Cek RM4 bilion: Kelantan Senarai Hitam l’DA World.

on Sep 22, 2010

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan menyenaraihitamkan sebuah syarikat yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu berikutan pengumuman sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri atau parti juga tidak pernah melantik Nik Din Nik Mat, yang juga adiknya mewakili beliau menerima replica cek berjumlah RM4 bilion pada majlis makan malam baru-baru ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, Rabu.
Harakahdaily.net melaporkan, I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya, kata Nik Aziz.
“Saya tak hantar langsung wakil saya untuk menerima cek, malah media yang mendakwa penerima itu adalah wakil saya, karut belaka,” ujarnya.
Kerana itu, katanya syarikat berkenaan akan disenaraihitamkan.
Beliau bagaimanapun mengakui pemilik syarikat terbabit ada bertemu dengannya di rumah dan pejabat, namun ia tidak membincangkan soal pelantikan wakilnya hadir pada majlis itu.
Kelmarin, I’DA World mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan pada majlis makan malamnya yang diadakan di sebuah hotel.
Replika cek berkenaan disampaikan oleh pengerusi eksekutif syarikat terbabit, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Nik Din yang juga adik kepada Nik Aziz.
Bagaimanapun, semalam Nik Din menafikan beliau mewakili mana-mana pihak.
Katanya, kehadiran beliau hanya memenuhi jemputan peribadi dari syarikat tersebut.
Ahli Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa ketika ditemui memberitahu, tindakan syarikat terbabit boleh menjejaskan kerajaan negeri.
Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut khususnya berhubung motif perkara itu.
“Ia akan menjejaskan parti dan kerajaan. Kita semua tak hadir pada majlis itu sebab memang tak pernah bincangpun,” ujarnya.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List