Anwar Kantoi...?

on Nov 3, 2011




1. Artikel MiM sebelum ini menimbulkan persoalan 'kehadiran' Anwar Ibrahim di Mekah berdasarkan kepada entri di dalam blog beliau bertarikh 14 November 2007.

2. Ironinya, Jika kita teliti turutan entri-entri di dalam blog Anwar Ibrahim daripada tarikh 14 November 2007 hingga 16 November 2007, terdapat beberapa entri Anw
ar Ibrahim yang menafikan sendiri beliau menunaikan Haji ketika itu. 

3. Anwar
 Ibrahim tidak jadi ke Mekah dalam entri beliau bertarikh 14 November 2007 kerana 'terpaksa' memberi ucapan di sesi pertama pada keesokan harinya. 

4. Entri blog Anwar Ibrahim seterusnya bertarikh 16 November 2007 menunjukkan teks ucapan dan foto Anwar Ibrahim berada di Jakarta, Indonesia kerana menghadiri UN Forum "Towards Trasnparent And Accountabale Governance"!
 

5. Dan beliau berucap pada 15 November 2007 iaitu sehari selepas entri beliau yang di dakwa telah menunaikan haji oleh Anwar sendiri dan media a
lternatif pro-pembangkang!


6. Persoalan besarnya sekarang ialah jika Anwar Ibrahim berucap di persidangan antarabangsa di Arab Saudi seperti dinyatakan di dalam blog 
beliau,

a. Jika persidangan di Jakarta disertakan dengan foto dan teks ucapan, kenapakah foto dan ucapan 'persidangan antarabangsa' yang didakwa di Arab Saudi, tidak disertakan juga? Why ?

b. Bagaimanakah Anwar Ibrahim boleh berada di Jakarta di dalam kesingkatan masa?

7. Ok, Tentu ada pembaca atau pun pengkritik tetap blog ini berhujah tentang diskrepensi time zone di antara Arab Saudi dan Jakarta yang berbeza 4 jam.


8. Tetapi kita perlu ingat bahawa jarak di antara Arab Saudi dan Jakarta adalah lebih kurang 7,300 kilometer!


9. Dan tempoh penerbangannya mengambil masa hampir 9 jam !
10. So, diskrepensi waktu itu menimbulkan tandatanya tentang kesahihan cerita Anwar Ibrahim itu.

11. MiM juga persoalkan ialah bagaimanakah Anwar Ibrahim boleh mengaku telah menunaikan fardhu Haji sedangkan bukti di atas menunjukkan beliau tidak mengikuti segala hukumnya?

12. Dan seperti yang kita tahu, dari sudut hukum, Haji mempunyai wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina dan Melontar Jamrah. Apakah Anwar Ibrahim sudah nyanyok tidak dapat membezakan di antara Haji dengan umrah?

13. Yang memalukan ialah Anwar Ibrahim menulis 'seluruh tumpuan kini hanya untuk menyempurnakan umrah' tetapi beliau sendiri tidak menumpukan jiwa dan raga beliau untuk menunaikan umrah!

14. Alasan pertama ialah beliau 'terpaksa' menghadiri persidangan di Arab Saudi dan tahu-tahu sahaja sudah di Jakarta, Indonesia pula pada 15hb November 2007!

15. Maka, di manakah validity dakwaan bahawa Anwar Ibrahim pernah menunaikan haji?

Photobucket

Kenapa Nampak Serabut...?

on



Seramai 40 orang pemimpin PKR Selangor didakwa pernah mengemukakan memo mahu meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan pentadbiran Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ahli Parlimen Tangga Batu dari UMNO, Datuk Idris Haron berkata, tindakan ini sebenarnya satu gerakan dalam PKR yang mahu menjatuhkan Khalid dengan tujuan mahu menggantikannya dengan individu tertentu.

Menurutnya lagi, selain Khalid, gerakan ini turut dipercayai mempengaruhi keputusan meminggirkan Exco Agama, Datuk Dr Hasan Ali dalam isu serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

“40 orang ini mengeluarkan memo mempertikaikan kewibawaan kepimpinan Menteri Besar Selangor, Barisan Nasional (BN) tahu perkara ini tetapi kami senyapkan kerana ia melibatkan krisis dalaman parti.


“Tetapi sekarang mereka ini juga mahu mempertikaikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam Dewan Rakyat semalam.

Ditanya siapakah 40 orang ini, Idris mendakwa mereka terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen di Selangor.

Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran Seksualiti Merdeka 2011, Idris menegaskan penganjur perlu menghormati sensitiviti umat Islam walaupun ia dibuat atas nama kebebasan dan hak asasi manusia.

