Benar Kah Spekulasi Ini.........???

on Sep 23, 2010

Spekulasi: SPR Bakal Buat Pilihan Raya Umum Ke 13, Selepas Najib Berjaya Pastikan Anwar Ibrahim Dihumbankan Semula Ke Penjara Sg.Buloh Nanti.





Pilihanraya Umum Ke-13 bakal menjelang tiba bila-bila masa dari sekarang. Banyak desas-desus mengatakan PM Najib Razak akan membubarkan parlimen selepas sahaja Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumbankan semula ke Penjara Sg.Buloh.Kononnya, bila Anwar telah terpenjara maka, mudahlah bagi UMNO BN untuk melaksanakan agenda mereka. Biarpun rakyat dikatakan akan turun dijalanan untuk sekali lagi membuat protes besar-besaran andainya Anwar terpenjara lagi. Namun, sukar untuk dinafikan bahawa"gelombang reformasi kedua" yang bakal berlaku itu tidaklah sehebat ketika Anwar dipecat daripada UMNO dan Kerajaan dulu. Soal rakyat boleh menerima atau tidak kini sudah tidak menjadi masalah lagi bagi Najib. Apa yang penting, agenda politik beliau tercapai. Harus diingat juga, musuh politik Anwar dulu iaitu "Mahathir Mohamad" kini merupakan proksi terapat Najib. Jika Mahathir tidak menyerahkan kuasa kepada Pak Lah, maka mana mungkin Najib boleh berkuasa sekarang. Lantaran itulah,Najib terpaksa melantik anak Mahathir iaitu Si Mukhriz menyertai kabinet barunya. Sedangkan Mukhriz telah tewas kepada menantu Pak Lah, Si Khairy Jamaluddin ketika itu.



Mahathir adalah Sifu kepada Anwar, tetapi kini mereka "musuh politik"
Apakah Mahthir tergamak melihat Anwar ditampuk kuasa agaknya


Ini semua adalah rancangan politik licik Najib untuk menguatkan lagi cengkaman Mahathir itu sebenarnya. Tambahan pula, Mahathir kini dilihat sebagai "Penasihat UMNO BN" biar pun tidak secara rasmi. Inilah hakikatnya. Maka itu, bukankah Mahathir dan Anwar masih belum berdamai lagi. Ini pasti akan menyebabkan Mahathir memainkan peranan untuk memastikan Anwar terus merengkok dalam penjara sehingga ke akhir hayatnya. Jika ini berlaku. barulah beliau puas hati dan boleh tidur lena. Beliau sebenarnya kecewa dengan tindakan Pak Lah yang tidak mahu campur tangan mempengaruhi hakim, hingga menyebabkan Anwar akhirnya dibebaskan selepas keputusan-2-1 yang memihak kepadanya. Apakah Mahathir akan berdiam diri melihat Anwar terus disanjung dan mungkin berkuasa suatu hari nanti agaknya.

Datuk JJ Laksana Agenda Najib Di Luar Negara
Mahathir tahu, jika Anwar menang dalam kes liwat II yang dihadapinya ini makanya yang akan mendapat susah ialah beliau sendiri. Tambah berbahaya jika Anwar berjaya pula membawa Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas pilihanraya umum nanti. Langkah terbaik ialah memastikan Anwar tewas. Jika tidak, sudah pasti Mahathir akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar. Justeru itulah mereka harus berhati-hati untuk memastikan riwayat politik Anwar berakhir kali ini. Langkah bijak Najib pula dalam memastikann masyarakat antarabangsa menerima keputusann yang akan dibuat oleh mahkamah Malaysia terhadap isu Anwar. Beliau telah menghantar proksinya Jamaluddin Jarjis (foto),sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Bukankah beliau tahu, JJ adalah Ahli Parlimen Rompin yang sepatutnya banyak menghabiskan masa di kawasannya itu. Maka tidak wajar jawatan tersebut diberikan kepada beliau. Ramai lagi calon-calon yang berkelayakan boleh memikul tanggungjawab tersebut. Namun, mengapakah JJ yang menjadi sandaran Najib?. Setelah diamati betul-betul, maka fahamlah kita bahawa keputusan menghantar JJ ke Amerika adalah misi Najib sebenarnya. Beliau mahu JJ memperbetulkan persepsi Amerika Syarikat terhadap keputusan yang akan dijatuhkan terhadap Anwar nanti.

