WarkahDaily – Sebenarnya dalam hati kecil para cerdik pandai dan ilmuan yang berpangkat di negara ini mempunyai rasa tak senang dengan kerajaan BN.
Namun, kerana ingin menjaga periuk nasi yang masih lagi diperlukan untuk menyara hidup, maka dilihat mereka ini terpaksa bermuka-muka dan mengiyakan apa sahaja yang dilakukan kerajaan BN.
Sedar tak sedar, selepas pencen, depa ni mulalah akan mendekati program Pakatan Rakyat. Kerana naluri mereka bencikan kezaliman dan kerosakan yang dilakukan pemerintah, secara diam-diam atau membenci dalam hati dan akan meletup bila dah pencen.
Alhamdulillah jika hati mereka berubah demi Islam dan kedaulatan Islam di negara ini. Golongan ini mulai berani menegur penguasa apabila mereka ini pencen. Bermakna, mereka ini ada menyimpan perasaan cintakan Islam dan kedaulatan Islam. Cuma kerana kepentingan peribadi yang sementara, mereka terpaksa menutup mulut buat sementara waktu. Sekadar ‘yes bos’ ketika masih lagi berjawatan.
Tapi bila sudah berhenti, jawatan dah tiada, maka naluri fitrah manusia yang wujud dalam diri mereka mulai nampak untuk membetulkan keadaan yang lampau.
Apa-apa pun, penulis bersyukur jika kumpulan ini betul-betul mempunyai naluri untuk Islam dan perkembangan Islam demi mendaulatkan Islam.
Amatlah malang jika ada segelintir yang sudah pencen pun, tetapi masih tetap lagi berdegil mempertahankan tindakan pemimpin-pemimpin yang jauh terpesong dari landasan yang sebenarnya termasuk melakukan panyalahgunaan kuasa, rasuah dan menindas golongan dhaif semata-mata kepentingan peribadi.
Namun begitu, kerja dakwah bagi pejuang-pejuang Islam tetap perlu diteruskan walaupun masih ada lagi para ilmuan yang tidak mahu bersama dengan jamaah. Hidayah adalah hak Allah, kita hanya diperintah untuk berdakwah demi Islam.
Perjuangan Islam bukan hanya menunggu kemenangan semata-mata, bila tak menang mula resah, mula merasa was-was dengan perjuangan, maka perlulah kita perbetulkan kembali niat kita itu.
Sebabnya, perjuangan dalam Islam bukan berdasar kemenangan yang segera. Bagaimana Rasulullah dan para sahabat baginda bertahun-tahun berdakwah untuk Islam, bahkan bukan sahaja tidak mengecapi kemenangan yang segera, malahan dipulau oleh masyarakat ketika itu kerana Islam yang diperjuangkan.
Yang pasti, kita perlu melakukan persediaan untuk mengisi kemenangan yang ingin dicapai.
0 comments:
Post a Comment