“Agama rasmi persekutuan adalah Islam, majoriti adalah umat Islam, dalam Islam halal dan haramnya adalah jelas, jadi penganjur perlu menghormatinya.

“Ingin saya tegaskan, kebebasan tetap ada batasnya, apa yang saya risau pandangan antarabangsa yang akan melihat negara secara salah jika kita mendesak penganjur membatalkannya,” katanya. - Sinar

Photobucket

Anwar Dua Kali Buat Umrah.

on Nov 2, 2011




Apabila Najib dan Rosmah telah diberitakan berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah dan Haji maka gegak gempitalah isu ini dimainkan oleh pencacai-pencacai UMNO baik di Blog mahupun FaceBook.

Kononnya bagi mereka tindakan Najib dan Rosmah itu adalah bukti betapa luhur dan sucinya hati Najib sebagai seorang Pemimpin, kononnya lagi bagi mereka ini sebagai bukti bahawa disebalik berita-berita yang disampaikan oleh berbagai media alternative tentang keburukan dan salahlaku Najib, beliau masih berani ke Mekah.

Maka dengan itu mereka mula menyindir Anwar Ibrahim, kononnya kata mereka Anwar Ibrahim tak pernah ke Mekah untuk menunaikan Haji.

Antara tohmahan yang dilemparkan ialah: "Bilalah agaknya Anuar Ibrahim hendak menunaikan Rukun Islam Kelima itu ye? London boleh pergi, Bangkok dah macam rumah kedua, takkan belum terbuka hati untuk mengerjakan haji?"

Itulah.. bila mereka hanya berkiblatkan TV3 dan Utusan Malaysia sebagai bahan bacaan, bukan sahaja mereka malah ramai yang tidak tahu bahawa Anwar Ibrahim telah berangkat ke Kota Suci Makkah untuk menunaikan Umrah sebanyak dua kali.

Kali pertama ialah pada sekitar November 2007 dan kali keduanya pula ialah pada June 2008.

Ini adalah catatan 14 November 2007


Semalam Di Makkah Al-Mukarammah
Saya bercadang pada mulanya untuk terus ke Makkah, tetapi diminta penganjur menghadiri majlis perasmian Persidangan Dunia mengenai Pos & Teknologi Maklumat oleh Putera Khalid bin Faisal, Gabenor Makkah. Saya diundang Menteri Komunikasi Arab Saudi untuk menyampaikan ucapan dalam sesi pertama esok.

Labbaika Allahum malabbaik – Menuju Makkatul Mukarramah, mengumandangkan kebesaran Tuhan.

Seluruh tumpuan kini hanya untuk menyempurnakan umrah, semoga mabrur dan sa’ie masykur.

Semalaman di Masjidil Haram, tawaf mengelilingi kaabah (Baitul ‘atiq), Sa’ie dan beri’tikaf – berdoa dan bermunajat.

Saya kenangkan kupasan sarjana Ali Shariati mengenai dampak ibadah haji dengan pakaian ihram dan juga pengalaman Malcolm X (A Malek As Shabaz) tatkala menunaikan haji.

ANWAR IBRAHIM
Sumbernya dari SINI

Ini pula adalah catatan pada 22 June 2008 kali ke dua ke Makkah..


Sejenak Di Makkah Al-Mukarramah
Alhamdulillah, kami selesai menyempurnakan umrah. Didoakan semoga umrah mabrur, sa’i mashkur, wa’amalan salihan, watijartan lan tabur!

Seringkali umrah saya singkat. Maka saya tumpukan waktu beristighfar dan munajat di Masjidil Haram.

Kami ketemu jamaah lain dari Malaysia, Indonesia dan lain-lain termasuk pelajar yang turut menyapa saya. Maaf kerana tidak melayani sebarang acara lain.

Saya beranggapan dengan kesibukan menangani isu politik dan keduniaan, wajar diperuntukkan waktu dalam urusan kerohanian.

A.K. Brohi, pemikir dan sarjana undang-undang Pakistan pernah mengingatkan saya sejurus mencebur diri dalam politik pesanan ahli sufi Sindhi berdasarkan Hadith Rasulullah saw. Menurutnya, ibarat sekuat besi di dalam air; akhirnya berkarat jua! Justeru wajib diangkat dan diselaputi minyak dari masa ke masa sebelum dibenamkan semula di dalam air. Begitu juga kita aktivis yang bergelut dalam kancah politik, perniagaan atau sebarang lapangan, harus ada waktu beruzlah, munajat dan memperkuat aqidah (iman amiq) dan kerohanian.

