Ada Yang Dah Berangan Nak Jadi Menteri Bila PR Menang....Kah Kah Kah..???

on Oct 7, 2010



   
Gambar: Calon Ketua Cabang Kota Raja, S. Kottapan menunjukkan kesan luka akibat pergaduhan semasa pemilihan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada sidang akhbar di sini hari ini.



KLANG: Seorang calon Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Raja yang mendakwa diserang oleh sekumpulan 40 samseng semasa kekecohan pemilihan pimpinan cabang itu mahu PKR pusat menyiasat kejadian itu dengan segera.

S.Kottapan berkata, beliau difahamkan siasatan akan dilaksanakan selepas pemilihan peringkat tertinggi parti November ini.

Bagaimanapun, jika hendak menunggu sampai tamat pemilihan pusat ia sudah lewat, katanya kepada pemberita di dalam sebuah wad pusat perubatan swasta di sini hari ini.

Ditanya apakah tindakan yang ingin beliau saksikan daripada PKR pusat, beliau berkata:" Saya mahu pemilihan ini dibatalkan." Jika tiada tindakan diambil bermakna tiada keadilan, katanya.

Beliau mendakwa, semasa berlaku kekecohan pemilihan cabang Kota Raja di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di Bukit Naga, peti-peti undi pada pemilihan itu telah dibawa ke PKR pusat.

Bagaimanapun, Kottapan mendakwa tiada wakil beliau dipanggil semasa pengiraan undi dan kemungkinan tinggi peti-peti undi itu telah diusik.

Dalam pemilihan yang berlangsung pada 26 September itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas dan Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar telah diumumkan oleh laman web parti itu memenangi jawatan Ketua Cabang Kota Raja.

Bagaimanapun, Kottapan berkata, beliau telah menghantar surat bantahan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Dr Molly Cheah mengenai kekecohan semasa pemilihan itu.

Kottapan juga kesal dengan dakwaan beberapa pemimpin PKR bahawa kecederaan yang dialaminya itu adalah lakonan.

Katanya, beliau mengalami kecederaan pada rahang dan telinga kanannya masih lagi sakit kerana ditumbuk dan ligamen di bahagian lutut kirinya juga cedera akibat ditendang bertubi-tubi dan kecederaan beliau akan terbukti apabila imbasan dan laporan perubatannya siap.

Ditanya apakah faktor yang mendorong kekecohan ini berlaku, beliau mendakwa perkara itu berlaku apabila terdapat segelintir penyandang ketua cabang yang menggunakan taktik kotor bagi mengekalkan jawatan masing-masing.

Beliau berkata, ada di antara mereka yang bertanding sudah memasang angan-angan mahu menjadi menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List