JJ akan mendapatkan seberapa banyak sokongan dariAmerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpengkalan di negara itu untuk menerima kenyataan bahawa Anwar memang penjenayah dan tidak layak untuk bergelar pemimpin. Kini, usaha menjatuhkan nama Anwar diluar negara diamanahkan kepada JJ, antara proksi rapat Najib. Mereka mahu masyarakat antarabangsa tidak panik seandainya Anwar dijatuhkan sekali lagi hukuman terhadap kes liwat II yang dihadapinya sekarang. Inilah yang mereka mahukan, selepas itu barulah pilihanraya umum akan dilaksanakan. Semua ini adalah satu strategi politik Najib yang mendapat restu daripada APCO Worldwide (foto) sebenarnya. Akhirnya Anwar akan kembali ke penjara dalam keadaan mereka sudah bersedia meyakinkan masyarakat dunia bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang"peliwat".

Pilihanraya Menjelma Selepas Anwar Terpenjara!

Selepas semua agenda memburukkan Anwar dan menyakinkan masyarakat antarbangsa bahawa hukuman yang dijatuhkan terhadap Anwar itu adalah"relevan", maka barulah segala tugasan seterusnya akan dipikul oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu Tan Sri Aziz Yusoff (foto). Beliau akan dipertanggungjawabkan untuk memastikan tarikh pembubaran parlimen dan pilihanraya dapat dijalankan dalam keadaan UMNO BN telah mendapat sokongan padu daripada rakyat. Ketika ini, isu Anwar akan dianggap bukan pokok utama dalam perjuangan mereka. Najib sudah pasti akan menggunakan segala kekuatan untuk memastikan keputusan terhadap Anwar dapat diterima oleh rakyat. Maknanya, pilihanraya seawal-awalnya pasti akan diadakan pada pertengahan atau awal tahun depan. Ini berasaskan kepada keputusan perbicaraan kes liwat II Anwar kelak. Persoalannya, apakah akan terjadi jika Anwar pula didapati tidak bersalah dan menang kes ini?. Inilah yang memusykilkan mereka yang merancang sebenarnya. Lantaran itulah, bagi memastikan segalanya berjalan lancar segala pihak yang terlibat perlulah memainkan peranan untuk memastikan Anwar mesti "dipenjarakan". Maka itu juga, kita tidak hairan dengan senario yang berlaku di mahkamah sekarang ini. Sudahlah Anwar dinafikan hak untuk mendapatkan segala salinan dokumen berkaitan untuk tujuan pembelaan. Malah beliau jugadinafikan hak untuk mendapatkan rayuan yang sewajarnya di mahkamah berkaitan. Alasannya cukup mudah iaitu mahkamah tiada kuasa untuk mendengar rayuan Anwar itu.


Ada makna, Najib dan Anwar ketika minum bersama di lobi parlimen
dulu, Anwar dan Mahathir pun selalu minum bersama sebenarnya
Tambah mengejutkan, apabila Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan juga menolak permohonan "Qazaf" terhadap Saiful Bukhari Azlan dengan berbagai-bagai alasan. Sebab itu kita tidak hairan bila melihat Pengarah JAWI, Dato' Haji Che Mat Che Ali, sendiri sering dilihat bersama Najib , malahan sehingga sampai ke Pekan Pahang sekali pun. Semua ini sama ada disengajakan atau sebaliknya maka hanya PM Najib Razak sendiri yang lebih mengetahuinya. Akhirnya Anwar dinafikan hak untuk mendapat pembelaan berlandaskan Islam itu sendiri. Lebih menghairankan kita ialah kesemua mereka yang menghalang tindakan tersebut adalah mereka yang mempunyai kuasa melaksanakan undang-undang jenayah syariah itu sebenarnya. Semuanya ini adalah bukti kukuh usaha terancang pihak berkenaan untuk memastikan skrip kali ini berjaya.