Selain itu kupasan pemikir Ali Shariati mengenai ibadah Haji yang sewajarnya mendorong kita ke arah amal dan perjuangan. Pejuang kulit hitam, Malcolm X (Shahid A. Malik As-Shabaz) pernah mencatat pengalamannya menyempurnakan ibadah Haji dalam sepucuk surat kapada kakaknya. Pakaian ihram, ucapan labbaikalLahum malab baik, menyemat semangat persaudaraan yang membenamkan kebencian kelas dan kasta, atau prasangka warna kulit.

Mudah-mudahan kita dapat mengasah kesedaran yang sama di kalangan jamaah.

ANWAR IBRAHIM
Sumbernya dari SINI
Ini pula adalah imej yang diambil dari DCM pengakuan Anwar sendiri bahawa beliau sudah dua kali ke Mekah..




Bezanya antara Najib dan Anwar ke Mekah ini ialah.. Najib mengerahkan seluruh Media tunggangan UMNO untuk menghebahkannya tapi Anwar tidak menghebahkannya, tapi kalau hebahpun mana ada Media tunggangan UMNO akan menyiarkannya..

Takkanlah nak kena buat Banner pulak kalau Anwar nak ke Mekah kot..




Photobucket

MB Terengganu Selepas Ahmad Said....?

on




Demikianlah soalan yang ditimbulkan oleh kebanyakan rakyat Terengganu yang kuat menyokong umno.

Maka berkatalah orang PAS tak lain dan tak bukan bahawa menteri Terengganu orangnya ialah YB Mohd Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu.

Mengapa persoalan menteri besar Terengganu selepas Datuk Seri Ahmad said timbul. Sudah tentu ada yang tak kena pada menteri besar sedia ada.

Sudah tentu Datuk Seri Idris Jusoh dan golongannya yang tak puashati dengan pelantikan Ahmad said sebagai menteri besar Terengganu.

Setakat hari ini bukan Datuk Seri Idris Jusoh dan golongan saja yang tak berkenang dengan Ahmad said, malahan Al Sultan dan perdana menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak turut tak berkenang.

Cuma Tan Sri Muhyidin Yassin dikatakan yang masih berkenang dan mempertahankan Ahmad said mesti dikekalkan sebagai menteri besar selepas umno menang PRU 13 nanti.

Sekarang mari kita lihat dua nama yang disebut sebut akan dilantik sebagai menteri besar Terengganu bagi mengganti Ahmad Said yang berkemungkinan tak akan dicalon bertanding dalam PRU 13 yang bakal diadakan bila bila masa saja ini.

Mereka ialah Datuk Jailani Omar yang akan diletakkan bertanding di DUN Batu Rakit.

Dua tiga bulan lepas Umno setiu sudah kecuh, kerana ADUNnya Kazan Che Mat yang juga exco kerajaan negeri dikatakan akan diletakkan bertanding parlimen Setiu, milik Datuk Mohd Jidin Shafie.

Manakala satu nama lagi ialah Datuk Mohd Nor yang akan diletakkan bertanding di DUN Wakaf Mempelam.Akhir sekali nama Datuk Nasir Ibrahim Fikri Juga disebut sebut akan dilantik sebagai menteri besar dinasti.

Beliau dikatakan akan bertanding DUN Seberang Takir DUN selamat sejak zaman berzaman lagi juga kecuh, kerana adun Abdul Razif dikatakan langkah mayat aku dulu.Duan tiga hari ini Nama Abang Razif Azmi Abdul Rahman bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus telah disebut akan bertanding Di Parlimen itu.

Untuk makluman sekian DUN Wakaf Mempelam terkenal merupakan lubuk puaka membunuh ramai calon umno yang diletakkan bertanding disitu.Oleh itu bagaimana mungkin Datuk Mhod Nor akan dilantik sebagai menteri besar.

Lojiknya Datuk Mohd Nor pasti tidak berjaya dilantik sebagai menteri besar kerana kalah bertanding di DUN dikatakan puaka itu.setakat hari calon umno tiada harapan menang miskipun calonnya bersih.

Lainlah dengan Datuk Jailani Omar yang dikatakan tokoh yang mendapat perkenang dan dibawa balik Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri. Lebih lebih lagi Datuk Jailani Omar adalah setiausaha politiknya.

