dun serta dua Parlimen.
Berdasarkan kesepakatan lalu PAS Terengganu akan mengekalkan jumlah bilangan kerusi yang dipertandingkan itu dan secara umum PAS Terengganu telah berjaya menyelesaikan kesemua bakalbakal calon pilihan raya akan datang.

Menurutnya, paling kurang sejumlah 20 kerusi pilihan raya menjadi target serta berpeluang cerah untuk menang.
“Pilihan raya kali ini, PAS akan ketengahkan lebih 70 peratus adalah calon muda, sama ada calon itu yang pernah bertanding atau yang belum pernah bertanding,” jelasnya.
Sebab itu, kata beliau pemilihan calon di kalangan orang muda menjadi taruhan parti bagi menawan hati para pengundi muda di negeri ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berpendapat gelombang perubahan politik tahun 1999 berbeza dengan gelombang masa kini.
Katanya, gelombang 1999 berlaku kerana kemarahan orang Melayu terhadap Umno-BN berkait dengan isu pemecatan dan penganiayaan terhadap individu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Gelombang kali ini lebih kepada kesedaran politik bukan Melayu seperti orang Cina dan India menolak Umno dan kerajaan Barisan Nasional seluruh negara. Tapi, faktor Anwar masih ada dan kita tidak tolak mentah-mentah,” ujarnya.



Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List