[Melihat kepada apa yang didedahkan ini, ternyata ia bakal menjadi kenyataan agaknya. Tambahan pula kes Anwar dengan Saiful Bukhari Azlan akan dibicarakan semula tidak lama lagi. Makanya, inilah masa yang paling sesuai untuk memastikan konspirasi ini berjaya. Namun, Najib juga gusar sebenarnya. Andainya apa yang dirancang tidak terlaksana maka sudah pasti ia akhirnya akan memakan diri. Andainya, jika rakyat membuat protes besar-besaran selepas Anwar terpenjara menyebabkan besar kemungkinan UMNO BN akan tumbang dalam pilihanraya umum akan datang. Pilihanraya Negeri Sarawak yang dijangka tiba bila-bila masa ini bakal menjadi penentu terhadap sokongan rakyat kepada UMNO BN di kawasan "talian hayat" mereka itu. Andai mereka tewas di sana seperti yang berlaku di Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu sebelum ini, maka sudah pastilah ia akan menjadi petanda kejatuhan UMNO BN di peringkat pusat selepas ini. Apakah agenda menghumbankan Anwar dapat dilaksanakan andai ini berlaku?. Atau mungkin juga ada kompromi lain antara Najib dan Anwar pula akan berlaku. Sama-sama kita nantikan adengan ini. Semuanya akan memanaskan lagi iklim politik negara].
PahangDailyOnline.

Tanda Awal Pembunuh Sosilawati Mungkin Terlepas......???

on


Mungkinkah pembunuh Datuk Sosilawati akan terlepas di hadapkan ke tali gantung? Malaysia Instinc melaporkan kertas siasatan yang dihantar oleh pihak polis kepada Peguam Negara masih banyak yang perlu diperbaiki. Malah, kertas itu juga dikembalikan kepada pihak polis pada hari yang sama ia dihantar. Saya bimbang, polis kekurangan bukti untuk mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan dengan secepat mungkin, dan tidak mustahil para penjenayah tersebut bakal dibebaskan - melalui kesalahan teknikal atau prosedur. Wallahualam : Baca laporan di bawah :

1. Harapan rakyat Malaysia untuk melihat suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki diheret ke mahkamah segera tidak kesampaian apabila kertas siasatan awal berhubung kes itu yang diserahkan kepada Peguam Negara semalam dikembalikan semula.

2. Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abd. Majid Tun Hamzah berkata, kertas siasatan itu dikembalikan setelah Peguam Negara mendapati banyak lagi perkara yang perlu dibuat siasatan lanjut. Beliau turut mengesahkan kertas siasatan berhubung pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara semalam.

3. "Peguam Negara telah memberi beberapa arahan tertentu untuk dijalankan oleh pihak polis dan juga menyiasat kes-kes lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek-suspek berkenaan. "Kertas siasatan telahpun dikembalikan kepada pihak polis pada hari yang sama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

4. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien mengesahkan kertas siasatan awal berhubung kes pembunuhan tragis Sosilawati dan tiga yang lain telah diserahkan kepada Peguam Negara di Putrajaya. Hishammuddin memberitahu, pihak polis akan mengadakan perbincangan bersama Peguam Negara bagi meneliti dan menilai apa yang perlu dilaksanakan berhubung kes terbabit. Bagaimanapun, katanya, laporan lengkap termasuk keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan hanya dapat diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.

5. Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin ketika dihubungi di sini hari ini memberitahu, pihaknya tiada masalah untuk meneruskan siasatan lanjut dalam kes tersebut bagi menyempurnakan kertas siasatan seperti dikehendaki Peguam Negara.

6. "Memang kertas siasatan awal itu diserahkan kepada Peguam Negara untuk tujuan dibincangkan bagi memperbetulkan apa-apa perkara yang perlu. "Ia prosedur biasa dan kita tiada masalah untuk menjalankan siasatan lanjut bagi menyempurnakan kertas siasatan tersebut," ujarnya namun enggan mengulas mengenai perkembangan siasatan kes tersebut.

7. Sosilawati, 47, bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

8. Berikutan kehilangan usahawan wanita itu, polis pada 9 dan 10 September lalu, menahan lapan suspek termasuk seorang peguam yang menggunakan gelaran Datuk bagi membantu siasatan kes itu. 

Pada 13 September lalu, polis mengesahkan empat daripada lapan suspek mengaku memukul keempat-empat mangsa sehingga mati, membakar mayat mereka sebelum abu mangsa dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Banting, Selangor. Jumaat lalu, polis memaklumkan siasatan berhubung kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain kini di peringkat terakhir dan dijangka selesai minggu ini.