Beliau ada harapan menang, kerana DUN Batu Rakit adalah kubu kuat umno sejak sekian lama.|

Jika umno menang lagi dalam musim PRU 13 menteri besarnya tak lain dan tak bukan ialah Datuk Jailani Omar tokoh tempatan. Manakala Datuk Nasir Ibrahim juga tak selamat kerana berlaku protes kalangan ahli umno tempat kelhairannya sendiri.

Tapi jika Umno kalah menteri besar Terengganu selepas Ahmad said orangnya ialah YB Mohd Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga ADUN wakaf mempelam dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Bagaimana?




Photobucket

Waran Tangkap Ke Atas Bob Lokman

on Nov 1, 2011

NONE

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mendapat waran tangkap ke atas Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Portal berita the Star.com memetik pengarah JAIS, Marzuki Hussin memberitahu wartawan di Shah Alam bahawa waran tangkap itu dikeluarkan pada 28 Oktober lalu yang membolehkan Bob ditangkap jika dikesan di negeri itu

“Jabatan kami sedang mencari Bob (kanan), kerana beliau dikehendaki membantu siasatan yang membabitkan dirinya. Kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob hadir di mahkamah (syariah).

“Beliau akan dibebaskan dengan jaminan selepas kenyataannya diambil,” kata Marzuki dipetik akhbar itu.

Bob ditahan di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah kepada kira-kira 70 hadirin.

Meskipun diminta tampil memberi keterangannya oleh JAIS, Bob yang kini bergiat aktif bersama parti Islam PAS berkata tidak ada sebab untuknya bekerjasama kerana tindakan itu tidak ada kepentingan untuk Islam.

Penulis lirik berhantu "Isabella" itu berkata, ekoran pendiriannya itu, beliau sanggup menghadapi sebarang tindakan, termasuk kemungkinan menghadapi waran tangkap daripada mahkamah.

"Nak tangkap, tangkaplah. Saya tidak akan hadir. Sifat (JAIS) begini bukan hendak jaga keharmonian agama," katanya sambil memberitahu dia akan hanya berserah pada Allah.

Bob nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, disiasat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Ini bukan kes pertama seumpa itu, sebelum ini ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga didakwa atas tuduhan yang sama.

Photobucket

MIC Berputih Mata...?

on





Aduhai....UMNO dan Barisan Nasional nampaknya sekarang sudah ketandusan orang untuk di cadangkan untuk dijadikan Senator.Ini dibuktikan dengan khabr yang mengatakan Nallakaruppan akan mengangkat sumpah sebgai Senator dewan negara esok.Nampaknya UMNO dan Barisan Nasional semakin terdesak pada hari ini.Bukan setakat itu sahaja sudah nampak UMNO dan Barisan Nasional sudah ketandusan calon yang berkaliber untuk diangkat.


Dengan perlantikan tersebut sudah terang lagi bersuluh kelemahan UMNO dan Barisan Nasional.Berita perebutan dan lobi melobi di antara pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk menjadi calon pilihanraya sedang berada di kemuncanya dan dengan kelebihan Najib sedang berada di Makkah maka ramailah ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua cawanagan ikut terbang sama ke sana dengan niat untuk melobi.Bimbang takut di intip oleh pesaing-pesaing politik sendiri di tanah air maka alternatif tersebut di ambil.Nampaknya Nalakaruppan sudah menang dalam lobi melobi ini...


Datuk K S Nallakaruppan bakal dilantik sebagai senator dalam majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, esok.

Pengumuman itu dibuat menerusi pemberitahuan parlimen selepas diedarkan kepada petugas media, hari ini, lapor sebuah akhbar. Nallakarupan ahli perniagaan  merupakan bekas sahabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nallakaruppan  pernah bergiat dalam PKR pimpinan isteri Anwar - Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail - pada 2007 tetapi keluar parti kira-kira setahun selepas itu.

Nallakaruppan kemudiannya menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) tetapi tidak menyertai pilihan raya umum ke-12 bagi menumpukan kepada kerja-kerja dalaman.

Beliau terkenal ahli politik yang lantang mengkritik kepimpinan Anwar dan PKR.





Photobucket

Hati Ular Sawa Boleh Ubati Jantung

on








Colorado : Di balik keberingasan ular sawa tersembunyi beragam manfaat di tubuhnya, salah satunya sebagai ubat. Baru-baru ini ditemukan hati ular sawa dapat digunakan sebagai ubat penyakit jantung.

Peneliti biologi dari Universiti Colorado, Boulder, Amerika Syarikat, Leslie Leinwand mengatakan, dalam diri phyton ada kandungan yang kaya akan trigliserida, yang tersimpan dalam otot hati. Hal ini boleh buat bebas dari kerosakan penebab terjadinya penyakit tersebut.

