Isu kepimpinan terus hantui Gerakan Pulau Pinang

on Sep 22, 2010

Tindakan sekumpulan anggota peringkat akar umbi parti Gerakan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Suara Akar Umbi", memanggil mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 10 Oktober ini untuk menyingkirkan pengerusi Gerakan Pulau Pinang yang dilantik, Datuk Teng Hock Nan, bukan sesuatu yang memeranjatkan.

penang gerakan pc 141008 teng hock namBagi kebanyakan pemerhati politik di Pulau Pinang, EGM pertama dalam sejarah Gerakan itu untuk menyingkirkan seorang pemimpin yang dipilih merupakan kemuncak kepada isu serta perasaan kecewa yang terhimpun sejak sebelum pilihan raya umum 2008 lagi.

Ia bermula dengan siapakah yang akan menyandang jawatan ketua menteri Pulau Pinang selepas presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan teraju kepimpinan negeri itu untuk bertanding kerusi parlimen.

Sebagai pemimpin tertinggi parti, adalah suatu yang lumrah bagi Koh untuk melangkah ke arena politik di peringkat nasional.

Malangnya, perbalahan tentang siapa yang sepatutnya menggantikan beliau daripada kalangan tiga calon berpotensi iaitu Datuk Teng Hock Nan, Datuk Seri Chia Kwang Chye dan Teng Chang Yeow serta ketiadaan keputusan muktamad tentang perkara itu telah mengundang keadaan parah bagi parti tersebut apabila ia kehilangan kubu kuasanya di Pulau Pinang pada pilihan raya Umum 2008.

chia kwang chye and gerakanMerujuk kepada EGM yang dicadangkan itu, seorang anggota Gerakan berkata, isu yang telah lama berlarutan melibatkan Hock Nan, Chang Yeow dan Kwang Chye yang juga digelar sebagai "Three Musketeers", telah timbul kembali.

Beliau berkata, sebenarnya kepimpinan tertinggi Gerakan mempunyai peluang untuk menyelesaikan perkara itu melalui pemilihan parti peringkat negeri pada September 2008 apabila Chang Yeow dan beberapa pemimpin lain menyokong Kwang Chye menjadi pengerusi Gerakan Pulau Pinang.

"Ketika itu, para pemimpin peringkat nasional sepatutnya telah masuk campur dan mengusahakan penyelesaian secara baik dengan memujuk Hock Nan supaya membenarkan Kwang Chye menjadi pengerusi negeri dan bukan membiarkan beliau bertanding untuk jawatan itu.

gerakan ndc 311009“Lagipun, seorang pemimpin lain, Chang Yeow telah bersetuju menerima kepimpinan Kwang Chye,'' ujarnya.

Sepatutnya, mereka meyakinkan Hock Nan supaya beliau melangkah ke arena politik di peringkat nasional. Sayangnya, ini tidak dilakukan," kata seorang anggota parti berkenaan.

Hock Nan menang tipis dalam pemilihan parti di peringkat negeri yang amat sengit dengan mengatasi Kwang Chye dengan hanya 10 undi. 

- Bernama

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List