AzliShukriBlogspot



Syed Husin Ali : Zaid Sudah Jawab, Azmin Bila Lagi......???

on

Syed Husin Sudah Nyanyuk – Zaid
zaidbmOleh Staf FMT
PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zaid Ibrahim hari ini berkata Timbalan Presiden parti itu Dr Syed Husin Ali, yang tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu bulan depan, sudah "nyanyuk" kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak betul.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Syed Husin, yang dilaporkan portal berita Merdeka Review, yang mempertikaikan peranan Zaid sebagai penyelaras Pakatan Rakyat (PR).
"Saya ditugaskan untuk memberi satu idea dan kertas kerja untuk menyatukan PKR, PAS, dan DAP dibawah PR untuk didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai satu gabungan yang sah.
"Sekarang permohonan itu belum disahkan lagi oleh ROS, bermakna peranan saya itu juga belum menjadi satu jawatan yang rasmi.
"Mungkin jika selepas PR diluluskan jawatan penyelaras itu akan diberikan kepada orang lain saya tidak tahu kerana apa, yang penting saya hanya menjalankan tugas yang diberikan.
"Saya tak faham kenapa beliau (Syed Husin) perlu mempertikaikan kerja saya kerana beliau juga sebenarnya tidak pernah terlibat langsung dalam usaha pembentukan PR.
"Saya rasa beliau sudah nyanyuk dan lupa mengenai hal itu," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Syed Husin dalam wawancara tersebut mempersoalkan jawatan Zaid sebagai penyelaras dan mendakwa Zaid tidak terlibat secara menyeluruh dalam persiapan draf dasar PR.
Pemimpin veteran itu turut mengkritik disiplin Zaid, yang kononya hanya sesekali menghadiri mesyuarat biro politik PKR. Syed Husin juga berkata Zaid bukan seorang "team player".
Ada Alasan Kenapa Tidak Hadir Mesyuarat
syedZaid, walaupun mengakui tidak mampu menghadiri setiap mesyuarat biro politik yang diadakan hampir setiap minggu, berkata beliau mempunyai alasan tersendiri untuk tidak hadir.
"Kadang kala saya ada tugas lain yang lebih penting termasuk hal bersama rakyat. Jika beliau hendak pertikaikan disiplin saya, tanya dia berapa kali (naib presiden) Azmin (Ali) tak datang mesyuarat.
"Jika Azmin tak datang tidak apa, tapi jika saya tidak hadir mereka jadikannya sebagai satu isu. Hakikatnya walau apa pun saya masih tetap bersama dengan perjuangan parti…Tidak apalah jika mereka nak kata apa pun. Saya tidak ambil hati, biarkan sahaja," katanya lagi.
Ditanya mengenai harapannya memenangi jawatan timbalan presiden pada pemilihan pucuk pimpinan parti penghujung bulan depan, Zaid berkata beliau tetap optimis dengan pencalonan yang diterima daripada setiap cabang.
Sehingga kini, Azmin, yang juga akan bertanding jawatan tersebut, mendahului pencalonan dengan memperolehi 36 pencalonan, diikuti Zaid (19) dan pengerusi PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub (10).
"Kita tunggu lagi sebulan dan lihat bagaimana prestasi pencalonan. Segala keputusan nanti saya akan terima dengan hati terbuka," kata Zaid.
Azmin gesa Zaid Tarik Balik Kenyataan
Naib Presiden PKR Azmin Ali mengesa Datuk Zaid Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyifatkan Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali sebagai "nyanyuk" dan "lupa" berhubung kedudukannya sebagai penyelaras Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau sedih dengan kenyataan terbaru Zaid itu kerana sebagai orang lama, Syed Husin telah berdepan dengan pelbagai cabaran yang ujian yang jauh lebih getir berbanding generasi baru dalam PKR hari ini.
"Saya sedih kalau Datuk Zaid Ibrahim meneruskan serangan-serangan peribadi seperti ini," katanya yang juga ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa.

Portal berita Free Malaysia Today versi bahasa Malaysia hari ini melaporkan Zaid berkata, Syed Husin, yang tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu bulan depan, sudah lupa beberapa perkara sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak betul.

Syed Husin sebelum ini dilaporkan mempertikaikan peranan Zaid sebagai penyelaras Pakatan kerana bekas menteri itu didakwa tidak terlibat secara menyeluruh dalam persiapan draf dasar Pakatan.