“Hati sawa mampu membakar lemak secara efisien tanpa menimbulkan efek samping yang berbahaya,” kata Leinwand kepada Foxnews, Jumaat (28/10). Ia melakukan kajian dengan menciptakan sebuah terapi jantung yang sakit agar dapat berfungsi seperti semula. Salah satu temuannya ialah dengan menggunakan hati phyton.

Bagi penderita jantung, tekanan darah yang tinggi membuat otot jantung kerap membengkak akibat adanya desakan yang terlaku keras mengepam darah.Jantung tidak boleh bekerja secara maksimal.

Temuan ini dipublikasikan di jurnal science ini sehingga dapat dijadikan terapi alternatif bagi ubat penyakit

Photobucket

KESIAN SUHA ARAFAT.

on




The widow of the late Palestinian leader Yasser Arafat has been accussed of amassing millions in a deal she made in 2006 when she was living in Tunisia. (File photo)


Tunisian authorities issued an international arrest warrant for Suha Arafat, widow of late Palestinian leader Yasser Arafat, as part of a corruption probe into Tunisia’s former first family, the justice ministry said on Monday.

Suha Arafat used to spend much of her time in Tunisia and was for many years close to the wife of former President Zine al-Abidine Ben Ali, who was forced to flee by the north African country’s revolution in January.
“Tunisia issued an arrest warrant against Mrs Arafat on suspicion of involvement in cases of financial corruption with the family of Ben Ali’s wife,” said Shokri Nafti, a spokesman for the justice ministry.

In Malta, Arafat on Monday rejected the charges.

“I reject all the accusations listed in the media; I am ready to deal with this issue, to submit documents, and I have entrusted a Tunisian lawyer to present these documents,” she told AFP in a telephone interview.

The widow of the former Palestinian leader also said she was unaware of an international arrest warrant issued against her.

“I officially declare that I am not aware of an arrest warrant issued against me and no international organization has informed me,” she said.

In response to the charges linking her with the former first lady, she said: “I have had no connection since 2007 with the issue of the International School and I have all official documents proving I sold all my shares and my actions in the school to Asma Mahjoub, the niece of Leila,” Suha Arafat told AFP.

She added that “payments made by her to contribute to the capital of the International School was a loan of 300,000 Tunisian dinars ($212,000) obtained from the Housing Bank of Tunisia.

“I have paid out the loan and when I gave up my share, I only made 30,000 dinars,” she said.

She stressed she had no connection “with any case in which Ben Ali’s name is mentioned” and called for her name “not to be linked” to the wife of the ousted Tunisian president.
The Arafat family established ties to Tunisia in the period when the Palestine Liberation Organization was exiled and set up its headquarters in Tunis in the 1980s and early 1990s.

After the death of the Palestinian leader in 2004, his widow received a Tunisian passport and was frequently seen in Tunisia alongside Ben Ali’s wife, Leila Trabelsi, a former hairdresser whose relatives came to control much of the economy.

But Arafat was stripped of her Tunisian nationality and deported in 2007 after a dispute with Trabelsi. She now lives in Malta, according to a Palestinian source who used to be close to the Arafat family.

The charges she faces in Tunisia include alleged corruption involving the setting up of a school by the Carthage International School in which she was involved with Trabelsi.

Arafat on Monday said she severed her links to the school in 2007 and had documents to prove that she had sold her shares to Asma Mahjoub, the niece of the former first lady.

Since Tunisia’s revolution, which set in motion Arab uprisings across the region, prosecutors have been pursuing dozens of people linked to the former first lady on charges of corruption.

The courts have also convicted Ben Ali and his wife, in absentia, of theft, possession of drugs and weapons, and corruption. Ben Ali’s lawyer denies the charges.



Photobucket

Puuhhh...GANAS

on





Orang Jepun gusti lagi ganas. Ganas dari WWE orang puteh tu.




Photobucket

Akibat Terlalu Banyak Baca Harakah, Nafsu Tak Boleh Di Kawal...

on





Fail:Harakah.jpg
KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).

“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.

Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar.

“Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.

Zaini yang mencadangkan pasangan berkenaan dipisahkan dan tidak tinggal bersama turut memohon supaya mahkamah tidak memberi belas kasihan kepada pasangan berkenaan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.

komen : ni lah akibatnya banyak sangat baca harakah yang banyak iklan ubat kuat seks akhirnya anak kandung sendiri menjadi mangsa... kelantan negeri serambi mekah pun ada kes macam ni, maknanya nik ajis dan pas gagal tarbiah rakyat kelantan.




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List