Zaid dilaporkan berkata, selepas ditugaskan memberi idea dan kertas kerja untuk menyatukan PKR, PAS, dan DAP untuk didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), beliau tidak faham kenapa kenapa Syed Husin mempertikaikan kerjanya.

"Saya rasa beliau sudah nyanyuk dan lupa mengenai hal itu," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.

Dalam laporan itu, Zaid juga berkata, oleh kerana permohonan itu belum disahkan lagi oleh ROS, bermakna peranannya belum menjadi jawatan rasmi dan mungkin selepas diluluskan, "mungkin ia akan diberikan kepada orang lain".

P/s : Azmin ni lari daripada tajuk ke? Zaid sudah jawab, tapi Azmin belum jawab.

Baca sini dulu baru faham.

UPSR: Ini yang bimbangi.......

on

Oleh fatamorgana 


Sistem pendidikan sedang dicabul. Malap masa depan anak Melayu!
Petang tadi saya berkesempatan minum dan makan roti canai dengan beberapa orang kawan yang bekerja sebagai guru. Mendengar daripada topik perbualan mereka, kisah dan cerita yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara ini amat membimbangkan saya. Daripada markah lulus (passing mark) untuk subjek Sains dan Matematik yang diubah-ubah untuk mencapai target peratusan lulus sehinggalah kepada soalan UPSR yang bocor hampir setiap tahun.



Menurut seorang kawan saya ini, beberapa pelajar yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang seperti mendapat "A" di dalam semua subjek di dalam peperiksaan UPSR mereka telah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi selepas beberapa bulan, mereka dinasihatkan supaya menukar ke sekolah biasa kerana didapati masih tidak menguasai asas pembacaan, penulisan dan pengiraan. Bayangkan, pelajar yang mendapat semua "A" dalam UPSR dinasihatkan keluar dari sekolah berasrama penuh kerana tahap sebenar mereka tidak menggambarkan keputusan UPSR mereka.

Menurut kawan-kawan guru ini, projek "menolong Melayu" (kononnya) ini bermula selepas pencapaian markah yang teruk di dalam subjek Sains dan Matematik di kalangan pelajar Melayu apabila pengajaran dalam bahasa Inggeris mula-mula diperkenalkan untuk kedua-dua subjek ini. Pada mulanya, langkah menurunkan markah lulus (passing mark) dilakukan hanya sebagai 'quick fix' sahaja kerana untuk mengelakkan kejutan dan menjaga air muka jabatan dan kementerian pendidikan. Tetapi amalan mengubah-mengubah markah lulus sudah menjadi budaya dan mula sebati di dalam sistem. Menurut kawan-kawan guru ini, mereka terkejut bagaimana ramai murid yang mereka mengajar setiap hari boleh mendapat "A" di dalam peperiksaan sebenar UPSR sedangkan markah kebiasaan yang diperolehi sepanjang ujian dan peperiksaan percubaan hanya sekitar 25% sahaja.

Menurut kawan-kawan guru, golongan atasan di dalam Jabatan Pendidikan amat menjaga "KPI" mereka yang berdasarkan kepada peratusan kelulusan dan juga peratusan mendapat "A". Lagi pun ini untuk "membantu Melayu", kata mereka.

Penyakit ini ditambah juga oleh satu barah yang lain, iaitu soalan peperiksaan UPSR yang bocor setiap tahun. Kebocoran kertas soalan UPSR inilah yang menghasilkan pelajar yang layak masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi masih terkial-kial untuk menulis dan membaca. Menurut kawan-kawan guru ini, 10 tahun yang lepas, mereka senang untuk meramalkan pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang atau yang gagal di dalam UPSR kerana keputusan peperiksaan sebenar juga lebih menyerupai keputusan ujian dan peperiksaan percubaan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Tetapi pada hari ini, keputusan UPSR mengejutkan mereka. Pelajar yang tidak pernah lulus di dalam peperiksaan di sekolah sepanjang tahun tiba-tiba mendapat "A" di dalam UPSR.

Menurut kawan-kawan guru ini, kebiasaanya Terengganu ialah negeri di mana bermulanya soalan UPSR yang bocor. Ini kerana kertas peperiksaan UPSR akan tiba lebih awal di atas pulau-pulau yang mempunyai sekolah-sekolah. Saya tidak tahu samada polis juga bersubahat kerana kertas peperiksaan ini disimpan di balai polis.

Utaraonline

MCA mudah melatah - Azizan.....???

on




ALOR SETAR - MCA mudah melatah kerana sudah hilang taring dan sokongan masyarakat Cina menyebabkan mereka sering menimbulkan pelbagai isu negatif mengenai Kerajaan Negeri untuk mengaburi mata rakyat terhadap kelemahan mereka sendiri.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, MCA lemah dan tidak dipercayai masyarakat Cina kerana masalah dalaman mereka sendiri.
“Kini mereka tidak senang duduk dengan kejayaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah mentadbir negeri, sebab itu mereka buat macam-macam isu termasuk mendakwa ekonomi Kedah menguncup sehingga 30 peratus sedangkan fakta itu tidak benar. 


Mereka melatah sebab orang Cina sekarang pun tak lagi menyokong mereka,” katanya.
 Azizan mengulas kenyataan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew menerusi akhbar ini semalam yang mendakwa ekonomi negeri kini berada pada tahap yang agak membimbangkan termasuk penguncupan sehingga 30 peratus berdasarkan maklum balas peniaga Cina serta memerlukan pakej rangsangan ekonomi oleh Kerajaan Negeri.

Azizan berkata, kebimbangan MCA sehingga menyebabkan mereka membuat kenyataan seperti itu adalah kerana berdasarkan peratusan pemilih baru yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DAP mencatatkan peratusan paling tinggi berbanding parti lain.

“Ini menunjukkan orang Cina kini memilih DAP, dan sebahagian pula memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya.

Azizan berkata MCA kini berdepan dengan masalah serius apabila hilang sokongan pengundi Cina mungkin disebabkan kerana pemimpin parti itu tidak berkaliber dan dipenuhi dengan kontroversi.

“Presiden MCA dahulu, (Tun Dr) Ling Liong Sik kena hadap ke mahkamah atas skandal penipuan. Yang baru pula, (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek ada skandal seks. Jika pemimpin bermasalah, macam mana rakyat nak pilih jadi pemimpin,” katanya.

Azizan berkata, walaupun parti itu sudah lama bertapak di negara ini, namun pengaruhnya dilihat semakin menurun berbanding DAP.

“MCA bagaikan harimau lama yang sudah hilang taring. Mereka tidak lagi segarang dahulu,” katanya.

Utaraonline

Sumbangan RM 4 Billion - Agenda Untuk Musnahkan PAS......???

on

 PAS Pusat menyifatkan tindakan penyebaran gambar kononnya sebuah syarikat perniagaan memberikan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan sebagai satu propaganda jahat memusnahkan nama baik PAS.

Selain menafikan PAS menerima cek itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub juga menyeru ahli PAS berhati-hati dengan isu yang cuba mengaitkan PAS tersebut.

"Kami sifatkan berita ini serta penyebaran berita sebegini satu tindakan propaganda jahat untuk memusnahkan nama baik PAS.

"Sehubungan itu, saya menyeru semua ahli PAS agar berhati-hati dengan isu ini kerana jelas cuba mengaitkan PAS dengan aktiviti tidak sihat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar selam yang mendakwa Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) memberi sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan dalam satu majlis makan malam di Kota Bharu.

Replika cek tersebut diserahkan kepada adinda Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat.

Nik Din semalam bagaimanapun menjelaskan beliau ke majlis itu atas kapasiti peribadi dan menafikan beliau mewakili mana-mana pihak.

Dalam pada itu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengumumkan bahawa kerajan negeri akan menyenaraihitamkan syarikat tersebut yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu.

Beliau juga menafikan bahawa parti pernah melantik Nik Din mewakili beliau menerima replica cek tersebut.

Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.

Utaraonline

Persembahan lima bintang Nicol

on

ALeqM5jbM_RSRdDGshj_rsABTYtbnwLRYQ

KUALA LUMPUR: Pilihan pertama dunia Nicol David merangkul rekod kejuaraan lima kali syuash Terbuka Dunia dengan penuh bergaya di Sharm El Sheikh, Mesir semalam.
Pemain berasal dari Pulau Pinang itu terlalu handal buat pemain pilihan keempat Omneya Abdel Kawy dari Mesir dalam perlawanan akhir, mencatat kemenangan mudah 11-5, 11-8, 11-6 ketika mana pemain negara itu bergelut untuk memberi tentangan walaupun di depan penyokong sendiri.
Sebelum ini, Nicol telah merangkul kejuaraan Terbuka Dunia itu pada tahun 2005, 2006, 2008 dan 2009.
"Saya gembira dapat memenangi kejuaraan itu buat kali kelima.  Saya tidak menjangka memenanginya dengan straight set," kata Nicol yang dipetik dalam blog squashsite.co.uk.
Kejuaraan kelima beliau menyamai pencapaian pemain Australia Sarah FitzGerald, yang meraih kejayaan pada 1996, 1997, 1998, 2001 dan 2002.
Kejayaan Nicol semalam merupakan kali ke 13 kemenangan ke atas Omneya dalam 14 kejohanan Persatuan Pemain-Pemain Skuash Wanita Antarabangsa (Wispa).
Nicol berada pada tahap prestasi cemerlang dalam Terbuka Dunia, memenangi kelima-lima perlawanannya tanpa menggugurkan walau satu set.
Dengan kejayaan ini, Nicol kini telah memenangi sebanyak 48 kejohanan Wispa sejak menjadi pemain profesional pada 2000. Kejayaan ini merupakan kali ke tujuh berturut-turut dalam kejohanan Wispa.

Timbalan Presiden PKR: Adakah Khalid akan masuk gelanggang....????

on

khalid

KUALA LUMPUR: Persoalan utama muncul pada saat ini, adakah Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim, akan turun ke dalam gelanggang merebut jawatan Timbalan Presiden PKR yang semakin panas?
Sudikah Khalid masuk gelanggang bertarung bersama-sama dengan Naib Presiden Azmin Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Zaid Ibrahim yang terlebih awal menyatakan hasrat mereka untuk merebut jawatan itu?
Memandangkan penyertaan Khalid mampu memecah undi di antara dua tokoh utama PKR itu, namun beliau sehingga ini masih merahsiakan hasratnya untuk bertanding hingga ke suatu masa yang difikirkannya sesuai.
Apabila ditanya oleh pihak media, sama ada beliau akan bertanding pada pemilihan parti penghujung tahun ini, Khalid tersenyum kecil dan berkata, "saya akan umumkan selepas 5 Oktober depan."
Adalah difahamkan tarikh itu dipilih ketika mana penamaan di peringkat cabang dijangka selesai pada waktu itu.
Menurut senarai penamaan calon, Khalid setakat ini hanya menerima satu pencalonan untuk jawatan nombor dua itu, dari Masjid Tanah, Melaka dan beliau memerlukan satu lagi pencalonan untuk melayakkan diri.
Perlu dua pencalonan untuk layak
Apabila disoal lagi oleh para wartawan sama ada beliau akan bertanding mana-mana jawatan yang dicalonkan oleh cabang-cabang, beliau menjawab, "saya tidak tahu, ya….. kita memerlukan dua pencalonan untuk layak."
Khalid, yang juga ahli MPP, tidak memberi gambaran yang jelas, jawatan yang mana satu beliau akan bertanding memandangkan beliau juga menerima pencalonan yang mencukupi untuk jawatan naib presiden.
Jika beliau memperolehi pencalonan yang mencukupi maka pertarungan merebut jawatan yang menjadi tumpuan (nombor dua) menjadi lebih menarik kerana para penyokong Azmin didakwa telah mencabar Khalid untuk jawatan menteri besar.
Sehingga semalam, Malaysiakini melaporkan Azmin mendapat 43 pencalonan, meninggalkan Zaid jauh di belakang dengan hanya 21 pencalonan.
Sementara itu, naib presiden Mustaffa Kamil Ayub juga ketinggalan dengan 10 pencalonan sahaja untuk jawatan yang sama.
Pemimpin-pemimpin lain yang menerima pencalonan untuk jawatan timbalan presiden ialah Pengarah Strategik Tian Chua dengan tiga pencalonan dan Fuziah Salleh (1).
Bagaimanapun, Fuziah secara jelas menyuarakan hasratnya untuk bertanding jawatan naib presiden dan Tian Chua dilaporkan ingin menjauhkan diri dari jawatan itu.

TERBONGKAR :- Orang Najib Derma RM4 Billion DiKelantan.. Politik Jahat Umno....???

on

PAGI ini saya menerima satu e mail dari seorang penjenguk yang menamakan dirinya Hero yang memberi alamat sebuah blog yang dibangunkan oleh syarikat I'DA WorldGroup Sdn Berhad syarikat dimana orang bernama Abdul Rahim Abdul Wahab menjadi pengerusi eksukutifnya.

Apa yang tertera dalam blog ini ialah beberapa keping gambar Abdul Wahab dalam majlis perlancanran Misi Perdana de Everest - Tibet 2011 yang berlangsung di Dewan Felda, Jalan Gurney yang dilancarkan Perdana Menteri, Najib Razak pada 25 April lalu.

Gambar beliau dalam majlis berkenaan mungkin boleh menyingkap misteri pemberian replika cek bernilai RM4 billion atas nama Pas Malaysia yang kini menjadi buah mulut di Kelantan. Jika diperhatikan juga gambar lelaki bertongkat dan juga sebelah kakinya tertutup dengan kaki seluar yang meleret ke lantai. Semacam rahsia besar di sebalik kaki seluar labuh sebelah itu.

Tafsirkanlah dengan mata kepala kita sendiri apakah yang berlaku itu (penyerahan replica chek RM4 B) sebuah realiti atau pun satu ilusi semata-mata dan jangan mudah mempercayai laporan media penghasut. Kata orang gambar mempunyai seribu makna dan tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Hanya jauhari yang mengenali maknikam seperti mana juga hanya Mat Maslan mengenali Felda![wm.kl.7:00 am 23/09/10]



Orang berkenaan sedang bersalam dengan Shabery Chik, Menteri Beliau dan Sukan, perhatikan kaki kanan lelaki berkenaan.
Orang berkenaan bersalam pula dengan Khalid Yunus, Presiden Pendaki Malaysia, perhatikan kaki seluar sebelah kanan orang berkenaan.Orang berkenaan bergambar ramai, den gan diapit oleh seorang perempuan bertudung dan seorang yang lowos.

MSO

Polis menyiasat kemungkinan Sosilawati juga dirogol...???

on

     


KUALA LUMPUR: Lapan suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes kehilangan ahli perniagaan India, termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Difahamkan, sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol. Dalam pada itu, Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan. Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, berkata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sudah memberi beberapa arahan baru untuk disiasat polis.
Peguam Negara juga meminta polis menyiasat lanjut kes-kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek yang ditangkap (berhubung pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya).

Polis menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September lalu, dan Peguam Negara mendapati ada banyak lagi perlu dibuat siasatan lanjut. Kertas siasatan itu dikembalikan kepada polis pada hari sama, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan sudah menerima kembali kertas siasatan awal itu daripada Jabatan Peguam Negara dan menyifatkannya sebagai prosedur biasa bagi memperkukuhkan siasatan kes.

Sementara itu, difahamkan pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama, minggu lalu berikutan ada penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes berkenaan.
Sumber memberitahu Berita Harian, proses itu sebahagian daripada prosedur standard operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), khusus untuk memperlengkapkan kertas siasatan kes berkenaan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.

Polis menemui beberapa bukti dan maklumat baru sepanjang proses siasatan, di mana penemuan itu memerlukan pengambilan sampel darah dan air mani suspek. Ini bertujuan melengkapkan kertas siasatan seperti diarahkan Peguam Negara, katanya.

Kelapan-lapan suspek lelaki terbabit, iaitu enam berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan dua lagi berhubung kehilangan ahli perniagaan India, Muthuraja Allal Kanthan tiba di Jabatan Patologi HKL kira-kira jam 3 petang, menaiki empat kenderaan berasingan dengan kawalan ketat pasukan khas yang mengendalikan kes itu.

Proses ini berlangsung selama dua jam sebelum suspek dihantar semula ke Pusat Tahanan Sementara di Bukit Jalil kira-kira jam 5 petang, katanya.
Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dibunuh kejam bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38, di sebuah ladang persendirian di Morib, Banting pada 30 Ogos lalu.

Semua mangsa dilaporkan diikat, dipukul dan ditikam sampai mati sebelum mayat dibakar serta abu mereka dibuang ke beberapa sungai berhampiran.
Berikutan itu, polis menahan lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Turut ditahan dua suspek lelaki berusia 30 dan 34 tahun berhubung siasatan kes kehilangan saudagar batu permata, Muthuraja, 34, dari Chennai, India pada 18 Januari lalu, yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List